BAB 31

57 2 0
                                    

Datin Zafiera dan Dato' Hefdy menghadiri majlis makan malam bersama klien manakala Mak Yam dan Pak Leman juga tiada kerana mereka pulang ke kampung . Jadi Hezry tinggal berdua bersama dengan Aleeya .

Aleeya yang baru selesai mandi melabuhkan diri di sisi Hezry di atas katil . Lelaki itu sedang melakukan pekerjaannya . Mungkin kerja ? Lantaklah dia tidak peduli .

" Saya tidur dulu . " Tanpa menunggu respon balas daripada Hezry , dia terus menarik selimut .

" Awal . " Hezry menutup skrin laptop di hadapannya dan menyimpan laptop tersebut di dalam beg . Hezry memusingkan tubuhnya menghadap Aleeya yang diam membisu .

" Awalnya awak tidur . " Sambung Hezry lagi namun tetap tiada jawapan daripada Aleeya . Dia mencapai alat kawalan di atas meja dan mematikan air conditioner .

" Awak ni kenapa ? Saya nak tidur Hezry . Boleh tak jangan cari pasal dengan saya ? " Aleeya bangun saat bahang menyentuh kulitnya .

" Ada suara rupanya ingatkan dah arwah tadi . Baru nak panggil van jenazah datang kutip . "

" Awak nak sangat ke saya mati ? " Aleeya memusingkan badan menghadap Hezry di hadapan . Jelas terpancar raut wajah tidak puas hati .

" Saya yang nak awak mati atau awak yang nak saya mati Aleeya ? "

" Merepek apa ni ? Awak penat kerja ke ? Kalau penat tidurlah . Tak payah nak merepek cakap pasal mati . "

Hezry tergelak sinis . Jika diikutkan hati mahu saja dia perdengarkan rakaman suara daripada cip yang dia letakkan di dalam beg tangan Aleeya namun waktu kemuncak belum tiba .

" Awak dah kenapa ? Marah dengan saya pasal semalam lagi ? Awak ni pasal duit pun nak bawak gaduh sampai sebut pasal mati ke ? " Aleeya sedar kesalahannya semalam . Dia menggunakan kad kredit milik Hezry untuk membeli barang tidak penting .

" Ada saya cakap pasal duit ke ? Eh Aleeya awak nak guna duit saya berapa juta sekalipun saya tak kisahlah . " Jawab Hezry lagi . Hatinya panas bukan kerana hal lain tetapi kerana Aleeya menipunya . Entah apa sebenarnya rancangan jahat yang berada di dalam pemikiran wanita itu .

" Hezry awak ni ada masalah apa ? Saya nak tidur tau . Kalau awak serabut dengan kerja atau awak ada masalah jangan lepas dekat saya . "

" Kenapa awak kahwin dengan saya ? "

" Sebab saya cintakan awak . "

Hezry terdiam . Entah dia harus percaya atau tidak dengan kata - kata Aleeya . Semua bukti sudah ada padanya namun dia tidak mahu membongkar satu pun lagi .

" Kenapa awak diam ? " Kali ini giliran Aleeya pula yang bertanyakan soalan .

" Tak ada apa . Jom tidur saya dah mengantuk . " Tanpa berlengah dia menarik selimut menutupi paras pinggangnya . Aleeya tercengang melihat perlakuan Hezry saat ini .

Tadi nak bergaduh sangat sekarang diam pulak . Menyampah ! Aleeya akur walhal di dalam hati mahu saja yang dia memaki hamun lelaki itu .

.....

Semenjak kejadian beberapa malam yang lalu , Hazrel telah menjauhkan diri daripada Adelea . Jangan kata menegur , pandang juga dia tak ingin . Adelea semakin terasa dengan cara Hazrel namun dia sentiasa berusaha menyikapi suaminya dengan baik .

Hampir setiap hari makanan yang dimasak dibuang begitu saja kerana semuanya basi tidak dijamah Hazrel . Nak kata dia tak lapar tapi plastik mee segera sentiasa di dalam tong sampah .

" Awak nak pergi mana ? " Perhatian Adelea teralih saat melihat Hazrel memegang kunci kereta dan berjalan ke muka pintu .

" Keluar . "

SEINDAH TAKDIR CINTA Where stories live. Discover now