BAB 20

55 2 0
                                    

Hezry sedang sibuk menyapu sampah di dalam biliknya sebelum panggilan telefon masuk daripada Datin Zafiera . Hezry segera mencapai telefonnya dan menjawab panggilan itu namun tangisan milik Datin Zafiera yang menyambut Hezry .

" Mummy kenapa ni ? Kenapa nangis ? " Tanya Hezry dengan sedikit kelam kabut .

" Adik Hezry .. adikkkk .. "

" Kenapa dengan adik ? " Mendengar saja Datin Zafiera menyebut tentang Hazrel , penyapu yang dipegang di tangannya terjatuh ke lantai .

" Hezry datang hospital ya . Hezry datang sekarang . Sekarang jugak ! "

" Baik mummy , Hezry datang sekarang . " Panggilan telefon dimatikan Hezry . Dia segera mencapai kunci kereta dan berlari turun ke tingkat bawah . Dia keluar dengan pantas menuju ke kereta .

Enjin kereta dihidupkan , kereta itu segera dia pandu untuk meluncur keluar dari perkarangan rumah . Air matanya mengalir membasahi pipi . Pelbagai perkara sudah bermain di dalam fikirannya . Adakah Hazrel sudah meninggalkan dia buat selamanya ? Hezry memandu dengan kelajuan tinggi . Dia melanggar hampir kesemua lampu isyarat kerana terlalu bimbangkan Hazrel .

" Lantaklah kena saman pun peduli apa aku yang penting cepat sampai hospital . " Kata Hezry di dalam hati .

Setibanya dia di hospital , dia meletakkan keretanya di ruang parkir paling hujung kerana hanya di situ saja kekosongan masih ada . Dia keluar dari kereta dan segera berlari ke arah bahagian Unit Rawatan Rapi ( ICU ) yang menempat adiknya . Namun begitu dia tidak dapat melihat sesiapa pun di situ . Telefon bimbit di keluarkan dari poket dan nombor telefon Datin Zafiera didail .

" Mummy Hezry dah sampai dekat tempat Hazrel tapi katil tu dah kosong . Mummy dekat mana ? " Tanya Hezry dengan cemas .

" Kamu datang Blok C bangunan Orkid sekarang . " Kata Datin Zafiera lalu menutup panggilan itu .

Hezry yang kebingungan akhirnya merayau rayau seketika mencari tempat yang diberitahu ibunya sebentar tadi . Disebabkan dia tersesat , Hezry menebalkan muka menahan dan bertanya kepada jururawat yang lalu di hadapannya .

" Nurse tumpang tanya . Blok C bangunan Orkid dekat mana ? "

" Cik jalan terus sampai jumpa jalan keluar lepastu tengok papan tanda sebelah kiri dia ada tunjuk arah ke bangunan Orkid . Nanti cik ikut je arahan papan tanda tu and then lepas jumpa bilik mayat , itulah blok C . "

" Bilik mayat ? " Mendengar saja perkataan itu daripada jururawat berkenaan . Hatinya semakin berdebar . Adakah Hazrel sudah pergi ? Hezry semakin cemas .

" Baik terima kasih nurse . " Hezry pantas berlari mengikuti apa yang dijelaskan oleh jururawat tadi . Dia tidak habis habis mengucap kerana bimbang dengan berita yang bakal dia dengari . Hezry berlari lagi sehinggalah dia menemui tempat yang dinyatakan oleh ibunya .

Belum sempat dia melangkah masuk , ibunya Datin Zafiera keluar dari bilik itu dengan air mata yang masih bertakung . Hezry berteriak kepada ibunya dan terus menerus bertanya tentang keadaan Hazrel .

" Mummy mana adikkkkk ? Adikk okey kan ? Adik tak apa apa kan ? "

" Hezry sayang sabar . Jangan macam ni Hezry . Jangan terjerit macam ni . Ini kan kawasan hospital . " Pujuk Datin Zafiera .

" Tak sekarang ni Hazrel mana ? Jawablah dulu . " Tanya Hezry lagi .

" Hezry masuk dalam . "

Mendengar saja jawapan itu Hezry segera membuka pintu bilik itu dengan kuat . Dia sudah tidak lagi mempedulikan orang lain kecuali adiknya . Alangkah terkejutnya dia saat melihat Hazrel di hadapannya . Agak lama dia berdiri kaku dan akhirnya Hazrel pantas bersuara .

SEINDAH TAKDIR CINTA Where stories live. Discover now