BAB 03

51 4 2
                                    

Kata kata Hezry pada siang tadi telah membuatkan Hazrel tidak berdaya untuk melelapkan matanya malam ini . Dia masih terbayang apa yang sudah Hezry sampaikan kepadanya .

"Aleeya tak ada dekat sana . Kau patutnya buang semua kenangan kau dengan dia . Kau tak boleh hidup dengan masa lalu kau . Aleeya tu dah jadi masa silam kau faham tak ? Tolonglah Hazrel . Jangan disebabkan seorang perempuan , kau hancurkan masa depan kau sendiri ."

Jam sudah menunjukkan angka 12 tengah malam namun Hazrel masih lagi berperang dengan mindanya .

"Aku kan handsome . Kenapa nak patah semangat kalau putus cinta ? Carilah lain betul tak Emon ?" dia meletakkan bantal peluk Doraemon nya bertentangan mata . Bantal peluk bersaiz mini itu ditenung dan disoal .

"Rugi betul siapa yang tinggal aku kan Emon ?" agak lama Hazrel berbual sendirian akhirnya dia terlena .

.....

Mak Yam mengambil sekeping roti dan meletakkan ke dalam pinggan milik Hezry . Hari ini Hezry bersarapan sendirian kerana Datin Zafiera dan Dato' Hefdy telah berangkat ke Bangkok awal pagi tadi . Mereka berdua mempunyai urusan kerja di sana selama dua minggu .

"Mak Yam tolong naik atas kejutkan Hazrel . Cakap je dekat dia Hezry ajak pergi class ." kata Hezry sambil menggigit roti di tangannya .

Mak Yam yang akur mula menapak tangga untuk naik ke tingkat atas . Setibanya di depan pintu bilik Hazrel belum sempat dia mengetuk Hazrel terlebih dahulu keluar dari biliknya . Berbajukan kemeja hitam berselingsing lengan , rambut yang berkilat dan senyuman yang manis membuatkan Mak Yam terpegun .

"Dah lama Mak Yam tak nampak Hazrel segak macam ni ." Mak Yam mengukir senyumannya melihat Hazrel yang bersemangat .

"Hezry dah pergi class ke ?"

"Belum lagi . Dia yang suruh Mak Yam naik atas panggilkan Hazrel . Katanya nak ajak pergi class ." Kata Mak Yam sambil mengikut langkah Hazrel daripada belakang . Hazrel hanya mengangguk tanda faham . Setibanya di meja makan , Hazrel menyapa Hezry dan ternyata Hezry juga terkejut melihatnya .

"Kau dah kenapa ? Aku handsome sangat ke hari ni sampai tuang air melimpah pun tak sedar ."

Hezry menghentikan tingkahnya saat melihat air yang dituang sudah melebihi paras cawan . Mak Yam yang melihatnya juga tergelak kecil . Dia yakin Hezry terkejut dengan perubahan Hazrel .

"Aku tak mimpi ke ni ? Betul ke Hazrel yang ada depan mata aku ? Mak Yam Hezry tak mimpi kan ?" Hezry yang masih bingung melontarkan persoalan berkali - kali .

Hazrel bangun mendekati Hezry dan mencium pipi kanan abang kembarnya . Hezry yang terkejut lantas menepis muka adiknya yang membuatkan Hazrel kesakitan .

"Sakitlah pandaiiiiiiii ! Kau dah kenapa ?" Hazrel duduk semula di kerusinya sambil menggosok pipi yang di tepis oleh Hezry tadi .

"Taklah kau kenapa nak cium aku ?" Hezry mempertahankan dirinya . Mak Yam yang berada di depan kembar ini hanya berdiri dan melihat gelagat mereka berdua .

"Dah kau kata kau mimpi kan ? Aku nak sedarkan kau dari mimpilah ."

"Eh salah aku pulak ?" tanya Hezry kepada Hazrel yang sedang menuang air ke dalam cawannya . Mak Yam meletakkan sekeping roti ke dalam pinggan milik Hazrel . Memang kebiasaan , pasangan kembar ini hanya akan bersarapan roti kosong dan juga air teh . Mereka sejenis yang tidak mengambil makanan yang terlalu berat dan manis di awal pagi .

.....

Fahimie duduk di kerusi duduknya menanti Izzat dan Hezry . Dia yang datang lebih awal hari ini terpaksa menunggu dengan lebih lama . Seketika kemudian Izzat tiba jua .

SEINDAH TAKDIR CINTA Where stories live. Discover now