BAB 34

70 2 0
                                    

Hazrel menapak masuk ke bilik tidur dengan hati yang panas membara . Jika diikutkan hati malam ini sudah pasti Adelea teruk dikerjakannya tetapi dia sudah berjanji pada Aleeya untuk tidak melakukan apa - apa lagi .

FLASHBACK ...

Aleeya yang perasan raut wajah Hazrel berubah bengis tiba - tiba membuatkan dia segera mengingati Hazrel tentang sesuatu perkara .

" Ingat apa I cakap tadi . Sekarang bukan masanya untuk you serang sesiapa . I tak nak disebabkan hal ni hubungan kita semua berpecah - belah . Adelea tu sahabat baik Hezry jadi tak mungkin Hezry akan percaya apa yang I atau pun you explain pada dia . " Terang Aleeya dengan bersungguh . Sebenarnya dia tidak mahu Hazrel merosakkan rancangannya jika dia menyerang Adelea tanpa bukti . Dia juga yakin Hezry lebih mempercayai Adelea berbanding dengan dirinya .

" Habis tu kau nak aku diam ? Dalang disebalik kecederaan aku dah ada dekat depan mata keluarga aku . Lagi cepat diorang tahu lagi cepat aku boleh ceraikan perempuan tak guna tu . "

" No Hazrel . You tak boleh ceraikan dia . Semua orang buat salah Hazrel sama jugak macam I dulu . End up sekarang you masih boleh maafkan I . Buatlah perkara yang sama pada Adelea . Jangan ulang kesilapan lama Hazrel . Berilah Adelea peluang yang kedua . " Kata Aleeya dengan datar . Dia sengaja menidakkan keputusan Hazrel walhal jauh di sudut hati dia mahu Hazrel menyingkirkan Adelea secepatnya yang mungkin .

" Maafkan dia ? Kau gila ke Aleeya ? Dengan kau lain . Kau tak boleh nak bandingkan kesalahan kau dengan kesalahan dia . Kesalahan dia besar sebab melibatkan nyawa aku . "

" Tapi I yang tikam you Hazrel . " Keluhan kecil keluar dari mulut Aleeya . Jujur , semuanya rekaan .

" Dahla kau tak payahlah nak ulang - ulang benda yang sama . Aku tak nak dengar dah daripada mulut kau . Aku dah maafkan kau . " Pujuk Hazrel .

" Kau cuma ikut arahan dia bukannya kau sendiri berniat nak bunuh aku . Kau tak payahlah nak ingat lagi pasal hal ni . Kau jangan risau . Walau apa pun yang jadi aku tak akan pernah anggap kau khianati aku . " Sambung Hazrel lagi . Sebenarnya cinta dia masih tersisa buat Aleeya . Jujur dia juga tidak sanggup melihat air mata wanita itu tumpah gara - garanya .

" Kenapa you baik sangat pada I sedangkan dah terlalu banyak dosa dan kesalahan I pada you selama kita kenal ? " Air mata palsu Aleeya memainkan peranan semula .

" Sebab aku sayangkan kau . Aku pernah janji dengan diri aku untuk terus menyayangi kau sampai aku mati . Aku nak kau jadi cinta terakhir aku Aleeya . " Nada suara Hazrel bertukar hiba serta - merta .

" Tapi kita tak ada jodoh Hazrel . Walaupun I terima Hezry dalam keadaan diri I tiada sedikit pun rasa cinta pada dia , dia tetap suami I . "

" Aku faham .. aku faham sangat . Kau jangan risau . Aku akan belajar lepaskan kau sepenuhnya pada Hezry dan aku percaya Hezry boleh jaga kau dengan lebih baik . Lebih baik lagi daripada aku . Satu benda yang aku harap dari kau , kalau ada apa - apa problem dengan Hezry , kau boleh cari aku . Aku sedia mendengar . "

" You macam mana dengan Adelea ? I harap you tak buat keputusan ikut emosi you Hazrel . I tak nak family kita berpecah - belah . I nak you fikir dengan lebih mendalam . Adelea ada dengan you hari - hari , I yakin you boleh tahu sendiri sama ada dia dah betul - betul cintakan you semula atau pun sebaliknya . " Terang Aleeya lagi . Ayatnya sekadar mahu memberi sokongan buat Hazrel namun dia tidak memaksudkannya . Dia tahu Hazrel pasti sudah membenci Adelea .

Hazrel diam namun dia akur dengan kemahuan Aleeya . Biarlah masa yang menentukan kesudahannya . Namun dalam masa yang sama dia tidak menyangka isteri yang selama ini setia meluahkan cinta adalah orang yang bertanggungjawab dalam kejadian beberapa bulan lalu . Hazrel bersyukur kerana diberi peluang kedua untuk terus hidup setelah sekian lama berjuang dari komanya .

SEINDAH TAKDIR CINTA Where stories live. Discover now