BAB 47

58 1 0
                                    

Hezry melangkah masuk ke rumah dengan perasaan yang bercampur baur . Belum sempat dia menuju ke tangga untuk naik ke bilik tidur , suara milik Datin Zafiera menerpa cuping telinganya . Dato' Hefdy dan Adelea turut sama berada di ruang tamu .

"We need to talk . Now !" keras suara Datin Zafiera memberi arahan kepada Hezry . Nampak gaya memang serius perkara yang ingin dibincangkan .

Oleh kerana Hezry malas nak bertegang leher , jadinya dia akur saja . Langkah diambil menuju ke ruang tamu sebelum punggungnya dilabuhkan ke atas sofa empuk .

"Nak cakap apa lagi cepatlah ."

"Aleeya mana ? Tidur lokap ?" Datin Zafiera duduk berhadapan dengan Hezry sambil menyilangkan tangan di dada . Nampak macam queen tengah on the way nak mengamuk pula .

"Dah tahu tanya buat apa ? Sengaja nak buat Hezry rasa bersalah sebab bela pembunuh ? Macam itu ke ?" tanpa sengaja Hezry meninggikan sedikit suaranya . Dato' Hefdy dan Adelea hanya berdiam diri .

"Tak sampai setahun kahwin kamu dah pandai tinggi suara dengan mummy . Apa nak jadi ni Hezry ?"

"Kalau mummy nak cakap tentang benda yang remeh ni lebih baik tak payahlah . Jangan nak serabutkan kepala Hezry . Isteri Hezry tengah dalam tahanan polis . Mummy rasa Hezry boleh hidup aman lagi ke ?"

"Memang padanlah dia tidur lokap . Dia hampir bunuh Hazrel tau dan disebabkan dia juga layanan Hazrel buruk pada Adelea . Perempuan macam dia tak layak dibuat isteri ."

"Ya Allah mummy apa lagi yang mummy tak puas hati sangat dengan Aleeya ? Daddy ? Tolonglah jangan nak senyap aje . Kenapa semua orang rasa yang Aleeya tu bersalah ?" sekilas Hezry mengalihkan pandangannya terhadap Dato' Hefdy pula .

"Sebab Aleeya memang pembunuh !" nada suara Datin Zafiera berubah tinggi dan menengking Hezry . Air mata Hezry bergenang mendengar isterinya dicaci oleh ibu sendiri .

"Mummy Hazrel tak mati pun tau ! Cukuplah tak perlu mummy nak salahkan dia . Apa yang dah berlaku semuanya takdir Tuhan . Hazrel dah sihat dah pun kenapa mummy nak letakkan kesalahan pada Aleeya lagi ?"

"Habis tu Hezry nak tunggu Hazrel mati dulu ke baru Hezry nak sedar dengan semua perbuatan Aleeya ?"

"Fiera cukup ! Jangan serabutkan anak kita ." melihat keadaan itu sudah tidak terkawal , Dato' Hefdy bangun mendekati isterinya dan meminta wanita itu diam buat seketika .

"Abang , abang jangan nak bela Aleeya ya . Dia hampir bunuh anak kita tau ."

"Mummy dah . Sekarang kita biarkan pihak polis yang buat kerja mereka . Adelea yakin kebenaran pasti akan terbongkar . Kita tak boleh pun nak letakkan kesalahan di atas bahu Aleeya sedangkan keterangan Hazrel sendiri tak ada satu pun yang tertumpu pada Aleeya ." Adelea bangun dan duduk di sebelah ibu mertuanya . Bahu wanita itu dipegang dan meminta untuk dia bertenang terlebih dahulu .

Jujur Adelea kasihan dengan Hezry . Sudahlah isteri ke lokap dan sekarang ini Datin Zafiera pula terus menerus memberikan tekanan kepadanya .

"Betul apa kata Adelea . Awak tak boleh ikutkan sangat perasaan marah awak pada Aleeya . Ya saya pun marah dengan apa yang dah berlaku tapi kita tak boleh buat andaian sendiri selagi mahkamah tak putuskan siapa yang bersalah ." jelas Dato' Hefdy kepada isterinya .

"Ingat Hezry ! Kalau Aleeya bersalah , mummy nak kamu ceraikan dia terus . Dia tak sepatutnya berada di dalam keluarga kita dan mummy tak sudi lagi nak terima dia sebagai menantu mummy ." sekali lagi Datin Zafiera bersuara tentang perceraian .

"Terserah pada mummy . Hezry tak nak cakap banyak nanti mummy kata Hezry kurang ajar tapi satu je Hezry nak pesan . Jangan disebabkan semua perasaan marah mummy pada Aleeya mummy dah lupa siapa yang banyak tolong mummy masa Adelea tak ada ."

SEINDAH TAKDIR CINTA Where stories live. Discover now