BAB 13

39 2 0
                                    

Adelea berjalan beriringan Hezry menuju ke ruang Hazrel di rawat . Sampainya mereka di sana , doktor Ellya yang merawat Hazrel keluar dari ruangan itu . Dengan segera Hezry mendekatinya untuk bertanya tentang perkembangan Hazrel setakat ini .

"Doktor Elyaaa !" panggil Hezry .

"Ya Hezry . Ada apa - apa yang boleh saya bantu ?" tanya Doktor Ellya sambil tersenyum kepada Hezry dan juga Adelea yang bersebelahan Hezry .

"Nak tanya pasal Hazrel . Dia macam mana hari ni ? Ada perubahan tak ?"

"Hazrel hari ni nampak stabil sikit tapi dia punya pernafasan masih lagi bergantung pada mesin . Buat masa sekarang tak ada perubahan ketara ." jelas Doktor Ellya .

"Agak - agak doktor bila dia akan sedar ?" tanya Hezry lagi .

"Itu saya tak pasti sebab keadaan dia pun sekejap okey sekejap tak . Ouh ya lagi satu dia demam tau . Kalau boleh nanti bila dah masuk melawat , kurangkan sentuhan ."

Hezry hanya mengangguk begitu juga dengan Adelea . Doktor Ellya yang melihat Adelea terus bertanya adakah Adelea teman wanitanya .

"Awak girlfriend Hezry ke ?" tanya Doktor Ellya kepada Adelea .

Adelea yang terkejut lantas menafikan persoalan Doktor Ellya . Namun Hezry dengan selambanya dia memberikan jawapan " berani matinya " .

"Bukan girlfriend saya tapi bakal tunang Hazrel ." kata Hezry kepada Doktor Ellya . Adelea yang berada di sebelah terus menjegilkan matanya .

"Pandai Hazrel pilih . Cantik dan manis orangnya . Nanti jangan lupa jemput saya ya ." kata Doktor Ellya . Doktor Ellya merupakan kawan lama Datin Zafiera .

Adelea yang tidak tahu ingin memberi reaksi sebagaimana hanya mengangguk dan juga memberikan senyuman kepada Doktor Ellya . Di dalam hati dia hanya ingin menampar Hezry yang terlalu lancang berbicara .

"Memandangkan Adelea ni bakal tunang Hazrel , dia dikira sebagai ahli keluarga . Jadi boleh tak Adelea masuk dalam jumpa Hazrel ? Sebab dah lama Adelea asyik tengok dari luar cermin je ?" tanya Hezry dengan panjang lebar .

"Boleh . Make sure ikut SOP yang betul ya . Jangan lupa sanitize dan sebagainya . Hezry nanti tolong Adelea ." arah Doktor Ellya .

"Okay terima kasih doktor ." kali ini Adelea pula bersuara . Doktor Ellya mengangguk dan meminta diri untuk menyambung tugasannya memeriksa pesakit lain . Tatkala bayang Doktor Ellya hilang , Adelea mencubit lengan Hezry .

"Sakittlaahhh kau ni kenapa ?" tanya Hezry sambil menggosok tempat yang dicubit wanita itu .

"Awak memandai cakap saya bakal tunang Hazrel kenapa ? Bila masa pulak saya nak tunang dengan Hazrel ? Nanti kalau Doktor Ellya tanya mummy macam mana ?"

"Ala biarlah nanti pandai - pandailah aku cover kau yang penting sekarang kau kena berterima kasih dekat aku ."

"Kenapa pulak saya nak kena berterima kasih dekat awak ?" tanya Adelea sambil menyilangkan tangannya di dada .

"Yela kalau aku tak mention kau bakal tunang Hazrel , sampai ke sudahlah kau kena tengok Hazrel dari cermin luar tu ."

Akhirnya Adelea mengalah . Benar apa yang dikatakan Hezry . Seandainya Hezry tidak berkata demikian pastinya Adelea tidak dapat masuk ke ruang Hazrel dirawat dan melihatnya dengan jarak yang lebih dekat .

"Dahlah jom masuk dalam . Aku nak jumpa adik aku . Kau pun mesti nak jumpa bakal tunang kau kan ?" kata Hezry kepada Adelea . Dia menekankan perkataan " bakal tunang " itu kepada Adelea . Adelea yang masih geram lantas mencubit lengan Hezry sekali lagi dan kali ini dia tidak melepaskan cubitan itu .

SEINDAH TAKDIR CINTA Where stories live. Discover now