BAB 71

45 0 0
                                    

Mack memberanikan juga dirinya bagi menemani Xavier ke balai polis untuk menyerahkan bukti yang masih ada dalam simpanannya . Seandainya Hezry tuduh dia pengkhianat pun dia tak kisah . Yang penting sekarang ini mereka tidak mahu lagi bersubahat melindungi seorang penjenayah .

"Aku harap kes ini akan cepat selesai sebelum keadaan berubah jadi lebih teruk lagi ." ujar Mack seraya itu dia meneguk air mineral di tangannya .

"Selagi tak ada orang yang cuba buat kacau , aku yakin semua benda akan selesailah . Apa lagi nak jadi pun aku tak tahu ." keluh Xavier . Dia sendiri dah naik penatlah nak menghadap drama budak - budak mentah itu .

"Siapa yang nak buat kacau ?"

"Biasalah perempuan . Kalau tak buat drama memang tak sah . Hezry tu pun satu hal jugak . Dia sanggup diam dan tunduk kepada Adelea sedangkan dia sendiri tahu apa yang Adelea buat tu salah gila di sisi undang - undang ."

"Sama saja macam Aleeya Irene . Kes cubaan membunuh juga . Ini kalaulah betul dia memang ada pasang niatnya mau bunuh Hazrel , aku tak tahu mau cakap apa . Dulu bukan mainlah cinta mati tapi sekarang mau kasi si Hazrel matikah ? Memang nda terfikir aku ."

"Dunia sekarang terbalik sudah . Yang patutnya melindungi tiba - tiba harus dilindungi orang ." rungut Xavier .

"Kau nak pergi mana sekarang ? Aku lapar ni . Dari pagi belum makan lagi . Dari kita bahas tentang ini lebih baik kita pergi cari makanan siang kita ."

"Hospital . Tapi kita pergi makan dulu . Aku pun lapar jugalah ." sekilas Xavier merenung jam di tangan . Patutlah dua - dua dah lapar rupanya sekarang dah masuk waktu makan tengah hari pun .

Mack dan Xavier berjalan menuju ke kereta Xavier yang dah diletakkan di kawasan letak kenderaan . Betul juga apa yang dikata Mack ! Dari mereka bahaskan tentang hal budak - budak itu , lebih baguslah mereka keluar mencari makanan tengah hari .

.....

Aleeya membuka langkah mendekati sebuah mahligai yang menjadi " saksi " kebahagiaannya sebelum ini . Hari ini Aleeya Irene bebas setelah dia berjaya mengharungi hukuman penjara tanpa adanya sebarang kesalahan tatatertib .

Jangka masa hukuman dipendekkan setakat empat tahun . Loceng rumah mula ditekan . Dia gementar menanti siapa pula yang akan dijumpa dulu .

Mak Yam yang membuka pintu pagar terkejut melihat Aleeya Irene berdiri di hadapan pagar . Aleeya pula terus menghulurkan tangannya untuk dia bersalaman dengan Mak Yam .

"M - Mak Yam sihat ?" Aleeya sedikit teragak - agak untuk menyapa wanita itu . Sebelum ini dia tak pernah layan Mak Yam dengan seikhlas hatinya .

"Mak Yam tak mimpikan ? Betul ke Aleeya ada depan mata Mak Yam ?"

Aleeya tidak membuang masanya . Dia terus mendekatkan diri ke arah tubuh Mak Yam . Badan wanita tua tersebut dipeluk bagi membuktikan dia tidak bermimpi . Memang benar Aleeya sudah kembali ke rumah itu .

"Aleeya dah balik dah .. Aleeya dapat pembebasan awal Mak Yam . Memang sengaja Aleeya diam sebab Aleeya nak buat kejutan pada semua orang . Mana Hezry ? Mummy ? Di mana yang lain ? Diorang ada dekat dalamkan ?" Aleeya mengesat air matanya yang dah jatuh .

Mak Yam mengangguk dan dia juga mengiyakan apa yang sudah Aleeya katakan . Memang semuanya sedang berada di dalam rumah kecuali Dato' Hefdy . Dia berada di pejabat kerana banyak kerja yang sudah tertangguh semenjak ketiadaan Hazrel Hakeem .

Mak Yam terus mengajak Aleeya Irene masuk ke dalam rumah . Setelah empat tahun , dia berjaya untuk jejakkan kaki semula ke dalam rumah ini . Dia masih takut untuk menghadap Datin Zafiera . Dia takut jika wanita itu masih tidak memaafkan dia sepenuhnya lagi .

SEINDAH TAKDIR CINTA Where stories live. Discover now