BAB 51

53 1 0
                                    

Siang berganti malam , hari berganti minggu dan bulan berganti tahun . Kini genaplah sudah setahun Hezry menjalani kehidupan tanpa isterinya di sisi . Boleh dikatakan dalam tempoh ini dia banyak menyibukkan diri di pejabat bersama dengan Hazrel .

Namun dia tidak pernah melupakan Aleeya . Dua minggu sekali dia akan datang ke penjara untuk menjenguk Aleeya Irene . Syukurlah Aleeya juga baik - baik saja di dalam sana .

Perkahwinan Hazrel dan Adelea juga semakin diisi dengan bait - bait kebahagiaan meskipun tanpa cahaya mata . Mereka berdua kini menetap semula bersama keluarga Hazrel kerana tidak mahu rumah itu sunyi .

"Esok kau free tak ?" tanya Hazrel kepada abangnya yang sedang sibuk mengelap kereta yang baru dibasuh .

"Free kot minggu ni aku tak pergi dekat Aleeya . Mungkin tak ada buat apa lagi esok . Kenapa kau tanya ?"

"Jom pergi Sepang nak tak ? Ada buat gathering FD Society dekat sana tau . Ramai aku dengar yang datang . Alang - alang kau dah basuh kereta jomlah ."

"FD bersidang eh ? Lama dah aku tak pergi rasanya setahun lebih dah ."

"Ha'ah bersidang ! Setahun lebih dah kita tak jumpa kawan - kawan dari group FD Society tu . Diorang pun ada whatsapp aku tanya khabar kita ."

"Kau nak pergi ke ? Kalau kau pergi aku pergilah . Rasanya esok aku tak ada aktiviti apa - apa lagi ."

"Cun esok kita pergi . Kau jangan nak buat hal last minute tak jadi pula ." pesan Hazrel buat abangnya .

Hezry mengangguk lalu melemparkan satu senyuman untuk Hazrel . Seketika Hezry mula teringatkan sesuatu . Adik dia dah minta izin isteri kesayangan ke belum ? Maklumlah sekarang mereka berkepit sentiasa kecuali waktu kerja .

"Kau tu dah minta green light daripada orang rumah ke ? Kang tak pasal kena kejar dengan batang penyapu ."

"Tak ada maknanya dia nak kejar aku dengan batang penyapu . Beras aku beli nak takut apa ?" jawab Hazrel dengan cukup selamba .

"Cakap besar eh kau tak kena lagi tak apalah . Cuba kau tengok si Izzat tu sejak dah kahwin dengan Nelly , lepak mamak pun dah jarang - jarang tau ."

"Itu sebabnya dia tak pandai nak melawan . Si Izzat tu ikut sangat apa kata Nelly . Kita lelaki sebagai suami berhak buat apa yang kita nak selagi benda itu tak mendatangkan dosa atau mudarat kepada diri , sang isteri dan juga rumah tangga ." jelas Hazrel dengan penuh keyakinan .

"Pergh ustaz Hazrel ! Kemah sokmo mu loning ." balas Hezry bersahaja . Kain tuala yang berada di tangan di sangkut semula ke ampaian sebelum mengikuti langkah Hazrel ke pondok kecil berhampiran kolam renang .

"Bukan ustaz tapi betulkan apa yang aku cakap tadi ? Kita boleh buat semua benda dalam dunia janji tak berdosa ."

"Hm betullah . Ni Adelea mana ?" soal Hezry sambil mata mencari sesuatu .

"Dalam bilik tengah tidur . Dia tak berapa sihat sangat sehari dua ni ."

"Mengandung ke ?"

PAP !

Tangan kanan Hazrel mendarat tepat di lengan Hezry . Si Hezry kalau bercakap memang tak pernah tapis .

"Sakit bodoh kau ni kenapa ?" raut wajah Hezry berubah menangis pedih tamparan Hazrel seketika tadi . Boleh tahan berbisa telapak tangan dia .

"Kau lah mulut tak ada insurans . Agak - agaklah dia mengandung ." marah Hazrel dengan nada yang datar .

"Kenapa ? Tak bersedia lagi nak jadi bapak budak ke ? Kau dah 24 tahun tau Hazrel . Tak bersedia juga tak tahulah nak cakap macam mana ."

SEINDAH TAKDIR CINTA Where stories live. Discover now