BAB 40

77 1 0
                                    

Panggilan telefon daripada Aleeya mengejutkan Hazrel . Dia segera ke lokasi yang Aleeya kongsikan . Hazrel juga sudah pun meminta bantuan daripada beberapa orang anak buahnya untuk turut serta ke lokasi . Setibanya di sana , keadaan masih lagi huru hara dengan bunyi tembakan yang berbunyi selang dari beberapa minit .  Jaket kalis peluru disarung ke tubuh dan sepucuk pistol di selit di belakang dan satu lagi dipegang .

Hazrel mengikuti Mack dan Xavier di belakang . Mereka berdua adalah penembak tepat yang diupah Dato' Hefdy untuk bekerjasama di dalam organisasi keselamatan keluarga mereka . Lima lagi anak buahnya menggunakan jalan belakang untuk sampai kepada Edri , Zack dan dua lagi rakan seperjuangan mereka .

.....

"BANG !! BANG BANG !! BANG !"

Hazrel lincah mengikuti langkah Xavier . Dia dan Xavier akan masuk ke dalam menyelamatkan Hezry . Setibanya di hadapan Hezry dan Aleeya , Aleeya dimarahinya .

"Kenapa kau tak bawa dia keluar dari sini ? Kau memang nak bunuh abang aku ke apa ? Otak ada fikirlah sikit ! Yang kau pergi biar dia terbaring dekat tengah - tengah ni kenapa ?"

"Bersyukurlah I tak biar dia sorang - sorang dekat sini Hazrel . You tak payah banyak cakap ! Kita semua kena keluar dari sini . Tolong Hadi dengan Eirfan sekali ." kata Aleeya dengan laju . Dia menuding jari ke arah anak buahnya .

"Kau tunggu sini jaga abang aku !" Hazrel bangun setelah Aleeya bersetuju untuk tidak meninggalkan abangnya . Dia mengeluarkan walkie - talkie di dalam poket seluar meminta Alex dan Rizky masuk ke dalam .

Seketika Hazrel duduk semula dan memangku kepala Hezry yang sudah tidak sedarkan diri . Dia takut jika Hezry meninggalkannya .

.....

Alex dan Rizky tiba dengan pasukan perubatan . Keadaan di luar juga sudah reda sepenuhnya . Anak buah Arief Zakuan tumpas di tangan pasukannya . Zakuan juga sudah melarikan diri . Mack dan Edri cuba mengejar namun gagal ditemui .

Kesemua mereka berkumpul di dalam gudang kosong tersebut untuk membantu rakan - rakan yang sudah tercedera . Hezry juga telah di bawa pergi untuk mendapatkan rawatan selanjutnya kerana peluru di bahu sudah tertembus sampai ke isi dalam .

"Aku ikut Hezry . Korang bawa kereta semua gerak secepat mungkin daripada sini . Aku tak nak polis tahu ." kunci kereta dia dan Hezry diberi kepada anak buahnya .

Aleeya yang hanya menjadi pemerhati kaku dengan apa yang sudah terjadi . Rancangannya musnah namun Hezry cedera seperti yang diaturkan meski bukan hasil dari tangannya sendiri .

"Aku hantar korang bertiga balik . Tak payah drive , kang tak sampai rumah pula . Masing - masing pening ." ujar Xavier kepada Aleeya . Aleeya memandang Eirfan dan Hadi meminta persetujuan .

Aleeya mengangguk . Kunci kereta diserahkan kepada Xavier . Seingat Aleeya dia pernah berjumpa dengan Xavier hanya sekali ketika Hazrel membawanya bercuti ke Melbourne . Ketika itu Xavier sedang menjalani kursus persenjataan . Tak sangka pula Xavier kini bekerja dengan Dato' Hefdy .

.....

Tamparan Dato' Hefdy menyinggah ke pipi Hazrel . Mack cuba meredakan kemarahan lelaki itu namun gagal .

"Kamu buat kerja gila apa Hazrel ? Nak bahayakan siapa lagi lepasni ?" tanya Dato' Hefdy dengan tegas . Hezry dibawa pulang ke markas utama . Di sinilah di mana semua anak - anak buahnya menerima rawatan sekiranya ada yang tercedera .

"Rileks dato' ! This is a small accident and the most important things is Hazrel tak bersalah . Dato' kena tanya Hezry sendiri . Hanya dia yang tahu apa sebenarnya berlaku ." jawab Mack dengan yakin .

SEINDAH TAKDIR CINTA Where stories live. Discover now