BAB 58

46 0 0
                                    

Hezry duduk termenung memikirkan sesuatu . Alangkah tenteram juga hati jika Aleeya kembali di sisi . Tidak kira apa yang sudah berlaku sebelum ini , dia sudah malas nak fikir . Sekarang dia hanya mahukan takdir berpihak kepada cinta dia terhadap Aleeya .

Telefon bimbit di dalam poket seluar dikeluarkan . Dengan pantas tangan mendail nombor telefon seseorang . Beberapa ketika panggilan tersebut bersambung di gagang telefon .

"Hello Tuan Haikal , tuan dekat mana ? Sibuk tak ?" Hezry terus memuntahkan katanya sebaik panggilan dia dan Tuan Haikal bersambung . Tuan Haikal ialah peguam bela keluarga Hezry sendiri .

"Ya Hezry .. Saya dekat pejabat . Ada apa tu ? Kelam kabut aje kamu ni ."

"Saya nak jumpa tuan boleh ke ? Ada perkara yang saya nak tanya tapi tak boleh nak tanya dalam telefon hm ."

"Sure ! Come to my office this morning . Saya ada dekat pejabat sampai pukul 11 pagi . Sempat lagi kalau Hezry nak datang terus jumpa saya pagi ni ."

"Okey saya datang sekarang . Lagi 30 minit saya sampai ." jawab Hezry dengan bersungguh - sungguh .

Seraya itu panggilan telefon terus dimatikan . Hezry bangun mencapai kunci kereta yang terletak di atas meja lalu menuju ke tingkat bawah . Usai memberitahu tentang pemergiannya kepada Datin Zafiera , Hezry terus menuju ke keretanya .

.....

Hezry melangkah keluar daripada perut kereta dan menyusun langkah mendekati bangunan firma guaman yang benar - benar di hadapannya . Dia masuk ke dalam dengan penuh debaran . Ada sesuatu yang sedang
membelenggu dirinya ketika ini .

Beberapa minit dia menunggu , Tuan Haikal memintanya masuk ke dalam bilik . Tadi sewaktu dia tiba , peguam itu sedang menemui anak guamnya . Jadi nak tak nak Hezry terpaksalah menunggu buat seketika waktu .

"Have a sit ! How are you ? Lama dah tak datang jumpa saya ." ujar Tuan Haikal sebaik Hezry duduk .

"Sihat alhamdulillah . Biasalah sibuk uruskan HZ Holdings . Nak harapkan adik dan daddy sepenuhnya memang tak boleh . Masing - masing pun ada banyak komitmen yang lain ."

"I see ! Jadi ada apa Hezry datang sini ? Nak tanya tentang apa pula sampai tak boleh nak cakap dekat dalam telefon ?"

"Tuan tahu kan kes isteri saya Aleeya ? Boleh ke tak kalau hukuman yang dia sedang jalani sekarang dipendekkan ?"

"Tak boleh Hezry . Syarat am rayuan memendekkan jangka masa hukuman hanya berkuatkuasa di dalam tempoh 14 hari selepas Hakim menjatuhkan hukuman . Aleeya pun dah menjalani hukumannya hampir dua tahun kan ? Jadi mustahil kita boleh kemukakan sebarang rayuan ke Mahkamah Tinggi ." jawab Tuan Haikal .

"Habis tu saya nak kena tunggu lagi enam tahun lebih ke apa ? Tuan , saya perlukan isteri saya . Dengan keadaan keluarga yang dah pun berpecah belah ni .. Saya tak rasalah saya mampu nak hadap bersendirian . Tolong saya tuan Haikal .. Saya sanggup je bayar berapa pun yang tuan nak ." Hezry dah mati akal . Dia tak sanggup rasanya nak tunggu lagi enam tahun lebih .

"Bukan soal wang ringgit Hezry tapi memang prosedur dah tak boleh nak dijalankan . Macam saya cakap tadi .. Hanya dalam tempoh 14 hari sahaja sebarang rayuan bertulis ataupun lisan boleh dikemukakan kepada Mahkamah Tinggi Hezry ."

Hezry tersandar di kerusi . Nampak gayanya dia tak dapatlah nak bantu Aleeya Irene untuk bebas lebih awal . Kenapalah dahulu semasa hukuman dijatuhkan dia tak terfikir nak suruh peguamnya memfailkan rayuan itu .

.....

Adelea melangkah keluar dari dalam bangunan Mahkamah Syariah dengan berjubah serta berkaca mata hitam . Dia ditemani Elvina rakannya semasa menuntut di universiti dahulu . Elvina yang pulang daripada kota Amsterdam terkejut dengan keputusan mendadak Adelea ingin berpisah dengan Hazrel .

SEINDAH TAKDIR CINTA Where stories live. Discover now