BAB 18

25 2 0
                                    

Pintu bilik Hezry diketuk kasar oleh bapanya . Semenjak dua tiga hari ini Hezry lebih banyak berkurung di dalam bilik . Dia hanya keluar tatkala melawat Hazrel di hospital dan selebihnya hanya mendiamkan diri sahaja di dalam bilik .

Peperiksaan akhir semester juga telah selesai pada minggu lepas . Adiknya Hazrel diberi pengecualian khas berikutan kondisi kesihatannya ketika ini . Pihak hospital juga turut mengeluarkan notis sokongan di atas permintaan Dato' Hefdy . Dato' Hefdy yang juga antara pemegang saham terbesar di universiti anak - anaknya belajar membolehkan Hazrel tidak dikenakan sebarang tindakan .

" Hezry , apa nak jadi dengan kamu ni ? " Kata Dato' Hefdy . Tanpa menghiraukan anaknya , dia masuk ke dalam bilik dan menyelak langsir di sebelah kanan katil Hezry . Cahaya panas yang menembusi tingkap biliknya membuatkan Hezry silau dan kepanasan .

" Tutuplah balik Hezry nak tidur . Panas tahu tak daddy ? "

" Tidur ? Tengok jam sekarang pukul berapa . Kamu jangan buat perangai . " Tempik bapa itu kepada anaknya .

" Kalau Hezry bangun pun Hezry tak ada benda nak buat . Biar jela Hezry tidur . Bukannya kacau daddy pun . "

" Tak kira sekarang daddy nak kamu bangun . Kejap lagi Edri dengan Idlan nak datang jumpa kamu . "

Melihat tiada respon daripada Hezry , Dato' Hefdy membuka keseluruhan tingkap yang ada di bilik Hezry . Cahaya panas yang menembus masuk dek kerana langsir juga sudah diselak membuatkan Hezry mengeluh kepanasan .

" Tahu pun panas . Sekarang bangunlah pergi mandi . Dah tengah hari dah . Kejap lagi lepas mandi turun bawah terus . Edri dengan Idlan dan on the way . " Kata Dato' Hefdy lagi .

Hezry yang tidak mahu mendengar bebelan lelaki itu akhirnya akur dan bangun mengemas katilnya yang berselerakan . Setelah itu dia mencapai tualanya dan menuju ke bilik mandi .

.....

Datin Zafiera yang sedang sibuk membantu Mak Yam di dapur melihat kelakuan suaminya yang nampak sedikit marah dan kesal .

" Awak dah kenapa ? Masuk dapur aje buat muka macamtu . "

" Saya geram betul dengan anak bertuah awak tu . Haih tak tahulah ada anak dua orang pun rasa macam jaga 20 orang . " Dato' Hefdy mengambil gelas di atas rak dan membuka peti sejuk untuk mengambil air .

" Tak baik dato' cakap macamtu . Anak - anak dato' dan datin kan ikut perangai dato' dan datin jugak . " Sampuk Mak Yam .

" Bukan perangai saya kalau jenis bangun tidur lewat macam ni . Ni semua perangai Zafiera . "

" Eh apa pulak saya ? saya sekarang bangun awal ya . saya dah tak macam dulu lagi dah . " Datin Zafiera mempertahankan dirinya . Mak Yam hanya tergelak kecil .

" Dulu ? Ha sekarang anak awak ikut perangai awak yang dululah . "

" Biarlah Hezry bangun lambat lagipun adik dia tak ada . Cuba kalau Hazrel ada , pagi - pagi dah bangun nak pergi kacau Hazrel . "

" Cakap pasal Hazrel , rindu betul saya dekat dia . Walaupun dia degil , suka melawan saya tapi sekarang saya rindukan perangai dia . " Nada suara Dato' Hefdy kali ini berubah serta merta menjadi hiba .

Datin Zafiera meletakkan senduk yang dipegangnya ke dalam periuk sup . Dia membawa diri mendekati suaminya di meja .

" Siapa je yang tak rindukan Hazrel . Walaupun perangai dia macam tu , dia tetap darah daging kita abang . Awak jugak yang cakap dekat saya yang Hezry ada depan mata kita sebagai pengganti Hazrel kan ? Sekarang kita fokuslah pada Hezry . Soal Hazrel , kita serahkan pada Allah . Semoga anak kita sihat balik macam dulu . "

SEINDAH TAKDIR CINTA Where stories live. Discover now