BAB 68

62 1 0
                                    

Balik dari hospital , Hezry terus naik ke tingkat atas . Esok dia kena masuk pejabat . Ada beberapa urusan yang harus diselesaikan dengan segera . Baru sahaja dia nak masuk ke bilik . Adelea tiba - tiba memanggilnya .

"Saya nak tanya sikit boleh ?" soal Adelea dengan agak berhati - hati .

"Tanyalah kau nak tanya apa ?" pintu bilik dibiarkan terbuka . Dia statik di muka pintu menanti soalan Adelea .

"Keadaan Hazrel macam mana ? Ada perubahan apa - apa tak sekarang ?"

Hezry menggelengkan kepalanya . Kadang bila disoal tentang Hazrel , dia sendiri tak tahu nak menjawab . Keadaan Hazrel masih tak berubah walaupun hampir dua minggu dia koma dan tak sedarkan dirinya .

"Tak apalah saya faham . Awak tak perlu jelaskan lagi ." Adelea akur . Dia sendiri mengerti bila melihat Hezry berdiam diri dan tak berkata apa .

"Aku masuk dululah .. Nak mandi ." saat Hezry  ingin mengatur langkah masuk ke dalam bilik , ada suara lagi yang menerpa ke cuping telinganya .

"Awak dah makan ?"

"Dah ." jawab Hezry dengan ringkas .

"Pergilah mandi . Maaf kacau awak ." ujar Adelea dengan nada mendatar . Sekarang dia tak tahu macam mana nak berbual dengan Hezry . Keadaan dah menjadi kekok semenjak Hazrel tiada . Mungkin masing - masingnya terkejut dengan apa yang berlaku .

"Hm ." Hezry terus masuk ke dalam biliknya dan meninggalkan Adelea .

Adelea mula berundur selangkah ke belakang dan melangkahkan kakinya ke bilik tidur dia . Datin Zafiera serta Dato' Hefdy pun berada di bilik . Jadi dia pun terpaksalah masuk ke bilik .

Bantal peluk Doraemon milik Hazrel diambil dan dibawa rapat ke dada lalu dia peluk seeratnya . Butir - butir air mata Adelea bertakung sekarang .

"Mungkin saya silap sebab biarkan hubungan kita berdua makin keruh . Semarah apa pun saya kepada awak , saya tak pernah berniat nak lakukan sesuatu yang membahayakan awak Hazrel . Saya salah sebab dah biar semua perasaan cemburu saya mengatasi cinta pada awak ."

Air mata yang menitis sengaja Adelea biarkan terus mengalir . Seandai saja mereka semua kehilangan Hazrel , dia tak akan sesekali memaafkan dirinya .

"Saya cuma nak awak tahu yang saya dah berubah macam yang awak nak tapi kenapa awak masih tak puas hati dengan setiap satu usaha saya ? Saya cemburu awak rapat sangat dengan Felixia . Dia cantik tapi saya .. Sekuat apapun saya berusaha tapi awak tak nampak walaupun sikit Hazrel .. "

"Awak kata awak tak suka perempuan yang tak matang . Saya dah mengubah sikap saya tapi kenapa awak kata saya cuba memberontak ? Awak kata awak lebih tertarik kepada perempuan yang pandai berdikari .. Saya dah berdikari Hazrel . Tapi kenapa awak tak pernah nampak semua tu ?" sambung Adelea .

Adelea meluahkan segala yang terbuku di hatinya meskipun Hazrel tidak akan pernah mendengari setiap satu luahan darinya . Adelea bangun dan menuju ke almari baju Hazrel . Dia mengambil sehelai baju milik Hazrel sebelum dia kembali ke katil dan baring di situ .

Baju itu digenggam seeratnya , dicium serta dipeluk bersama dengan bantal Doraemon tadi . Kini sudah terlambat untuk dia menyesali segala keegoan sendiri . Hazrel sudah pun terbaring kaku di hospital . Entah sampai bila .

.....

Xavier berjalan seorang dirinya di tengah - tengah kota Kuala Lumpur . Fikiran dia pun serabut memikirkan jawapan di sebalik tragedi yang dah menimpa Hazrel . Sebaik berpusing ke belakang , dia ternampak Felixia bersendirian tak jauh dari dia . Dia terus berjalan menuju ke arahnya .

SEINDAH TAKDIR CINTA Where stories live. Discover now