BAB 29

50 3 0
                                    

Sudah tiga hari Hazrel tidak keluar bilik . Adelea dan Datin Zafiera bergilir ganti menjenguk Hazrel yang tidak mahu diganggu . Dato' Hefdy masuk ke pejabat kerana dia mahu membiarkan kedua - dua anaknya menenangkan diri mereka terlebih dahulu .

Segala urusan berkaitan pengurusan dan pengawasan di tapak projek serta sebagainya dibantu oleh Edri dan Idlan . Mujurlah kedua - dua orang suruhannya ini mampu menggalas tugas dengan baik meskipun ia sudah pun bercanggah daripada skop kerja mereka sebagai bodyguard .

" Kembar macam mana dato' ? " Soalan daripada Idlan menjauhkan lamunan Dato' Hefdy ketika ini .

" Entahlah Idlan . Perang besar jugak Hazrel dengan abang dia sekarang . Jangan kata bercakap , berselisih pun tak pandang langsung . Sekarang Hazrel terus berkurung dalam bilik . "

" Hezry ? Dia tak cuba pujuk Hazrel ke ? " Tanya Idlan lagi . Jujur , dia juga khuatir dengan hubungan dingin itu .

" Dia ada cuba nak bercakap dengan Hazrel tapi Hazrel tak nak bercakap dengan sesiapa pun sekarang ni . "

Idlan hanya mengangguk faham . Dia tidak terus bertanyakan soalan lagi kepada majikannya kerana bimbang jikalau tersalah pertanyaan .

.....

Aleeya merapati diri dengan Hezry yang sedang berdiri di balkoni . Dia mendekati lelaki itu daripada belakang dan memeluknya . Kedua - dua tangan Aleeya melilit mekar di pinggang Hezry namun pelukan itu dileraikan oleh Hezry secara tiba - tiba .

" Sekarang bukan masa yang sesuai . "

" Bukan masa sesuai ? sampai bila awak nak macam ni Hezry ? dulu bukan main awak mesra dengan saya tapi sekarang ? macam ni rupanya perangai awak . Habis madu sepah dibuang . " Rungut Aleeya . Dia tidak tahu mengapa Hezry berubah sikap .

Kata - kata Aleeya menikam hati Hezry . Jujur bukan niatnya untuk menyakiti Aleeya namun sekarang dia serabut memikirkan keadaan Hazrel yang belum memaafkannya .

" Bukan macam tu maksud saya Aleeya . Awak tak faham ! " Jawapan Hezry kedengaran keluhan kasar .

" Apa yang saya tak faham ?

" Saya tak nak gaduh dengan awak . "

" Habis tu awak ingat saya nak sangat ke gaduh dengan awak ? saya cuma nak bermesra dengan awak tapi awak tolak saya mentah - mentah . "

" Ya Allah Aleeya saya tengah serabut . Tolonglah faham keadaan saya . "

" Awak nak saya faham awak tapi hakikatnya awak pun tak faham saya Hezry . Dahla malas saya nak layan awak . Saya turun bawah dulu . "

Aleeya melangkah meninggalkan Hezry . Hezry ada memanggilnya namun dia tidak mengendahkan . Hezry duduk di hujung katil . Dia meraup kasar wajahnya .

" Lepas satu , satu masalah datang . "

Hezry menoleh jam di dinding biliknya yang sudah menunjukkan angka 2 petang . Dia sudah terlewat mengerjakan solat Zohor . Dengan pantas Hezry menuju ke bilik air .

.....

Badan Hazrel diregangkan seketika . Berhari - hari dia berkurung di dalam bilik persis perempuan yang sedang merajuk . Dia bangun melangkah ke pintu . Niatnya mahu turun ke dapur kerana haus . Nak minta tolong Adelea entah ke mana pula wanita itu pergi .

Ketika dia sedang menuang air kosong ke dalam gelas , Hezry muncul pula . Perasaan kekok menyelubungi kerana Hezry juga tidak menegurnya . Barangkali takut dibelasah lagi . Dia beranikan diri menegur abangnya .

" Kau nak air kosong ke ? " Dia bertanya kepada Hezry yang terlihat seakan mencari sesuatu di peti sejuk .

Hezry tidak menjawab dengan suara tetapi dia mengangguk sahaja . Hazrel mencapai satu gelas lagi dan menuangkan air kosong ke dalamnya lalu diberikan kepada Hezry . Wajah Hezry ditenung . Dia perasan kesan lebam di pipi abangnya . Padan muka kau siapa suruh buat hal dengan aku !

SEINDAH TAKDIR CINTA Where stories live. Discover now