BAB 39

49 2 0
                                    

Wajah Adelea tenang mendengar setiap luahan hati Hezry . Memang dia dan Hezry sudah berkawan lama sehinggalah kini menjadi satu keluarga namun dia jarang mendengar Hezry bercerita . Mungkin anak sulung lebih gemar untuk memendam rasa ?

"Macam yang saya cakap tadi Hezry . Semuanya masih boleh dibentuk lagi . Awak cubalah tegur dia . Zahirkan kelembutan awak pada dia macam mana awak berlembut dengan saya ." jawab Adelea . Dia yakin di sebalik sikap kasar Hezry pasti terselit kelembutan seperti lembutnya Hezry melayani dirinya selama ini .

"Cara dia kasar sama macam Hazrel bila ada dengan kau ." kata - kata mengundang senyuman kelat Adelea . Yakin Aleeya persis Hazrel ? Dia merasakan Hazrel jauh lebih teruk .

"Tak Hezry . Aleeya jauh lebih baik daripada Hazrel . Awak kenal Hazrel sebagai adik kembar awak tapi awak tak pernah duduk di tempat saya sebagai isteri seorang Hazrel Hakeem ." kenyataan itu dia muntahkan dari bibirnya yang terselit senyuman .

Hezry terdiam . Ya mungkin Aleeya dan Hazrel sedikit berbeza namun kedua - duanya tetap egois dan suka melawan . Dia pun hairan bagaimana mereka berdua boleh saling cinta mati dengan perangai sebegitu .

"Nasib kita mungkin sama tapi tidak dengan jalannya . Walaupun Aleeya seorang yang keras kepala tapi dia cintakan awak . Saya nampak macam mana layanan dia pada awak dan saya yakin semua itu hadir kerana cinta yang tersemat di hati ."

"Berbanding dengan saya dan Hazrel .. Saya cintakan Hazrel tapi hati Hazrel milik Aleeya . Kalaulah saya boleh jadi macam Aleeya .. " Sambung Adelea lagi . Dia bukan nak menagih simpati sesiapa namun ini kenyataannya .

"Kau tak perlu jadi Aleeya kalau nak dicintai Hazrel . Cukuplah dengan cara kau sekarang dan lambat laun Hazrel pasti akan sedar . Sekarang kau bagitahu aku macam mana kau dan Hazrel . Dah ada perubahan ?" dia yang sedari dari tadi wajah Adelea yang cukup berusaha menahan butir mutiara keluar dari kelopak mata membuatkan dia segera mengalih perbualan .

Adelea bagaimanapun hanya tersenyum . Dia nak sangat bercerita pada Hezry namun dia takut Hezry ambil tindakan lain pada Hazrel .

"Kau tak perlu takut Adelea . Apa pun yang terjadi aku akan ada di belakang kau ." ujar Hezry dengan berhati - hati .

"Tak ada apa yang perlu diceritakan ." Adelea cuba mengelak . Hezry macam tahu - tahu yang dia takut nak bercerita .

"Aku ada di belakang kau . Tak perlu memaksa diri bertahan di situasi yang sukar . Aku tahu macam mana perangai adik aku . Boleh tak kau jujur apa yang Hazrel dah buat pada kau ?" pujuk Hezry lagi . Dia bukan nak sibuk hal rumah tangga orang lain tapi Hazrel kembarnya .

Adelea cuba untuk menarik nafas panjang . Lidahnya seakan menjadi kelu untuk menjawab soalan Hezry .

"Dia pukul saya ." Adelea hanya mampu menunduk ke bawah . Dia dah janji dengan Hazrel untuk tidak memberitahu sesiapa tentang hal ini .

"Kena penampar dan sepak terajang Hazrel kira dah sebati dalam hidup saya tapi ada satu hal yang buatkan saya terasa sampai hari ini . Dia tak nak ada anak dengan saya . Dia tipu awak Hezry . Dia cakap dia tak tahu yang saya mengandungkan ? Dia tahu tapi dia tak nak saya beritahu sesiapa . Dia tak nak ada anak dengan perempuan yang dia tak cinta dan dia pernah suruh saya gugurkan kandungan saya . " sambung Adelea . Dia paling terasa hal ini jikalau nak dibandingkan sepak terajang Hazrel .

Hezry terdiam seribu bahasa . Dia tidak tahu ingin memberi respon sebagaimana . Padanlah hatinya selalu tidak sedap tentang hubungan Hazrel dan Adelea . Adiknya dalam diam naik tangan pada wanita itu dan yang paling kejam meminta Adelea menggugurkan kandungan ? Gila ! Kau memang cari pasal dengan aku Hazrel .

END OF FLASHBACK ...

Hazrel merengus kasar dengan jawapan Adelea . Dah buat salah tapi masih tak nak mengaku ? Kau memang layak diberi pengajaran .

SEINDAH TAKDIR CINTA Where stories live. Discover now