BAB 16

37 2 0
                                    

Mak Yam yang sedang duduk dan termenung di meja makan terkejut saat diusik oleh suaminya Pak Leman .

"Awak ni kenapa terperanjat saya tahu tak ? nasib saya tak ada sakit jantung ." kata Mak Yam sambil mengibas tuala kecil ke arah Pak Leman namun sempat dielak .

"Nak bergurau pun tak boleh ke ? Saya ni penat baru balik dari hospital , bawakanlah air segelas ."

"Haa sekejap saya ambilkan air ." Mak Yam bingkas bangun menuju ke dapur . Seketika kemudian dia kembali dengan segelas air .

Belum sempat Pak Leman ingin menghirup air di gelasnya , dia bertanya lagi kepada Pak Leman .

"Macam mana dengan keadaan kembar ? Tadi Datin Zafiera telefon saya . Dia bagitahu yang Hezry pun kena tahan dekat wad ."

"Hazrel tak sedar lagi , Hezry pulak lemah sikit . Mungkin Hezry terkejut dengan apa yang berlaku tadi . Saya ada dengar kawan - kawan dia bercerita katanya masa Hazrel kritikal tadi , Hezry ada dekat dalam tengah melawat dia . Mungkin semuanya jadi depan mata dia sebab itulah badan dia berubah jadi lemah secara tiba - tiba ."

Mak Yam yang tekun mendengar cerita suaminya terus berdoa di dalam hati agar kedua dua anak itu kuat dan segera sembuh dari penyakit .

"Sebelum saya lupa , malam ni dato' dengan datin tak balik tau . Jadi kita berdua aje yang ada . Awak jangan masak banyak nanti tak habis ."

Mak Yam hanya mengangguk faham . Setelah itu dia segera meminta izin suaminya untuk ke dapur sebentar bagi menyelesaikan kerja yang ada .

.....

Aleeya baru sahaja selesai membeli - belah barangan dapur tatkala panggilan telefon masuk daripada orang kepercayaannya iaitu Hadi .

"Aleeya , kau sihat ke ? Lama aku tak tanya khabar kau ." kata Hadi .

"Aku sihat . Kau tu dah sihat ke ? Budak - budak lain macam mana semua dah sihat ?"

"Kitorang dekat sini semua okey . Ouh ya sebelum aku lupa . Aku ada dua berita buruk untuk kau ."

Mendengar saja perkataan " berita buruk " daripada Hadi , Aleeya segera duduk terlebih dahulu dan bertanya kepada Hadi apa yang dimaksudkan .

"Okey berita yang pertama . Aku dengar Hazrel tengah kritikal sekarang . Tapi kritikal dia sekejap stabil sekejap tak . Aku pun tak tahu nak explain dekat kau tapi secara ringkasnya keadaan dia tak baik ."

Aleeya sudah menyangka apa yang ingin disampaikan oleh Hadi . Benar , semuanya berkaitan dengan Hazrel .

"Berita buruk yang kedua ?" tanya Aleeya kepada Hadi .

"Berita kedua Hezry pun masuk hospital . Dia tu dah lost teruk sejak Hazrel duduk dekat ICU . Hilang semangatlah dia pun . Kau tak nak kitorang buat apa - apa ke dekat dia alang - alang keadaan dia dah tak kuat macam dulu ?" Tanya Hadi lagi .

"Tak payah ! Kau jangan berani nak cederakan Hezry lagi . Cukuplah dengan apa yang dah jadi . Sekarang aku cuma nak kau awasi Zakuan . Hazrel tu dekat ICU , jadi kau jangan terlepas pandang dengan Zakuan . Aku tak nak Zakuan buat apa - apa pada Hazrel ."

"Kau dah jatuh hati pada Hazrel ke Aleeya sampaikan sikit pun kau tak kasi Zakuan sentuh dia ?"

Soalan " maut " yang ditanya Hadi membuatkan Aleeya terdiam . Dia sengaja mengalihkan perhatian Hadi .

"Kau jangan merepek . Kau buat je apa yang aku suruh ." jawab Aleeya dengan nada yang sedikit tegas .

"Mengaku jela Aleeya kau sebenarnya dah jatuh hati dekat Hazrel kan ?"

SEINDAH TAKDIR CINTA Where stories live. Discover now