BAB 07

50 2 0
                                    

Hari ini tiada sebarang kuliah di adakan dan Hezry juga berada di rumah untuk menjaga adiknya . Dia memilih untuk tidak keluar kerana dalam masa yang sama dia juga ingin berehat dan hari ini jugalah kedua orang tuanya bakal pulang dari Bangkok , Thailand kerana pekerjaan mereka sudah pun selesai . Hezry turun ke dapur untuk melihat apa yang Mak Yam lakukan .

"Mak Yam buat apa ni ?" tanya Hezry dengan lembut .

"Mak Yam nak masak . Hari ni kan mummy dengan daddy balik . Kejap lagi Pak Leman dah nak pergi ambil diorang dekat airport ."

Hezry hanya mengangguk . Dia buntu dan tidak tahu ingin berbual tentang apa kerana fikirannya juga masih kusut memikirkan keadaan Hazrel yang tidak menentu .

"Hezry okey ke ? Mak Yam tengok Hezry ni macam ada masalah ?" Mak Yam yang sedang mengelap mangkuk menghentikan tingkahnya sebentar dan mendekati kembar sulung ini .

"Entahlah Mak Yam . Baru beberapa hari lepas je Hezry tengok Hazrel dalam keadaan baik . Sekarang dah nampak tak stabil balik ." keluhan kecil hadir di penghujung kata - kata Hezry .

"Minggu depan ada program dengan fakulti kitorang lepastu cuti dah . Hezry nak pergi tapi Hazrel pun tak sihat ." sambung Hezry lagi .

Mak Yam yang sedar dengan wajah sugul anak teruna ini mendekatkan lagi jarak mereka .

"Hazrel tu dia cuma terbayang - bayang dan teringatkan kenangan dia . Mungkin Hezry patut bantu dia cipta kenangan baru . Siapa tahu itu akan membantu dia lupakan masa silam dia dengan cepat ." kata Mak Yam sambil tersenyum . Tangannya mencapai semula kain dan menyambung semula kerjanya .

"Mak Yam rasa patut ke Hezry carikan pengganti untuk dia ?"

"Cuba tengok keadaan adik Hezry sekarang . Apa sebenarnya yang buatkan dia tenang ?" tanya Mak Yam lagi .

"Tak tahu ." Hezry hanya menggelengkan kepalanya .

"Macam ni lah Hezry nanti mummy daddy balik , bincanglah dengan mereka . Setiap ibu bapa pasti nakkan yang terbaik untuk anak anaknya ."

Hezry tertunduk saja . Di dalam hati dia juga sudah tidak tahu bagaimana caranya ingin membuat Hazrel move on dari kisah cintanya dan Aleeya .

.....

Semenjak kejadian di bilik stor bersama Hezry tempoh hari , Aleeya sudah tidak senang duduk . Bagaimana rancangan dia ingin berjaya sekiranya Hezry benar - benar masuk campur dengan apa yang berlaku kepada Hazrel .

"Come on Aleeya . Kau kena fikirkan sesuatu . Jangan kalah dengan Hezry . Dia tu sama - sama bodoh dengan adik dia ." kata Aleeya di dalam hati .

Bingkai gambar bersama Hazrel Hakeem di ambil dari atas meja . Meskipun dia hanya berpura pura mencintai Hazrel namun ada masanya Hazrel menjadi rumah ternyaman untuknya . Terlalu banyak kenangan manis di antara mereka berdua sepanjang hampir lima tahun perkenalan .

"Maafkan aku Hazrel . Aku memang tak cintakan kau tapi aku senang dengan kehadiran kau dalam hidup aku . Kau ada bila aku ada masalah , kau ada bila aku nangis , kau ada di waktu susah dan senang aku . Aku minta maaf sebab dah mengkhianati kepercayaan kau pada aku ."

Tanpa sedar air matanya mengalir di pipi . Jujur dia merasa bahagia dengan adanya Hazrel sebagai peneman dalam hidupnya . Namun Aleeya pernah berjanji kepada dirinya yang dia tidak akan sesekali jatuh cinta kepada Hazrel . Cukuplah cintanya sekarang untuk Arief Zakuan .

.....

Hazrel membuka matanya perlahan lahan . Dia teringat apa yang telah terjadi semalam . Badannya sendiri terasa sakit dan lengannya terasa pedih di merata rata . Hazrel bangun mencapai tuala dan menuju ke bilik air untuk mandi . Selesai saja mandi , dia menatap cermin di dalam biliknya seperti biasa .

SEINDAH TAKDIR CINTA Where stories live. Discover now