BAB 72

49 0 0
                                    

Adelea beranikan dirinya ke hospital bersama Hezry dan Aleeya . Pagi tadi Datin Zafiera dan Dato' Hefdy berada di sana . Jadi sekarang giliran mereka bertiga . Sejak keadaan Hazrel sudah membaik , dia rasa tenang . Tak ada lagi sebarang kekusutan perlu lalui .

"Jangan berani nak buat apa - apa kalau tak nak aku heret kau ke balai polis . Kalau bukan sebab anak yang dekat dalam perut kau dah lama aku buat mummy daddy halau kau dari rumah ." bisik Hezry kepada Adelea yang ingin melangkah ke ruangan yang menempatkan suaminya .

Adelea hanya diam . Dia tak berani nak berkata apa - apa . Ini adalah kali pertama Adelea akan masuk melawat Hazrel sepanjang Hazrel berada di dalam keadaan separuh sedar .

Adelea terus melangkah masuk sebaik Hezry mengundurkan langkah dan dia menjauhinya . Kakinya diatur menuju ke katil Hazrel . Dari jauh dia nampak mata Hazrel yang sedang terbuka .

"A - Assalamualaikum Hazrel ." ujar Adelea . Dia menahan sebak di hati . Dialah punca Hazrel jadi begini .

"L - Lama kan saya tak datang jenguk awak di sini . Saya baru sembuh dari demamlah . Awak nak tahu tak ? Kita berdua akan ada anak tak lama lagi ."

Dengan berat hati Adelea melafazkan kata - kata tersebut . Dengan perlahan - lahan Adelea cuba mencapai tangan Hazrel dan meletakkan di atas perut Adelea yang dah menonjol ke luar .

"Isteri awak dah mengandung lima bulan dan hari ini genap tujuh bulan saya tak mendengar suara awak . Dah tujuh bulan jugalah saya tak dengar awak marah - marah saya Hazrel ." Adelea meletakkan semula tangan Hazrel di atas katil . Dia rapatkan wajahnya ke bahu suaminya .

Adelea melentokkan kepalanya di atas bahu Hazrel . Dia dah rindukan suami bengis dia ! Dia rindu nak kena marah dengan Hazrel dan dia turut merindui setiap hal tentang suaminya . Kenapa lama sangat Hazrel Hakeem tidur ?

"Saya minta maaf sebab dah biarkan semua rasa benci saya menewaskan cinta saya pada awak . Saya tak tahu sejak bila saya benci awak tapi lepas apa yang berlaku perasaan benci itu sudah mula hilang dan yang tinggal hanyalah penyesalan saya Hazrel ."

"Perasaan saya dah berubah - ubah . Kadang saya rindukan awak , kadang saya marah dengan awak . Saya kesal awak lebih memilih Felixia daripada saya . Tapi sekarang saya dah malas nak fikir apa - apa lagi dah Hazrel ."

"Saya cuma nak mulakan hidup saya yang baru bersama dengan awak tau . Tolong bangun yaa sayang . Saya nak dengar dari mulut awak sendiri yang awak dah maafkan saya . Awak cinta mati saya Hazrel . Saya rindu awak sangat - sangat . Tolonglah bangun ." Adelea merintih lagi namun tak ada sebarang respon daripada Hazrel .

"Saya pernah hina awak dekat depan Hezry . Saya pernah rendahkan awak dan saya menyesal Hazrel . Awaklah lelaki yang paling hebat dalam hidup saya . Terima kasih untuk kesemua bahagia yang awak dah berikan ."

"Saya tak pernah menyesal kahwin dengan awak dan saya bangga untuk beritahu satu dunia yang sayalah isteri awak Hazrel Hakeem . Saya ikhlaskan semua yang saya dah bagi pada awak dan saya akan redha dengan apa yang berlaku tapi bantulah saya untuk jadi tenang setenang tenangnya Hazrel ."

Adelea masih meluahkan semua isi hatinya . Entahlah Hazrel mendengar atau tak tapi sekarang dia dah tenang kerana telah membiarkan semua kata - kata keluar daripada mulut sendiri .

"S - Sayang ." suara Hazrel yang mula kedengaran mengejutkan Adelea . Dia terus mengangkat wajahnya daripada bahu Hazrel Hakeem . Dia dah gelabah nak panggil doktor tapi dia dihalang . Tak lama kemudian tangan Adelea digenggam erat oleh suaminya .

"Janganlah menangis ." ujar Hazrel . Keadaannya masih lagi lemah dan itu membuat Adelea bertambah sedih .

"Saya minta maaf Hazrel . Saya dah buat awak sakit . Saya minta maaf ." Adelea menangis teresak - esak . Dia mencium tangan Hazrel memohon keampunan daripada lelaki itu .

SEINDAH TAKDIR CINTA Where stories live. Discover now