BAB 23

33 2 0
                                    

Majlis sanding yang berlangsung siang tadi hanyalah dihadiri oleh keluarga dan rakan rakan yang terdekat sahaja diikuti oleh jiran tetangga . Di atas permintaan Hazrel yang mahukan majlis yang kecil - kecilan , Datin Zafiera hanya menurutinya .

Hazrel yang sudah selesai mandi turun ke bawah seketika dan duduk di ruang tamu . Beberapa minit kemudian , dia disapa oleh Hezry .

" Aiii pengantin baru kenapa duduk dekat sini lagi ? tak nak warm up ke ? " Usik Hezry kepada Hazrel yang sedang sibuk dengan telefonnya .

Hazrel yang terkejut mendengar kata kata abangnya lantas melemparkan sebiji bantal ke arah mukanya .

" Aku yang kahwin kau pulak yang gatal ? itulah orang suruh kahwin tak nak . Siap lepaskan jawatan lagi . "

" Mana ada aku gatal . Aku saja je nak usik kau . Dah kau duduk bawah ni . Macam mana perasaan lepas beberapa jam jadi suami orang ? "

" Not bad tapi entahlah malas aku nak fikir . Ouh ya aku masuk kerja lusa tau sebab esok aku ada hal sikit . "

" Ikutlah nak masuk bila kau kan pengantin baru . Nak masuk bulan depan pun tak apa . Kerja kau biar aku yang handle buat sementara . "

" Mengadalah kau . Lusa aku masuk sebab esok aku nak keluar pergi pejabat Imigresen . Aku nak renew passport kejap . Kau nak ikut ? "

Mendengar saja perkataan passport dari mulut Hazrel , Hezry sengaja mengusiknya buat kali kedua .

" Fuh baru kahwin tak sampai 24 jam dah nak renew passport eh ? honeymoon dekat mana ? "

" Tak ada maknanya aku nak pergi honeymoon . Aku nak renew passport sebab nak pergi London , cari Aleeya . "

" Kau gila ke apa Hazrel ? kau tu laki orang tau . Bini ada depan mata pun sibuk cari ex girlfriend . " Hezry menyandarkan badan ke sofa .

" Laki orang atas kertas je . "

" Bini kau mana ? kau jangan nak macam - macam eh Hazrel . Naiklah atas . Jenguk dia sekejap . "

Hezry menggelengkan kepala melihat reaksi adiknya . Jam menunjukkan angka 12 tengah malam . Dia melihat Hazrel yang masih belum berganjak lagi dari posisinya membuatkan dia mencuit tangan Hazrel disebelah .

" Nak apa ? "

" Nak apa tengkorak kau Hazrel . Naiklah atas . Kesian Adelea sorang . "

" Kau ni kecohlah Hezry . Yelah aku naik sekarang . Kau pun pergilah tidur . Dasar orang single !! " Perli Hazrel kepada abangnya . Hezry yang mendengarnya terus berteriak .

" Aku single selamat lagi kau tu kejap lagi first night jangan gegar sangat . "

Hazrel segera mendekati abangnya dan menekup mulut lelaki itu .

" Kau ni cakap memang tak tapis kan ? malulah orang dengar . "

" I - ish tepilah tangan kau . " Hezry menepis tangan adiknya .

" Kau jangan bising eh . Kau jugak yang suruh aku naik atas . Aku nak naik atas dah ni . " Kata Hazrel sambil memberi isyarat kepada abangnya supaya diam .

.....

Adelea menutup lampu bilik Hazrel . Dia membaringkan dirinya di atas selimut yang sudah dia bentangkan di atas lantai . Dia tidak mahu tidur di atas katil kerana bimbang dimarahi Hazrel . Hazrel juga entah ke mana walhal sudah lewat malam .

Saat dia sudah melelapkan mata tiba - tiba ada seseorang yang membuka pintu dan lampu bilik itu . Hazrel terkejut ketika melihat Adelea tidur di atas lantai dan bukannya di katil .

SEINDAH TAKDIR CINTA Where stories live. Discover now