BAB 14

31 2 0
                                    

Telefon bimbit milik adiknya ditenung lama . Hezry merapatkan bantalnya di birai katil . Akhirnya dia membuat keputusan untuk memindahkan rakaman suara itu ke telefon bimbitnya dan setelah itu dia meletakkan telefon Hazrel di dalam laci meja bersebelahannya .

"Cepatlah sedar Hazrel . Aku rindu kau sangat . Aku sunyi bila kau tak ada . Dulu kalau aku tak boleh tidur , aku boleh kacau kau tapi sekarang ? Kau dekat hospital aku dekat rumah ."
Hezry meluah dari dalam hatinya . Dia mengakui bahawa keadaan sangat terasa sunyi di saat ini .

Hezry yang tidak dapat melelapkan matanya mengerling ke arah jam berhadapan dengannya . Jam sudah menunjukkan angka 2 pagi . Matanya masih segar . Telefon bimbitnya di ambil dan di dail nombor telefon Edri namun panggilan itu tidak diangkat .

Dek kerana malas mahu mengganggu sesiapa , dia mengambil keputusan untuk mendengar rakaman suara Adelea yang sudah dipindah masuk ke telefon bimbitnya . Hezry mendengar setiap kata - kata Adelea dengan penuh tekun .

"Saya cintakan awak Hazrel . Dari hari mula saya jumpa awak , saya jatuh hati pada awak Hazrel . Saya tahu awak tak suka dengan saya tapi jujur hanya ada awak dalam hati saya . Saya ikhlas cintakan awak kerana Allah . Bangun ya , saya tunggu . Mungkin saya bukan perempuan yang awak pilih . Tapi saya nak awak tahu , saya bersedia menerima setiap kelemahan awak Hazrel . Tak pernah lekang nama awak dalam setiap doa saya ."

Hezry bangun dari posisinya yang sedang meniarap tadi . Dia menyandarkan badannya pada bantal yang telah diletakkan dibelakang .

"Betul sangkaan aku . Kau memang ada hati dekat Hazrel tapi Hazrel buta dengan apa yang Aleeya dah buat pada dia . Kalau dia tak trauma , aku yakin kau boleh dekat dengan dia Adelea ." kata Hezry sambil menggenggam penumbuk kanannya .

.....

Adelea yang terjaga dari tidur tidak dapat memejamkan matanya semula . Dia ingin menghubungi Hezry tetapi dia bimbang sekiranya mengganggu lelaki itu . Telefon bimbitnya dicapai . Jam yang tertera di skrin telefon menunjukkan angka 3.45 pagi .

"Saya rindu awak Hazrel . Walaupun kita tak pernah baik , saya tetap terasa bila awak tak ada depan mata saya ."
kata Adelea sambil merenung gambar Hazrel Hakeem di galeri telefonnya .

FLASHBACK ...

Hazrel yang baru melangkah keluar dari perpustakaan di kejar oleh Adelea . Sahutan Adelea didengari oleh Hazrel namun Hazrel sengaja tidak menyahutnya sehinggalah nada suara Adelea berubah menjadi lebih tinggi .

"Hazreeeeelllllll .. Hazrellll .. tunggulah saya sekejap ." jerit Adelea .

"Aduh semak betullah perempuan ni ." kata Hazrel di dalam hati .

"Kau nak apa terjerit jerit panggil orang . Kau tak tahu malu ke ?"

"Saya panggil awak tapi awak yang tak sahut . Saya jeritlah kuat sikit ." jawab Adelea dengan nafas yang tercungap - cungap dek kerana lariannya mengejar Hazrel .

"Kau nak apa ? Aku sibuk tau . Aku tak ada masa nak layan kau ." kata Hazrel lalu dia pergi meninggalkan Adelea . Namun begitu Adelea pantas menarik tangan Hazrel . Tindakan itu menyebabkan Hazrel memarahinya .

"Kau dah kenapa ? Aku cakap baik - baik dengan kau tapi kau nak jugak kena maki kan ?" jawab Hazrel sambil melepaskan pegangan Adelea dengan kasar .

"Okey saya minta maaf ."

"Itu je ? Kau ni memang buang masa akulah . Kau nak apa sebenarnya ?" tanya Hazrel kepada Adelea .

"Awak nak pergi mana ? Saya nak ikut boleh ? pleaseeeeeeeeeeee !"

"Tak payah mengada boleh tak Adelea ? Dengan Hezry bolehlah kau buat manja macam ni dengan aku jangan haraplah aku nak cair dengan kau ." nada Hazrel kali ini sedikit tegas berbanding tadi . Wajah Adelea terus berubah di saat dimarahi lelaki itu .

SEINDAH TAKDIR CINTA Where stories live. Discover now