Endyna memakai baju kemeja berwarna maroon disertakan dengan seluar berwarna hitam sebelum memandang dirinya di depan cermin. Senyuman dibibir terukir menandakan dirinya berpuas hati. Kunci kereta dicapai. Sebelum melangkah keluar dari bilik, sempat dia memandang gambar bersama arwah tunangnya yang diambil 2 tahun yang lalu. Gambar itu diambil ketika tunangnya masih hidup. Masih segar diingatannya wajah ceria dan senyuman yang manis tunangnya.
" Good morning awak, I miss you so much. Kalau awak masih hidup sekarang mesti awak wish good morning kan " Sayu sahaja suaranya. Sejujurnya dia merindui kenangan bersama arwah tunangnya.
Tok,Tok,Tok
Pintu bilik Dyna diketuk seseorang dari luar." Good morning akak Dyna.. Akak dah bangun kee? Opah panggil turun. Jom la breakfast " Kedengaran suara adik sepupunya iaitu Mia Dania mengajaknya untuk bersarapan.
" Yee, kejap lagi akak turun " balas Dyna.
" Saya pergi kerja dulu awak " sempat dia berkata di dalam hati.
Kaki melangkah turun ke tingkat bawah selepas dipanggil. Penampakkan Opah dan Mia yang duduk di meja makan menunggunya untuk bersama-sama bersarapan. Dyna hanya tinggal bersama-sama Opah dan Mia di rumah opahnya selepas ibu bapanya meninggal. Dia mempunyai rumah sendiri, tetapi dia lebih suka tidur di rumah opahnya dengan alasan mahu menjaga opahnya. Mia pula tidak mengikuti ibu bapanya yang tinggal di luar negara.
" Good morning akak! " Sapa Mia dengan riangnya. Mia memang periang orangnya.
" Yaa good morning " balasnya ringkas sambil tersenyum.
" Awalnya akak bersiap. Bukan ke akak pergi kerja pukul 8? " Soal Mia. Ya, Dyna sepatutnya pergi ke kerja pada pukul 8 kerana kerjanya bermula pukul 8:30 pagi. Jam sekarang menunjukkan masih pukul 7:05 pagi.
" Akak nak singgah cafe Dee. Tetiba tekak rasa nak minum coffee ais pagi ni " balasnya
" Pelik kamu ni Dyna, pagi-pagi minum ais " sampuk opah. Dyna hanya mampu tersenyum mendengar kata-kata opahnya.
" Akak ni memang pelik la opah, opah ni macam tak biasa pula. Tapi itu tak penting, yang penting sekarang ni, boleh tak akak hantar Mia pergi sekolah? " Soal Mia, matanya dikedip beberapa kali meminta persetujuan Dyna.
Dyna hanya mengangguk sebelum mushroom soup disuap ke dalam mulutnya. Dyna hanya boleh bersarapan dengan makan makanan yang tidak berat seperti mushroom soup dan roti atau bijirin. Ada hari dia hanya bersarapan dengan secawan coffee atau teh. Maklumlah takut sakit perut ketika bekerja.
Mia tersenyum apabila sudah mendapat persetujuan Dyna.
Sesudah menghantar Mia ke sekolah, Dyna singgah di kedai kawan baiknya iaitu Ameera D'Laila. DeeMar's Cafe merupakan cafe yang selalu dikunjunginya sebelum ke tempat kerja atau ketika dia lapar.
Pintu kedai ditolak menampakkan sosok tubuh rakannya yang sedang mengelap meja makan.
" Morning Dee " sapanya
" Morning Dyna " balas Dee dengan senyuman yang sentiasa melekat di wajahnya. Ameera D'Laila atau dipanggil Dee merupakan teman rapat Dyna sejak mereka masih di sekolah menengah.
" Aku nak mocha ais boleh? "
" Kau ni pelik la. Demam apa tetiba nak minum ais pagi-pagi ni? " Soal Dee pelik dengan perangai rakannya. Bukan opah sorang yang pelik dengan perangai Dyna.
" Hehe, taktau la " selamba saja dia menjawab.
" Kalau tak pelik itu bukan namanya Endyna Daisha. Kejap aku buatkan " kakinya melangkah ke arah mesin membuat coffee. Dyna duduk di kerusi sementara menunggu airnya siap.
YOU ARE READING
Endyna Daisha: HER REVENGE [C]
ActionENDYNA DAISHA atau lebih dikenali sebagai Dyna, merupakan gadis berumur 24 tahun, bekerja sebagai secret agent untuk Secret Police Agency JR (SPAJR). Seorang yang sangat handal dalam seni mempertahankan diri dan sangat cekap menggunakan senjata menj...