BAB 57

69 1 4
                                    

Naik berkerut dahi Dato' Hefdy sebaik mengetahui niat sebenar Hazrel . Dia nak salahkan anak bongsunya itu pun tak boleh kerana Adelea juga berhak membuat keputusan demi masa depan sendiri . Tapi yang pastinya perbuatan Hazrel mengecewakan banyak pihak .

"Kenapa teruk sangat perangai kamu Hazrel ? Mummy dengan daddy tak pernah ajar kamu dan abang buat benda yang bukan - bukan tau ."

"Kalau dulu tak ada sesiapa yang paksa Hazrel kahwin , semua ini tak akan pernah berlaku daddy ." Hazrel lantang bersuara . Jika dahulu semua akur dengan keputusannya pasti dia tidak akan melakukan perkara itu .

"Bersikap rasional sikit tak boleh ke Hazrel ? Cubalah jadi macam Hezry ."

"Daddy kalau panggil Hazrel datang sini semata - mata nak cakap tentang benda bodoh ni dan nak bandingkan Hazrel dengan abang lebih baik tak payahlah ! Buang masa je !" Hazrel terus bangun dan keluar daripada ruangan pejabat Dato' Hefdy .

Pintu bilik bapanya dihempas dengan kuat . Terkejut beberapa orang pekerja yang kebetulan berada di meja masing - masing . Sekilas Hazrel terpandang beberapa pasang mata yang sedang memerhatikan tepat ke arahnya .

"Tengok apa tak ada kerja lain ke nak buat ? Kalau setakat nak makan gaji buta lebih baik berambuslah sial !"

Hazrel terus berlalu pergi dari situ dan menuju ke ruangan pejabatnya semula . Tadi Dato' Hefdy memanggil dia dengan alasan ingin berbincang tentang sesuatu . Dia sangka tentang hal pekerjaan memandangkan Dato' Hefdy baru sahaja pulang dari urusan luar negeri namun lain pula jadinya .

Seketika Dato' Hefdy keluar daripada biliknya dan memohon maaf kepada semua staf yang diherdik oleh Hazrel sebentar tadi . Nasiblah mereka juga sudah masak dengan sikap panas baran seorang Hazrel Hakeem .

.....

Beberapa fail berisi dokumen ditolak jatuh satu persatu daripada mejanya . Hazrel melepaskan kemarahan dalam ruangan pejabatnya . Habis ke semua kertas - kertas , pen serta fail jatuh berselerakan ke atas lantai .

"Kau memang sial ! Aku ingat bila dah keluar dari rumah tu dah boleh tenang sikit otak aku tapi sekarang daddy pula bawa hal ini ke pejabat ." getus Hazrel dengan perlahan . Blazer yang dipakai dibuka dan dilemparkan ke atas meja .

Lengan baju di kiri dan kanan di lipat naik satu persatu . Seketika dia duduk di sofa dan meraup kasar wajahnya dengan kedua - dua belah tangan .

"Kau yang nak bercerai dengan aku tapi sekarang pula yang buat drama ! Drama kau tu menyusahkan aku sebab semua orang asyik nampak kesalahan akulah barua ! Kau tak habis - habis nak hancurkan kehidupan aku ."

Hazrel masih tidak berhenti memaki isterinya sendiri . Tak tahulah ke mana pergi kesemua rasa cintanya terhadap Adelea sehinggakan dia boleh berubah menjadi Hazrel yang dulu iaitu Hazrel yang sangatlah membenci Adelea .

Beberapa ketika pintu dibuka dengan kuat oleh Hezry Hazeem . Dia masuk dan berdiri tepat di hadapan Hazrel Hakeem . Nampak gayanya sedang menahan marah terhadap sesuatu .

"Kau buat apa tadi ?" soal Hezry dengan nada yang cukup tegang .

"Buat apa ?"

"Aku tanya kau .. Kau buat apa tadi ? Siapa ajar kau jadi biadab macam ni ? Eh aku tak tahulah berapa juta kali lagi aku nak kena nasihatkan kau Hazrel ."

"Kau ni kenapa eh ? Tak ada angin tak ada ribut nak marah aku pulak . Mood aku tak elok bang kau jangan buat hal dekat sini kang tak pasal kau makan kaki tangan aku nanti Hezry ."

"Oh kau fikir pasal kau punya mood je ? Habis aku kau tak fikir ? Kau nak naik angin dengan aku boleh Hazrel tapi janganlah dengan daddy !"

Hazrel tersenyum sinis . Rupanya ini penyebab Hezry nak marah tak tentu pasal ? Kau memang cari nahaslah .

SEINDAH TAKDIR CINTA Where stories live. Discover now