BAB 11

29 1 0
                                    

Adelea bersyukur kerana orang tua Hazrel sudah pun bersetuju dengan cadangannya untuk mengadakan majlis bacaan Yassin dan juga solat hajat buat kesembuhan Hazrel Hakeem . Majlis itu akan diadakan pada malam ini dan bertempat di kediaman keluarganya . Lamunan Adelea terhenti saat panggilan
telefon masuk daripada Hezry .

"Hello assalamualaikum Hezry ." jawab Adelea dengan penuh kelembutan .

"Waalaikumsalam . Kau free pukul berapa ? Mummy suruh kau datang awal sikit boleh ke ?" kata Hezry .

"Awal tu pukul berapa ?" tanya Adelea sambil melihat ke arah jam yang ada di tangan kanannya .

"Lepas asar boleh ke ?"

"Boleh . Nanti lepas Asar saya datang ." Adelea mengiyakan permintaan Hezry . Gagang telefon diletak dan Adelea menyambung pekerjaannya yang tertangguh sebentar tadi .

Kotak yang berisi gambar Hazrel diambil daripada laci meja belajarnya . Gambar Hazrel Hakeem yang sudah pun dijadikan polaroid diambilnya . Jujur , dia merindui suara lelaki ini membentaknya .

"Kenapa benda ni jadi pada awak Hazrel ? awak cepat sihat ya ? Saya tunggu awak Hazrel Hakeem ."

Entah mengapa hatinya benar - benar luluh saat melihat Hazrel terbaring di hospital sedangkan hubungan mereka berdua tidak pernah baik semenjak hari pertama Adelea melangkah masuk ke universiti itu . Jujur , dia rindu .

.....

Izzat , Fahimie dan beberapa orang rakan Hezry datang ke rumahnya untuk membantu keluarga itu melakukan persiapan akhir . Ini merupakan kali pertama keluarga Dato' Hefdy membuat majlis bacaan Yassin dan solat hajat di rumah .

Beberapa orang jiran tetangga juga turut datang membantu Datin Zafiera dan juga Mak Yam di bahagian dapur . Datin Zafiera tidak mahu mengupah pihak katering kerana dia mahu semuanya diusahakan sendiri untuk majlis khas buat anaknya Hazrel . Lagi pula majlis itu juga hanyalah kecil kecilan buat keluarga mereka , saudara terdekat , jiran tetangga dan juga rakan - rakan Hazrel dan Hezry .

"Mummy ada apa - apa lagi yang tak cukup ke ? kalau ada Hezry nak tolong belikan sebab Hezry nak keluar ambik Adelea ." tanya Hezry kepada Datin Zafiera yang sedang berbual dengan Aunty Sofia .

"Rasanya semua dah cukup . Pergilah ambik Adelea . Hati - hati drive sayang ." Datin Zafiera menyambut huluran tangan Hezry dan berpesan kepada anak itu agar berhati hati . Dia lah yang meminta Hezry mengambil Adelea di rumah kerana majlis bacaan Yassin ini akan berlangsung pada sebelah malam . Dia agak khuatir untuk membiarkan gadis itu pulang bersendirian nanti . Jadi , biarlah Hezry yang mengambil dan juga menghantar Adelea pulang memandangkan dia juga sebatang kara di ibu kota ini .

Hezry berlalu pergi meninggalkan mummy nya . Dia juga sudah memberitahu kepada Izzat dan Fahimie untuk keluar sebentar . Kunci kereta dicapai dan dia menuju ke keretanya . Setelah enjin kereta dihidupkan , kereta itu perlahan - lahan menjauh dari kediamannya .

Keretanya dipandu deras menuju ke rumah Adelea . Dia mencapai telefon bimbitnya kerana ingin membuat voice note di aplikasi whatsapp menyatakan dia sudah dalam perjalanan .

"Aku dah on the way . Kau jangan tak siap lagi pulak . Kang berjanggut aku kena tunggu kau dekat luar rumah ."

TINGGGGG !!!

Telefon Adelea berbunyi menandakan ada pesanan yang masuk . Dia lantas mengambil dan ternyata pesanan itu datangnya dari Hezry . Dia membuka voice note Hezry dan ketawa . Jari jemarinya ligat menaip pesanan balasan kepada Hezry .

"Jangan risau . Saya dah siap lama dah . Tunggu awak sampai je ni ."

Hezry membuka pesanan Adelea dan tersenyum . Jika difikir dengan teliti , gadis ini terlalu lemah lembut dan penuh dengan ciri - ciri wanita melayu terakhir . Di dalam hati dia berfikir mengapa Hazrel menolak sekerasnya persahabatan bersama Qaseh Adelea . Dia menekan rakaman untuk membuat voice note .

SEINDAH TAKDIR CINTA Where stories live. Discover now