BAB 35

67 2 0
                                    

Malam ini Hazrel ada di rumah setelah hampir sebulan dia asyik pulang lewat malam . Adelea cuba memberanikan dirinya untuk mendekati Hazrel yang sedang menonton televisyen .

"Awak tak lapar ke Hazrel ?" Adelea melabuhkan dirinya di sofa panjang yang tidak jauh daripada Hazrel .

Hazrel hanya menggelengkan kepala dan tidak bersuara . Adelea nak tanya lebih - lebih pun takut kalau begini responnya . Bimbang pula jika ada sesuatu terbang ke arahnya nanti .

Akhirnya Adelea memilih untuk diam sahaja sehinggalah secara tiba - tiba dia merasa sedikit pening dan juga mual . Pandangan Adelea mulai kabur namun disebabkan rasa ingin muntah membuatkan dia segera bangun .

Hazrel berasa tidak sedap hati . Dia bangun mengatur langkah ke bilik air . Dia melihat Adelea yang sudah tidak bermaya kerana asyik mengeluarkan isi perutnya .

"Kau keracunan makanan ke ?" hanya itu sahaja yang terlintas di dalam fikirannya Hazrel ketika ini .

"T - Tak tahu ." belum sempat dia mengangkat muka memandang Hazrel , perut Adelea memberontak semula . Sekali lagi Adelea muntah .

Hazrel curiga ! Dia melangkah keluar daripada bilik air tanpa sedikit pun membantu Adelea . Bukannya dia nak tolong gosok belakang , berdiri dengan jarak dekat juga tidak . Harap muka yang handsome tapi perangai ? Nauzubillahi min Zalik .

Dia mencapai telefon bimbit yang berada atas meja . Dengan pantas dia membuka lawan web Google Chrome untuk mencari sesuatu . Tangan Hazrel ligat menaip dan seketika dia jumpa jua apa yang di cari . Dia terduduk !

"Dia mengandung ke ?" Hazrel duduk tersandar . Dia meraup kasar wajahnya . Kalau benar Adelea sudah berisi , posisinya bakal selamat serta - merta daripada diceraikan . Kedua - dua orang tuanya pasti akan terus menerus membela wanita itu .

Hazrel bangun mencari Adelea . Dia meminta Adelea duduk berehat di ruang tamu kerana dia ingin keluar mencari sesuatu . Adelea hanya akur tanpa sebarang soalan . Kudratnya tiada kerana hampir tiga empat kali berulang ke tandas semata - mata ingin mengeluarkan kesemua isi perut .

.....

Hampir 25 minit keluar , Hazrel pulang dengan satu plastik putih di tangan . Plastik itu dihulurkan kepada Adelea . Adelea terkejut saat melihat pregnancy test berada di dalam plastik tersebut .

"A - Awak nak suruh saya buat apa ?"

"Check lah buat apa lagi ? Benda alah tu boleh guna pakai buat benda lain ke selain dari check kehamilan ?"

"T - Tapi saya t - tak mengandung pun ." Adelea gagap . Dia bukannya takut nak check tapi dia takut dengan Hazrel . Bila - bila masa saja lelaki itu boleh naik tangan kepadanya .

"Kau tak payah banyak cakap . Kau bangun pergi check sekarang . Aku nak tahu keputusan malam ni juga . Kau nak bangun sekarang atau nak aku yang angkat kau pergi bilik air ?"

"S - Saya pergi sekarang ." Adelea lantas bangun saat dia mendengar jawapan yang bercampur ugutan daripada Hazrel . Apa yang membuat Adelea bertambah cuak , Hazrel turut mengikutinya dan menunggu di hadapan pintu bilik air .

"Aku tunggu dekat sini ! Kau jangan macam - macam ." pesan Hazrel lagi . Dia berdiri dan seketika mundar - mundir menunggu jawapan Adelea . Jantung Hazrel berdegup kencang .

Lima belas minit juga Adelea hanya berkurung di dalam bilik air membuatkan Hazrel tidak senang duduk . Kesabaran dia semakin menipis dan akhirnya membuatkan dia memaksa Adelea membuka pintu .

"Adeleaaaaa ! Kau buka pintu ." pintu bilik air diketuk berulang - ulang kali .

"Sekejap Hazrel ." perasaan Adelea kali ini bercampur baur . Dia menggigil rasa melihat double line tertera di atas penguji kehamilan digital yang berada di tangan .

SEINDAH TAKDIR CINTA Where stories live. Discover now