BAB 70

55 2 0
                                    

Elvina terkejut sebaik saja dia melihat rakaman video yang ditunjukkan oleh Hezry . Felixia di sebelah memberikan reaksi yang sama sepertinya . Mereka berdua sangatlah tidak menyangka Adelea boleh menjadi sejahat ini .

"Dulu bukan main tuduh Aleeya nak jadi pembunuh tapi sekarang dia pun ikut jejak Aleeya . Kenapa mesti Erel ?" kata Elvina . Dia dah tak tahu nak fikir macam mana sekarang . Sungguh dia kecewa kerana sudah ditipu Adelea , orang yang dianggap sebagai sahabat .

"Dah sampai masanya kita buat benda yang betul . Ery , kalau you masih lagi fikir tentang Erel .. serahkanlah video ni kepada pihak polis . Biar polis buat kerja diorang . Sampai bila kita nak biarkan Adelea dekat luar sana ."

"Rasa macam Adelea tu dah gila pun ada sebenarnya . Sekejap dia bergelak ketawa sekejap dia menangis . Korang berdua boleh faham tak ? Susah juga nak describe tentang benda ni ."

"Mungkin dia sendiri tertekan sebab apa yang dia dah rancang tak berlaku dengan sempurna . Tapi aku ni masih lagi tak faham . Kenapa pulak dia nak bunuh Hazrel ? Setahu aku Adelea tu cintakan Hazrel ." Elvina meluahkan segala kesangsian dalam dirinya .

"Kita cuma akan dapat jawapan bila Hazrel dah sedar . Apa yang berlaku dalam hubungan rumah tangga dia dan Adelea cuma dialah yang tahu ."

"Sampai bila Fel ? Itu pun kalau dia sedar . Kalau dia masih lagi tak sedar macam mana ?" Hezry sekarang dah mula hilang harapan pada Hazrel .

Setiap hari Hezry datang ke hospital dengan harapan dan semangat untuk melihat Hazrel sembuh tapi dia tetap dihampakan dengan keadaan Hazrel yang tak pernah berubah langsung .

"Kau cakap apa ni ? Kau dah ready ke nak turunkan adik kau tu dalam liang lahad ? Cakap jangan nak sebarangan cakap Ery . Kau kembar dia . Patutnya kau kena cakap benda baik - baik ." Elvina sudah sedikit beremosi .

"Habis kau nak aku buat apa ? Semua orang tahu keadaan Hazrel sekarang macam mana . Dia pun dah tak ada harapan untuk sembuh lagi Vina ."

"Aku percaya Hazrel akan sembuh ."

"I pun percaya Hazrel akan sembuh . Hazrel kuat semangat . Dia pasti akan kembali kepada kita . Kenapa you nak biarkan Adelea menang ? Kita semua kena bersabar menunggu Hazrel ."

"Jangan nak biarkan perasaan negatif menguasai diri you Ery . Sebagai abang dan kembar Erel , you kena yakin adik you akan sihat ." sambung Felixia lagi .

"Aku dan Fel ada di belakang kau Ery . Serahkan video tu pada polis dan biar diorang yang buat siasatan . Hanya ini  jalan untuk kita cuba jauhkan Adelea dari Hazrel . Nanti bila dia dah jauh , aku yakinlah Hazrel akan selamat sepenuhnya ." terang Elvina .

Hezry hanya mengangguk faham . Dia menjadi was - was untuk memberikan bahan bukti ini pada polis kerana dia takut ibu bapanya akan kecewa lagi . Mereka berdua sangatlah menyayangi Adelea . Hezry tak sampai hati untuk hancurkan lagi kepercayaan mereka .

.....

Hari ini Adelea terpaksa mengubah rancangannya . Selalu lepas dia pergi melawat Hazrel di hospital , dia akan terus pulang ke rumahnya tetapi hari ini dia dipaksa kembali lagi ke rumah keluarga Hazrel kerana dia bimbang Hezry melakukan sesuatu perkara .

Masuk sahaja ke dalam rumah itu dia dah pun bertembung dengan Hezry di ruang tamu . Lelaki itu nampak masih marahkan sesuatu tapi yang pasti dia suka lihat Hezry yang sekarang ini .

"Kau buat apa lagi dekat sini ?" Hezry terpaksa perlahankan suaranya agar tidak didengari oleh sesiapa pun .

"Macam ni ke cara sambut tetamu ?" Adelea hanya mempamerkan reaksi wajah tak bersalah di depan Hezry .

SEINDAH TAKDIR CINTA Where stories live. Discover now