BAB 37

69 2 0
                                    

Hampir sebulan Adelea bersedih di atas apa yang telah berlaku namun dia harus menerima semuanya dengan hati yang terbuka . Apa yang lebih menyakitkan dirinya saat ini adalah terpaksa berbohong kepada semua orang isu kegugurannya .

FLASHBACK ...

Datin Zafiera mendekati Adelea yang sedang duduk di ruang rehat berhampiran kolam renang .

"Adelea okey ?" Dia membawa diri duduk di sebelah menantunya .

Adelea mengangguk . Suaranya seakan tidak mahu keluar . Jika diikutkan hati dia ingin berkurung di bilik namun Hazrel sudah memberi amaran awal - awal supaya tidak terlalu mengikut emosi .

"Adelea dan Hazrel masih muda . Mungkin Tuhan tak bagi sekarang tapi Dia bagi nanti . Sabar ya ?"

"Adelea okey mummy jangan risau . Adelea redha dengan apa yang dah jadi . Salah Adelea juga sebab tak jaga diri betul - betul . Kalau Adelea hati - hati , mesti Adelea tak gugur ." berat rasa saat dia berbohong kepada Datin Zafiera . Dia memberi alasan kepada semua orang bahawa dia jatuh kerana lantai licin walhal dia gugur tanpa sebab . Doktor ingin melakukan ujian darah dan pemeriksaan lanjut namun dia halang kerana tidak mahu terus menyusahkan Hazrel .

"Jangan salahkan diri sendiri . Benda dah jadi dan takdir dah tertulis . Mummy tak nak Adelea salahkan diri Adelea ." laju tangan Datin Zafiera menggosok belakang badan Adelea saat menyedari air mata wanita itu bertakung .

"Adelea minta maaf sebab tak dapat nak bagi cucu lagi untuk mummy dengan daddy ."

"No sayang ! Tak perlu minta maaf . Allah tahu apa yang paling terbaik untuk setiap hambaNya . Dah jom masuk dalam . Adelea kena banyak rehat juga . Jangan terlalu banyak berfikir ."

Adelea akur jua . Dia bangun dan mengukir senyumannya . Hati dia masih berat untuk melewati hal ini namun terpaksa dia lalui semuanya .

.....

Hezry meluru masuk ke dalam markas keluarga mereka untuk menemui Hazrel . Dia mendekati Hazrel dengan penuh rasa marah . Tidak dia sangka adiknya memiliki perangai sekejam syaitan .

Kolar baju Hazrel ditarik dan satu tumbukan melayang tepat ke arahnya . Edri terkejut melihat Hezry yang sepertinya naik angin .

"Kau dah kenapa ?" Hazrel mengesat cecair merah yang mengalir di tepi bibirnya .

"Hezry kenapa ni ?" Edri mendekati Hezry daripada belakang .

"Kau jangan masuk campur Edri . Ini urusan antara aku dengan Hazrel ." pekikan Hezry mendiamkan Edri .

"Kau buat apa dekat Adelea ?"

"Buat apa ? Kau ni mimpi ke apa datang - datang nak mengamuk macam orang kena rasuk ."

"Sekali je aku tanya kau Hazrel ! Kau buat apa dekat Adelea ?"

"Aku buat apa ?" tanya Hazrel lagi . Dia tidak faham apa sebenarnya yang Hezry marahkan sangat .

"Jangan pura - pura bodoh Hazrel . Aku tahu kau buat sesuatu pada anak dalam kandungan dia ."

Hazrel tergelak . Jadi ini sebenarnya punca dia naik angin ? Terlalu risaukan kawan sehingga sanggup mencederakan adik sendiri .

"Jawablah Hazrel .. Apa kau dah buat ? Kau nak jujur dengan aku atau kau nak aku heret masalah ni depan mummy dengan daddy ?"

"Apa yang penting sangat sampai kau sibuk nak tahu ? Adelea isteri aku ! Kau tak ada hak pun nak ambil berat pasal dia ." nada suara Hazrel berubah tinggi .

"Isteri ? Isteri kau cakap ? Kau layan dia macam sampah , kau dera dia luar dalam itu kau panggil isteri ?"

Hazrel terdiam mendengar jawapan abangnya . Dari mana Hezry tahu semua ini ? Tak lain tak bukan pasti Adelea yang membongkar rahsia .

SEINDAH TAKDIR CINTA Where stories live. Discover now