BAB 56

48 1 0
                                    

Baru sahaja melangkahkan kaki ke dalam rumah , Hezry terdengar bunyi seakan akan ada sesuatu yang pecah . Dia terus mengatur langkah ke dapur kerana bunyi itu sepertinya datang daripada ruangan dapur rumah .

Sampai sahaja di sana Hezry melihat ibunya sedang mengutip serpihan kaca daripada pinggan yang sudah pecah berderai berselerakan atas lantai .

"Mummy .. " panggil Hezry .

"Mummy biar Hezry yang kutip ."

"Tak apa sayang mummy boleh buat sendiri . Hezry bila sampai ? Kenapa tak beritahu yang Hezry nak balik ?"

"Baru je sampai .. Mummy biar Hezry yang bersihkan kaca ni . Mummy pergi rehat dulu dekat sana tu ." sekali lagi Hezry meminta Datin Zafiera menjauhi kaca yang berselerakan atas lantai dan menyuruh wanita itu duduk terlebih dahulu di meja makan .

Datin Zafiera akhirnya akur dengan permintaan Hezry . Dia bangun dan membiarkan anaknya melakukan kerja tersebut . Entah kenapa akhir - akhir ini dia selalu hilang tumpuan .

Selesai membersihkan serpihan kaca tadi , Hezry kembali kepada ibunya . Dia duduk di sisi Datin Zafiera dengan raut wajah yang tertanya - tanya .

"Mummy kenapa ada masalah ke ? Mak Yam dengan Adelea mana ? Hazrel ? Sunyi semacam aje rumah ."

"Mummy okey Hezry jangan risau . Mak Yam tak ada dia balik kampung . Adelea ada dekat bilik dia . Hazrel pulak tak tahulah ke mana ."

"Hazrel isteri tengah berpantang pun boleh merayap merata lagi .. Mummy ni okey ke tak ? Nampak sedih je ."

"Sedih apanya tak adalah mummy cuma penat je . Kan Mak Yam tak ada .. Adelea pula tengah pantang . Mummy pun dah tua Hezry .. Dah tak larat nak buat kerja banyak - banyak ." ujar Datin Zafiera kepada anaknya .

"Hazrel tak tolong mummy ke ?"

"Dia buat hal dia je .. Tentang Adelea pun tak ambil tahu . Mummy pun tak tahu kenapa . Mummy nampak Hazrel macam tak kisah je dengan isteri dia . Adelea pun dah tak cari Hazrel ."

"Nak kena agaknya budak bertuah ni ! Mentang - mentang daddy tak ada dia boleh buat perangai pulak . Umur dah berapa tapi sikap tanggungjawab tak ada langsung .. Tak apa mummy naik atas dulu rehat . Biar Hezry masak ."

"Mummy minta maaf ya sayang . Hezry balik kerja penat - penat nak kena buat kerja dekat rumah pula . Hezry masak biasa - biasa dahlah untuk kita bertiga . Makanan berpantang Adelea mummy dah siapkan awal pagi tadi lagi ."

"Ala kerja rumah je pun . Dah mummy naik atas rehat dulu Hezry nak masak sekejap . Rehat tau mummy ! Hezry tak nak mummy jatuh sakit ." pujuk Hezry dengan nada penuh kelembutan .

Nasiblah dia mengubah keputusan untuk terus pulang sebaik pekerjaan selesai . Entah mengapa dia rasa tak sedap hati nak berada di Johor buat sementara bersama Ellysha rupanya keluarga sedang memerlukan dia .

Datin Zafiera terus membuka langkah meninggalkan Hezry . Hezry pula dah mencapai apron untuk " berperang " di dapur . Dah lama dia tak memasak ! Harap - haraplah tak ada sesiapapun yang keracunan makanan nanti .

.....

Air mata Adelea masih mencurah lagi membasahi pipi . Dia belum kuat nak menerima kenyataan yang anaknya sudahpun tiada di dalam rahimnya . Apa yang paling membuatkan dia kecewa adalah sikap Hazrel yang langsung tidak terlihat sedih .

Mungkin Hazrel juga tak inginkan anak ini sampaikan kehilangannya juga umpama tidak memberikan sebarang kesan ke atas dirinya .

Adelea nekad ! Dia akan tuntut cerai ke atas Hazrel Hakeem bila selesai berpantang nanti . Dia dah tak rela untuk bersuamikan lelaki itu .

SEINDAH TAKDIR CINTA Where stories live. Discover now