BAB 45

72 1 0
                                    

Hezry duduk memandang lantai . Dia sendiri bingung tentang perasaannya . Ada suatu masa dia rasa dia tak boleh berjauhan pun dengan Aleeya dan ada suatu masa pula dia membenci wanita itu . Jika bukan kerana Aleeya , hidup kembarnya tak akan menderita .

Idlan yang perasan dengan keadaan anak majikannya itu membuatkan dia mengambil keputusan mendekati Hezry dan duduk di sebelahnya .

"Boleh pecah lantai tu kalau kau asyik tenung tak berhenti ." Idlan menegur Hezry . Dia sebenarnya takut juga nak bercakap dengan Hezry selepas kejadian Xavier ditembak oleh Hezry . Maklumlah Hezry manusia baran yang kedua selepas adiknya Hazrel .

"Aku nak tanya kau sikit boleh tak ? Tapi aku nak tanya je . Kau janganlah nak buat andaian sendiri pula ."

"Kau nak tanya pasal apa ?" Idlan memusingkan tubuhnya menghadap Hezry . Kedua - dua kakinya diangkat untuk duduk bersila di atas sofa .

"Apa perasaan kau bila jadi duda ?"

Idlan tergelak saat mendengar soalan dari Hezry . Ya , Idlan duda . Boleh dikatakan dia jugalah orang yang selalu dijadikan tempat rujukan oleh rakan - rakan mereka tentang isu percintaan dan perceraian .

"Kau tak payahlah nak gelak ." tangan Hezry laju menampar bahu Idlan yang sedang duduk betul - betul berhadapan dengan dirinya .

"Tak kau kenapa tiba - tiba tanya pasal perasaan aku bila jadi duda ? Kau nak jadi duda ke apa ?"

"Kau tak jawab soalan aku lagi macam mana aku nak jawab soalan kau ."

"Dia sebenarnya bergantung pada setiap individu juga . Ada orang dia boleh hidup dengan status duda tu tapi ada orang tak boleh . Memanglah duda tu lebih kurang macam kehidupan bujang tapi kau akan rasa lain juga . Nak kata bahagia tak sedih pun tak tapi tenang je ." jawapan Idlan kedengaran merepek tapi Hezry fokus dengan apa yang dia jelaskan .

"Tenang ?" soal Hezry semula . Memang itu yang dia mahukan . Hanya ketenangan ! Sepanjang dia berkahwin dengan Aleeya boleh dikatakan ketenangan hidupnya seumpama sudah pun diragut .

"Tenanglah tapi kadang - kadang kau akan rasa sunyi juga sementara kau nak biasakan diri semula ."

"Tapi aku tengok okey je tak ada pun nampak sunyi ke sedih ke . Kau tak ada perasaan ke apa ? Aku tak pernah nampak kau jumpa ex wife kau ."

"Benda dah berpisah buat apa nak jumpa ? Masing - masing dah pun mulakan kehidupan baru . Aku dengan hidup aku dan dia dengan hidup dia . Aku bukan tak ada perasaan tapi aku tak nak ingat dah pasal benda yang dah lepas . Life must go on !"

"Yang kau tanya aku ni kenapa ? Kau ada niat nak jadi duda ke ? Jangan buat hal Hezry . Mengamuk mummy dengan daddy kau nanti . Kau tu dahlah susah nak bercinta . Sekarang dah kahwin tiba - tiba nak bercerai ." sambung Idlan lagi . Dulu dia pun pelik dengan Hezry . Seumur hidup Hezry dia tak pernah bercinta dan dia tak pandai nak bercinta , sekarang dah kahwin tapi tak bahagia pula .

"Entahlah Idlan . Aku dapat rasakan takdir hidup aku bukannya Aleeya . Dia tak pernah cintakan aku Idlan . Dia tipu aku ! Berulang kali aku bagi dia peluang tapi akhirnya dia buat benda yang sama juga ." kali ini keluhan hadir dari mulut Hezry .

"Jangan letakkan kesalahan atas bahu Aleeya . Aku bukan nak bela dia tapi Tuhan tu Maha Adil Hezry . Kau kahwin dengan dia dulu pun sebab kau nak balas balik perbuatan dia pada Hazrel tapi tengoklah sekarang . Semuanya di luar jangkaan kau sendiri dan sekarang kau dah jatuh cinta dengan dia kan ? Cuba kau jujur ."

"Dia isteri aku Idlan . Tipulah kalau tak ada perasaan cinta tapi bila fikir semula perbuatan dia pada aku dan Hazrel , perasaan benci tu datang ."

"Sekarang kau nak buat apa ? Kalau kau rasa perceraian jalan terakhir , kau patut duduk semeja dengan mak ayah kau dan bincang dulu . Tak ada mak ayah yang nak tengok hubungan anak dan menantu dia berpecah - belah . Tapi kalau kau sendiri pun dah betul - betul nekad , teruskan je . Jangan fikir pasal orang lain tapi fikir dulu keadaan diri kau sendiri ."

SEINDAH TAKDIR CINTA Where stories live. Discover now