BAB 64

42 0 0
                                    

Komputer riba di atas meja ditutup dengan serapatnya . Blazer hitam yang dipakai Hazrel dibuka lalu dia letakkan di atas meja dan tali leher yang terletak elok di leher kemejanya dilonggarkan sedikit . Dia tersandar di dinding kerusi . Hari ini adalah hari yang memenatkan untuk dirinya .

Jam di tangan sudah menunjukkan angka 6 petang namun dia langsung tidak terasa nak pulang ke rumah . Beberapa ketika pintu bilik diketuk seseorang . Hazrel tersenyum saat melihat wajah cantik Felixia mula menghiasi pandangannya .

"Kenapa tak balik lagi Fel ? I rasa kerja you dah habis ." tanya Hazrel sambil dia memperbetulkan kedudukan .

"Nah !!" Felixia tak menjawab soalan Hazrel namun dia letakkan sesuatu di atas meja dengan penuh senyuman .

"Apa ni ?" Hazrel mencapai satu plastik jernih yang berisi sesuatu . Buka sahaja bekas yang berada di plastik tersebut , wangian nasi lemak pandan berwarna hijau bersama ayam goreng berempah terus menusuk ke rongga hidungnya .

"Felixia ?" tanya Hazrel lagi . Kali ini senyuman manis milik seorang Hazrel Hakeem jelas terpancar di wajahnya .

"I perasan you cuma makan roti tengah hari tadi . Sekarang dah lewat Hazrel . You kan ada sakit gastrik .. Jadi habis je waktu pejabat I terus turun bawah cari makanan favourite you . Jangan risau ! I beli dekat kedai biasa kita makan tu . Confirm halal don't worry boss ." Felixia sempat berseloroh di penghujung ayat .

"You masih tahu kan apa yang I suka .."

"Mestilah I tahu . Semua tentang you I tahu . Sekarang ni you jangan cakap banyak . Makan cepat ! Sekarang dah lewat Hazrel nanti Adelea risaukan you . Lepas makan nanti terus balik ."

"Ya nanti I terus balik . You nak ke mana ? Tak nak teman I makan ke ?"

"Nak baliklah .. Tak manis kalau kita berdua di sini . Pekerja lain ramai yang dah balik . Nanti orang kata I cuba nak mengorat you pulak ." jawab Felixia .

"Siapa yang berani sangat nak cakap benda buruk tentang you Fel . Lagipun ini pejabat I lah . Mana ada orang nak masuk waktu - waktu macam ni ."

"Tak boleh Hazrel . You suami orang ! Lagipun sekarang dah lewat petang . I ada urusan lagi lepas ni . Next time I teman you makan okey ? I'm promise ."

"Fine ! Balik elok - elok . Kalau ada apa - apa telefonlah I nanti I datang terus dekat you Fel ." pesan Hazrel Hakeem .

"Okey . Enjoy your food . Bye bye !" Felixia sempat melambaikan sebelah tangannya kepada Hazrel sebelum melangkah kaki ke muka pintu .

"Thank you belanja nasi ." kata Hazrel dengan kuat kerana Felixia sudah pun hampir hilang dari pandangannya .

"Welcome ." teriak Felixia . Dia kadang kala geli hati dengan sikap penyayang tak bertempat Hazrel . Ada waktunya Felixia terfikir kenapalah Adelea nak bercerai sedangkan baginya Hazrel lelaki yang cukup sempurna .

Hazrel menyingsing lengan kemeja yang dipakai . Alangkah bagus kalau hari - hari ada yang nak belikan dia makanan . Kadang dia sendiri malas nak turun makan di bawah . Selesai membacakan doa , butiran nasi yang berada di dalam bekas di atas meja terus disuap ke dalam mulut .

.....

Adelea merenung jam di dinding . Mata dia daripada mengantuk terus bertukar segar apabila dia sedar bilik Hazrel masih lagi tidak berpenghuni . Tak ada alasan untuk Hazrel pulang lewat dari pejabat . Hazrel bukan kuli melainkan dia sengaja meneruskan pekerjaannya sehinggalah selesai .

"Tak akanlah dia balik rumah mummy tak beritahu aku ." ujar Adelea dengan perlahan . Dia berteka - teki sendirian . Akhirnya tak sudah dia memutuskan untuk menelefon Hazrel Hakeem .

SEINDAH TAKDIR CINTA Where stories live. Discover now