BAB 10

47 1 0
                                    

Setibanya di hospital , Hazrel Hakeem dimasukkan ke bahagian red zone manakala abangnya Hezry Hazeem menerima rawatan sebagai pesakit luar . Edri sudah pun menghubungi Dato' Hefdy dan juga memaklumkan kejadian yang telah menimpa anak - anaknya . Edri berasa sangat bersalah kerana rancangannya yang gagal itu membawa kepada kecederaan Hazrel .

"Kalau apa - apa jadi pada Hazrel , dato' tak akan maafkan aku ." nada suara Edri yang sayu memecahkan kesunyian kawasan itu .

"Benda kita tak expect pun akan jadi macam ni . Kita pun tak tahu Aleeya boleh cederakan Hazrel ." jawab Zack sambil menghulurkan air mineral .

Edri hanya mengeluh panjang . Dia sedar kejadian ini berlaku adalah disebabkan kesilapannya sendiri dalam mengatur langkah . Jika dia tidak menyuruh Hazrel masuk ke dalam secara bersendirian , Hazrel pasti tidak akan ditikam oleh Aleeya .

Tidak lama kemudian , Hezry keluar daripada bilik rawatan sambil dipapah oleh Idlan . Dia duduk bersebelahan Edri . Tidak lama kemudian , Dato' Hefdy dan Datin Zafiera muncul .

"Macam mana keadaan Hazrel ?" tanya Datin Zafiera kepada Hezry .

"Tak tahu lagi mummy . Dia ada dekat dalam lagi ." jawab Hezry dengan lemah .

Edri memberanikan dirinya bangun dan memohon maaf kepada Dato' Hefdy dan juga Datin Zafiera . Dia mengakui semua yang telah berlaku sebagai kesilapannya sendiri .

"Tak apalah Edri . Benda dah pun berlaku . Mungkin hari ini nasib tak baik menyebelahi kalian . Sekarang kita sama - samalah berdoa supaya Hazrel kuat dekat dalam ." kata - kata Dato' Hefdy mengundang air mata Edri . Baru kali ini Edri benar - benar merasa bersalah dengan apa yang telah pun berlaku . Idlan , Zack dan Fahmie hanya menjadi pemerhati .

Beberapa jam kemudian , ada seorang jururawat keluar dari bahagian red zone dan mencari waris Hazrel kerana doktor ingin berjumpa . Dato' Hefdy masuk ke dalam dan berjumpa dengan doktor yang merawatnya .

"Macam mana keadaan anak saya doktor ?" tanya Dato' Hefdy dengan tenang .

"Keadaan Hazrel tak terlalu membimbangkan kerana luka hasil tikaman tadi tak terlalu menusuk ke dalam . Pernafasan dia agak stabil sedikit berbanding tadi . Sekarang kita cuma perlu tunggu dia sedar ." Terang doktor itu kepada bapa Hazrel .

Setelah selesai berbincang dengan doktor , Dato' Hefdy keluar dan menyampaikan berita kepada yang lainnya . Datin Zafiera berasa amat bersyukur kerana kedua dua anaknya selamat . Edri juga sedikit tenang . Namun Hezry masih kelihatan kusut .

"Hezry kenapa ni sayang ? Bagitahu mummy Hezry sakit dekat mana ?" Datin Zafiera mendekati Hezry dan duduk disebelahnya . Hezry hanya diam tanpa sebarang kata dan akhirnya Datin Zafiera memilih untuk memberikan pelukan kepada Hezry .

"Hezry takut kehilangan adik ." suara lemah Hezry menyapa telinga Datin Zafiera . Dato' Hefdy mendekati dua beranak ini dan turut membantu Datin Zafiera menenangkan Hezry .

"Hezry tak hilang adik . Adik ada dengan kita semua . Adik Hezry kuat ." Dato' Hefdy mengusap kepala anak sulungnya itu . Saat panggilan " adik " mulai keluar dari Hezry itu bermakna Hezry benar - benar khuatir dengan keadaan Hazrel . Setahu Dato' Hefdy dan Datin Zafiera , panggilan " adik " hanyalah digunakan Hezry apabila Hezry terlalu merisaukan hal buruk akan berlaku kepada Hazrel .

Idlan yang melihat Hezry masih kelihatan lemah turut cuba menenangkannya bahkan Fahmie , Edri dan Zack turut melakukan hal yang sama . Beberapa ketika Hezry mula meleraikan pelukan ibunya .

Dato' Hefdy meminta yang lain membawa Hezry pulang untuk berehat manakala dia dan Datin Zafiera akan menunggu Hazrel di hospital sekarang Hazrel sudah dipindahkan ke biliknya . Dato' Hefdy meminta pihak hospital agar menempatkan anaknya di bilik berasingan yang lebih privasi .

SEINDAH TAKDIR CINTA Where stories live. Discover now