BAB 41

49 2 0
                                    

Xavier duduk bertentangan dengan Edri , Mack , Fahmie dan juga Zack . Mereka berbincang mengenai sesuatu dan nampaknya jauh lebih serius berbanding dengan sebelum ini .

"Belum ada lagi green light dari Hezry kalau dia kasi tu aku nda tunggu sudah macam sekarang . Kita pun sama jak semua terpaksa tunggu dulu ." ujar Xavier kepada rakan - rakannya .

"Dia nak tunggu apa lagi ? Nak tunggu sampai ada salah seorang yang mati di tangan Zakuan ? Kau Xavier tolong nasihatkan Hezry sikit . Keadaan dah makin bahaya bila diorang dah mula serang kembar ." Zack pula menyusun kata . Nampaknya dia pun tak sabar nak pergi " berperang " lagi .

"Nasihat dia macam mana lagi Zack ? Berbuih sudah mulut aku bilang sama dia jangan biarkan Zakuan selangkah dari kita nanti susah jadinya tapi dia sama jak begitu nda berubah ."

"Aku rasa mungkin dia dah ada plan sendiri ." Edri pula bersuara setelah lama dia berdiam diri mendengar perbualan Zack dan juga Xavier .

"Kalau ada tak apa aku tak risaulah . Hazrel macam mana ? Last aku jumpa dia masa dekat markas sana tu . Dia pun lagi satu hal suka sangat ikut kepala angin dia . Nda ada bincang dulu sama kita apa yang dia buat ."

"Hazrel cara dia Hezry pula cara dia . Masing - masing keras kepala . Nak tak nak kena banyak sabar . Lagipun jadi tanggungjawab kita untuk jaga kembar . Tak akan nak makan gaji buta pula kan kenalah buat kerja ." jawab Fahmie dengan nada tenang . Meskipun dia anggota baru di dalam pasukan namun dia sudah cukup faham perangai sebenar anak - anak Dato' Hefdy sememangnya begitu .

"Betul !" kenyataan Fahmie disokong oleh Mack dan juga yang lain .

Selepas ini mereka berempat akan berada di dalam satu pasukan kecil di mana mereka bertanggungjawab melindungi kembar dan juga isteri - isteri mereka . Jika sebelum ini Mack dan Xavier berada di dalam pasukan lain sebagai pengawal peribadi Dato' Hefdy , kini dia dan Mack ditugaskan melindungi anak - anaknya pula .

.....

Jam sudah menunjukkan angka 9 pagi . Hazrel masih nyenyak dibelai mimpi . Subuh pun dia tak bangun juga . Entah apalah yang buat dia penat sangat . Nak tak nak Adelea terpaksa kejutkan juga kerana hari ini masih lagi hari bekerja . Takut Hazrel akan bertambah lambat pula bila nak pergi pejabat .

"Hazrel , bangun dah pukul 9 lebih dah ni nanti awak lambat nak pergi kerja ." tangan Hazrel dia gerakkan dengan perlahan . Takut jika Hazrel bangun mengejut nanti dia sakit kepala .

"Hazrel .. " sekali dua panggilan masih tiada sahutan . Sel - sel otak Adelea berhubung . Dia memeriksa sama ada Hazrel masih bernafas . Gila ! Boleh tahan tidur mati juga suaminya .

"Hazrel , bangun . Awak dah lewat nanti daddy naik angin pula ." Adelea masih statik di posisinya . Nak percik air risau nanti dia yang terima balasan semula seperti sebelum ini . Nak tak nak kena kejut guna mulut dan tangan saja . Akhirnya Hazrel membuka mata . Ya Allah susah betul nak kejutkan dia bangun tidur kalau tuan punya badan kepenatan .

"Kau nak apa ?" suara serak - serak basah Hazrel menyapa telinga .

"Dah lewat awak tak kerja ke harini ? Jam dah dekat pukul 9.30 pagi . Awak masih penat ke ? Maaf sebab kejutkan awak . Kalau awak tak kerja tak apalah . Saya cuma takut awak makin terlambat nak pergi pejabat ."

"Harini hari apa ? Tarikh ?"

"Harini hari selasa 13 hari bulan . Kenapa ? Awak ada hal penting ke ?" tanya Adelea semula . Jarang betul Hazrel nak tanya dia tentang hari dan tarikh .

"Aku ada appointment doktor . Kau siaplah . Teman aku jumpa doktor lepastu nanti kita balik rumah mummy jenguk Hezry ." sengaja dia mengajak Adelea kerana wanita itu pun belum tahu lagi apa yang telah berlaku pada sahabat baiknya .

SEINDAH TAKDIR CINTA Where stories live. Discover now