BAB 54

77 2 0
                                    

Bagasi milik Hezry dan setiausaha peribadi Hazrel iaitu Dania Ellysha diletakkan di kabin pesawat . Hezry mengambil tempat di sebelah kanan Ellysha . Boleh tahan pandai jugalah wanita itu memilih tempat duduk mereka . Macam tahu - tahu pula dia nak duduk berhampiran tingkap .

Usai pesawat berlepas dari lapangan terbang , Hezry cuba menegur Ellysha yang entah kenapa asyik berdiam diri semenjak tadi . Agaknya dia terpaksa kot ikut Hezry pergi outstation ?

"Awak tak selesa ke dengan saya Sha ?" soal Hezry sejurus wanita itu tiba - tiba menoleh ke arahnya . Dah dapat peluang lebih baik gunakan .

"Nampak sangat ke ?"

Hezry mengangguk . Untuk apa lagi berselindung kalau itu kenyataan ?

"Saya bukan tak selesa dengan Encik Hezry tapi saya cuma terkejut kenapa tiba - tiba saya kena ikut sedangkan daripada awal lagi projek ni bukan Encik Hezry yang uruskan .. "

Ellysha cuba berdalih . Dia bukan tak selesa kerana terkejut tapi dia khuatir jika perasaan dia buat Hezry dahulu akan wujud kembali . Jika di pejabat , dia tak kisah kalau nak rapat dengan Hezry tapi kali ini situasi sudah pun berbeza . Mereka terpaksa berdua - duaan dan tiada rakan yang lain .

"Tanyalah boss kesayangan awak tu .. Dia yang tiba - tiba minta saya handle projek dekat sana . Mungkin Tuan Syadzril ditukarkan ke divisyen yang lain sebab itulah saya terpaksa turun ke sana . Kita dah kawan lama dah Sha . Tak payah nak buat dramalah ." terang Hezry dengan selamba .

Dia pelik sebaik mendengar jawapan Ellysha . Nak kata tiada keserasian ? Dia dan Ellysha pernah menjadi rakan sekelas sewaktu tingkatan satu , empat dan lima ketika menuntut di Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Maluri suatu ketika dahulu . Boleh dikatakan ke mana saja Hezry dan adiknya pergi , pasti kelibat Ellysha akan ada di situ .

"Eee tolong sikit Hezry siapa yang nak buat drama ? Saya cuma nak luahkan kepelikan saya je tak salah pun kan ?" Ellysha membela dirinya . Lantaklah Hezry nak fikir apa pun yang pasti hanya Tuhan yang tahu perasaan sebenar dia pada ketika ini .

"Haa macam ini kan bagus .. Awak tak payah nak formal sangat nak ber encik bagai .. Panggil Hezry pun dah cukup . Kita bukan dekat pejabat so panggil nama sudahlah ." arah Hezry .

Ellysha bungkam ! Macam manalah dia boleh terlepas cakap ? Aduh malu betul nanti apa pula Hezry fikir .

"M - Maaf Encik Hezry .. "

"Tak payah formal sangat Sha . Kita kawan daripada zaman sekolah lagi tau . Janganlah disebabkan saya anak majikan awak , awak terpaksa hormat saya . Bagi saya cukup awak jaga adab dan tatacara pun dah memadai untuk melambangkan perasaan hormat awak terhadap saya Sha . Don't be too formal with me unless we are in the office . Do you understand what I said Ellysha ?"

Jawapan Hezry kali ini sarat dengan fakta . Memang betul dia dan kembar bersahabatan sudah lama namun bagi Ellysha itu bukan satu tiket untuk dia mengambil mudah isu tersebut . Ini adalah kali pertama dia dan Hezry digandingkan bersama dalam urusan luar sepanjang hampir empat tahun bekerja sebagai setiausaha peribadi .

"Keperibadian awak daripada zaman sekolah sampailah sekarang ini tak pernah berubah Hezry . Awak sangat - sangat bersikap terbuka tak macam Encik Hazrel . Sekali saya bekerja di bawah Encik Hazrel , dia tak pernah fikirkan tentang persahabatan . Dia memang tegas tak kira di luar pejabat ataupun dalam tapi awak .. " terang Ellysha dengan panjang lebar namun di penghujungnya dia tak mampu nak habiskan kata - kata kerana khuatir akan berbicara dengan hal yang tak sepatutnya dia utarakan sama sekali .

Ellysha bukan nak banding bezakan Hazrel dan Hezry namun itulah yang menjadi satu keistimewaan di dalam diri mereka . Kedua duanya memiliki sikap toleransi dan kewibawaan yang tersendiri serta yang pastinya amat berbeza di antara satu sama lain .

SEINDAH TAKDIR CINTA Where stories live. Discover now