BAB 15

35 2 0
                                    

Seperti yang dijanjikan Datin Zafiera membawa Hezry ke hospital untuk melawat Hazrel . Tiga orang sahabat anak kembarnya iaitu Izzat , Fahimie dan juga Adelea turut sama datang untuk melawat Hazrel Hakeem .

"Mummy masuk dulu . Hezry kejap lagi bawak kawan - kawan jenguk Hazrel dekat luar cermin ya ." kata Datin Zafiera kepada anaknya .

Hezry mengangguk begitu juga dengan Adelea manakala Fahimie dan Izzat pula memberikan jawapan yang serentak kepada Datin Zafiera .

"BAIK AUNTY !" kata Izzat dan Fahimie kepada Datin Zafiera .

Setelah itu Datin Zafiera melangkah masuk serta meninggalkan empat sahabat itu di luar ruangan Hazrel .

"Kau okey ke ? Nampak tak terurus je sekarang ." tanya Izzat kepada Hezry .

"Nampak sangat ke ?"

"Orang lain tak tahulah tapi kitorang yang hari - hari tengok kau , jumpa kau nampaklah juga perubahan yang ketara tu ." balas Fahimie dengan berhati - hati .

"Entahlah aku pun tak tahu . Selagi Hazrel sakit macam ni aku pun rasa tak ada semangat nak hidup ."

"Kau tak boleh macam ni . Hazrel tu perlukan semangat kau . Kau lawat dia hari - hari dalam keadaan yang  macam ni kau ingat dia tak boleh nampak ke ?" jelas Izzat kepada Hezry .

"Dia boleh nampak ke ? Dia mana sedar . Mata pun pejam rapat ."

"Aku tak tahulah benda ni betul ke tak ni pun aku dengar orang lain jela yang cakap . Selalunya orang koma ni dia berhubung dengan dunia yang lain . Dunia lain tu Wallahua'lam la dunia apa aku tak tahu la tapi dunia tu seakan menarik dia untuk pergi dari dunia realiti . Diorang pun boleh dengar apa yang kita cakap . Aku pernahlah dengar orang bercerita pasal seseorang yang koma tiba - tiba air mata dia mengalir tapi hakikatnya satu pergerakan pun tak ada . Mata pun pejam je tapi dia menangis ." jawab Izzat dengan panjang lebar . Hezry , Adelea dan Fahimie tekun sekali mendengar apa yang dicerita .

"Maksudnya dia dengar la apa yang orang cakap tapi dia tak mampu nak balas disebabkan dia tengah koma so dia menangis jela macamtu ?" kali ini Fahimie pula yang bersuara .

"Wallahua'lam aku tak tahu . Ini semua kerja Tuhan . Aku pun tak sure orang yang koma ni boleh mengalir air mata disebabkan dia betul - betul dengar apa yang orang lain cakap atau dia tengah menahan setiap satu kesakitan yang dia alami ."

"Mungkin sebab ni doktor selalu pesan supaya selalu bercakap dengan Hazrel . Boleh jadi dengan cara berkomunikasi dengan dia , dia akan bagi respon ." jawab Hezry kepada dua rakannya . Adelea yang dari tadi hanya membisu langsung ditegur .

"Kau diam je kenapa ?"

"Tak ada apa . Cuma nak dengar korang berbual je ." jawab Adelea .

"Kau sorang je harapan kami Hezry . Aku , Izzat dengan Adelea boleh tengok Hazrel dari luar je . Kau boleh masuk dalam kan ? Bercakaplah dengan dia . Jangan give up . Mungkin dia tak dapat nak bercakap dengan kau tapi mana tahu apa yang kita bincangkan tadi betul ? Mungkin dengan cara ni akan bantu dia sedar ."

Mendengar saja kata - kata Fahimie , Hezry hanya mengangguk . Izzat dan Fahimie tidak tahu bahawa Adelea juga sudah dibenarkan masuk ke dalam untuk melawat Hazrel dengan lebih dekat . Adelea meminta dia mendiamkan diri dan cukup mereka berdua saja yang tahu .

Tidak lama kemudian Datin Zafiera keluar dari ruangan Hazrel . Dia terus mendekat empat sahabat itu serta meminta anaknya Hezry membawa Izzat , Fahimie dan Adelea ke bahagian sebelah kanan ruangan Hazrel untuk melihat keadaannya dari luar cermin .

"Mummy nak balik dulu mummy baliklah nanti Hezry tumpang Izzat je ." kata Hezry kepada ibunya .

"Tak apa ke kalau mummy balik dulu ? Kan tadi kita datang sekali ."

SEINDAH TAKDIR CINTA Where stories live. Discover now