BAB 12

40 2 0
                                    

Hari ini kelas berada di dalam keadaan yang agak sunyi kerana sebahagian besar pelajar mengikuti program yang dianjurkan oleh Fakulti Pengurusan dan Teknologi Maklumat . Sebelum ini Hezry pernah menghantar borang penyertaannya bersama Hazrel kepada Izzat namun dia terpaksa menarik diri berikutan Hazrel masih dirawat di Unit Rawatan Rapi ( ICU ) . Turut menarik diri daripada menyertai program adalah Qaseh Adelea .

"Kau betul ke nak tarik diri ?" tanya Izzat kepada Adelea .

"Betul . Lagipun Hezry pun tak pergi kan ? Biarlah saya teman dia nanti dalam class . Saya tahu fikiran dia pun masih terganggu dengan keadaan Hazrel yang dekat hospital sekarang ."

"Okey kalau kau nak teman dia . Aku dengan Fahmie pun serba salah jugak nak tinggalkan dia dalam keadaan macam ni tapi disebabkan kitorang yang atur semua aktiviti program , memang tak bolehlah nak tarik diri ." terang Izzat lagi . Dia dan Fahimie sebagai orang yang bertanggungjawab dalam menguruskan perjalanan program tidak boleh menarik diri tanpa sebab yang kukuh .

"Awak dengan Fahimie pergi je . Mungkin program akhir ni tiada rezeki untuk saya , Hezry dan Hazrel ."

"Nanti kau tolong tengokkan Hezry . Kalau dekat kampus , make sure la dia makan sebab dia pun dua kali lima dengan Hazrel je ada penyakit gastrik ." jawab Izzat kepada Adelea .

Adelea mengangguk faham dengan pesanan Izzat . Izzat bersyukur dengan adanya Adelea , sekurang kurangnya dia dan Fahimie boleh meninggalkan Hezry buat sementara .

.....

Datin Zafiera baru sahaja selesai menemui doktor yang merawat anaknya Hazrel Hakeem . Katanya keadaan Hazrel masih belum stabil dengan cukup baik kerana luka tikaman di perutnya masih lagi berlaku pendarahan kecil .

Dia berjalan keluar dari bilik doktor dan menemui suaminya yang setia menunggu di luar . Datin Zafiera duduk bersebelahan Dato' Hefdy dengan wajah yang sugul .

"Anak kita macam mana ?" tanya Dato' Hefdy kepada isterinya .

"Belum stabil lagi . Doktor kata dia ada pendarahan . Kenapa semua ni jadi pada anak kita abang ?"

"Awak tak boleh macam ni Fiera . Ini semua kerja Tuhan . Takdir dah pun tertulis . Nak tak nak kita kena terima . Awak sebagai ibu Hazrel , doalah sebanyak yang mungkin untuk dia sebab doa seorang ibu tiada hijabnya ." jelas Dato' Hefdy lagi .

"Saya kecewa abang . Saya kecewa dengan apa yang Aleeya dah buat . Tak cukup ke dia seksa jiwa anak kita . Sekarang dia nak anak kita mati pulak ke ?" kali ni nada suara Datin Zafiera sedikit tinggi berbanding tadi .

"Astaghfirullahalazim Fieraaa cuba awak bawak mengucap sikit . Awak ingat bila awak marah macam ni , Hazrel akan bangun ke ? Cuba awak bertenang , berdoa untuk Hazrel . Janganlah cakap pasal mati . Hazrel tu tengah berjuang dengan nyawa dia sendiri . Kita tak tahu sakit macam mana yang dia rasakan sekarang . Tolong buang dulu semua kemarahan awak . Awak nak ikut marah ? Saya lagi marah dengan apa yang dia dah buat tapi kita tak boleh buat apa . Hazrel dah pun terlantar dekat hospital ni Fiera . Berdoalah untuk Hazrel . Semoga Hazrel kuat , cepat sedar dan sihat balik macam dulu ."

Badan isterinya dirangkul perlahan mendekatinya tubuhnya . Dia berusaha menenangkan Datin Zafiera daripada terus menerus berfikiran buruk .

"Setiap apa yang berlaku pasti ada hikmah disebaliknya . Mungkin dengan apa yang berlaku ini ibarat teguran kecil dari Tuhan di atas kelalaian kita dalam membesarkan anak - anak . Selama ni kita sibuk sangat pergi kerja luar negeri sampai kita lupa nak beri kasih sayang yang secukupnya untuk Hazrel dan Hezry . Sekarang bila Hazrel sakit , sesaat pun nama dia tak lekang dari pemikiran kita . Allah Maha Adil . Dia tahu apa yang terbaik untuk kita semua ." jelas Dato' Hefdy dengan panjang lebar .

SEINDAH TAKDIR CINTA Where stories live. Discover now