BAB 38

70 2 0
                                    

Pergaduhan mereka tempoh hari tidak berakhir seperti yang Aleeya harapkan kerana Hazrel tiba - tiba pengsan . Tuhan saja yang tahu betapa sakitnya hati Aleeya saat melihat Adelea tidak jadi diceraikan .

"Sebelum ni kau selamat Adelea ! Tapi sekarang posisi kau sebagai isteri Hazrel tak akan aman lagi dah ."

"Apa yang tak akan aman ?" tiba - tiba suara garau Hezry menyapa telinga Aleeya .

"T - Tak ada apa . A - Awak dari mana ? Terkejut saya dibuatnya . Lain kali ketuklah pintu dulu sebelum nak masuk . Buatnya saya tengah tukar pakaian macam mana ?"

Hezry tergelak ! Dengan suami sendiri pun nak menjaga batas ? Kau tunggu hari kau Aleeya . Lepas ini bukan setakat malu kau yang hilang tapi segala - galanya .

"Kenapa awak ketawa ? Betulkan apa yang saya cakap ?" Aleeya pelik melihat respon Hezry . Tidak diduga tangan Hezry pantas menarik pinggulnya mendekati tubuh sasa Hezry .

"Awak masih malu dengan saya ? Cuba awak bagitahu saya jawapan yang lebih tepat kenapa saya kena ketuk dulu pintu bilik sebelum masuk sedangkan ini bilik saya ."

"Kalau bilik awak memang awak boleh buat sesuka hatilah Hezry Hazeem ?" mata Aleeya tepat merenung ke wajah tampan Hezry . Entah mengapa hatinya seakan tenang berada di dalam dakapan lelaki ini .

"Absolutely yes Aleeya Irene . Tapi memandangkan awak dah jadi pemilik hati saya , bilik ini menjadi hak milik kita berdua ." kata Hezry sambil tersenyum . Meskipun semuanya terasa sukar , dia harus terus memancing Aleeya .

"Hezry , can I ask you something ?"

"Awak nak tanya apa ?" tangannya segera dia alihkan daripada terus melilit pinggang isterinya . Dia menarik Aleeya duduk di hujung katil .

"Betul ke awak cintakan saya ?" jantung Aleeya berdegup kencang . Dia bimbang jika tuduhan Hadi selama ini menjadi kenyataan .

"Saya tak pernah bercinta dan sepanjang 23 tahun saya hidup , saya tak pernah bermain dengan cinta . Saya tak tahu macam mana nak tunjukkan perasaan sayang saya pada seseorang tapi yang pasti setiap kali saya ada dengan awak saya rasa dunia saya lengkap , saya rasa macam kekosongan yang saya rasa selama ini dah tertutup rapat dengan kehadiran awak ." jawab Hezry dengan tenang . Tangan Aleeya dipegang dan digenggam kemas .

"Kalau awak rasa terlalu banyak kekurangan dalam rumah tangga kita , saya minta maaf . Tapi saya harap awak boleh terus berikan kesempatan pada saya untuk terus berada di sisi awak ." sambung Hezry lagi .

"Awak terlalu sempurna di mata saya Hezry dan saya tahu awak sentiasa berusaha untuk berikan yang terbaik untuk saya . Kita perbaiki diri sama - sama ya ?" air mata Aleeya menitis sebelum di sapu jari jemari Hezry .

"Please don't cry ." tangan Hezry dibawa ke belakang badan isterinya . Dia merapatkan tubuh Aleeya ke dada bidangnya dan seketika ini Aleeya berada di dalam dakapan Hezry .

Aleeya bingung . Apakah dia sudah jatuh cinta pada Hezry ? Semua ini tidak sepatutnya terjadi . Dia harus ingat semula niat sebenarnya berkahwin dengan Hezry adalah untuk mendapatkan Hazrel semula .

.....

Hazrel bangun daripada tidurnya . Sekali sekala dia menoleh ke kiri dan kanan untuk mencari kelibat Adelea .

"Awak dah bangun ?" Adelea yang baru selesai membersihkan diri melangkah mendekati katil .

"Ada rupanya ingatkan tak ada ." jawab Hazrel dengan kasar .

"Awak nak makan ? Saya boleh turun bawah ambilkan makanan ."

"Tak payah . Kau kemas baju semua kita balik rumah ."

SEINDAH TAKDIR CINTA Where stories live. Discover now