" Ehh?! " Jerit Fahrin yang terkejut melihat tindakan Khai itu.Mereka semua juga terkejut dan pelik dengan tindakan Khai.
Dyna terus menghalang Khai dari terus menumbuk Zackry. Zackry mengelap cairan di bibirnya yang terkeluar disebabkan tumbukan Khai.
" Khai kenapa?! " Soal Dyna, nadanya ditinggikan sedikit tetapi dia tetap mengawal dirinya untuk tidak menengking.
Khai tidak menjawab, dia hanya memasang wajah ketat seperti mahu mengamuk.
" Kau kenapa Khai? Kau ok ke? " Soal Rafeeq lembut. Dia tidak mahu memarahi Khai kerana takut akan mengeruhkan lagi keadaan.
" Kau tikam Dyna kan?!! " Tengking Khai sambil merenung tajam kedalam mata Zackry. Zackry tidak menjawab. Dia hanya mampu diam.
" Mana Khai tahu? " Soal Dyna pelik. Dia melihat kearah Rafeeq dan Sam dengan muka tertanya-tanya.
Rafeeq dan Sam mengeleng menandakan bukan mereka yang bersalah.
" Fahrin bagitau " kata Khai lembut. Khai tidak akan meninggikan suaranya jika bercakap dengan Dyna. Fahrin terkejut dengan jawapan Khai.
" Eishh mamat gila ni, tak reti nak simpan rahsia." Gumam Dyna sendiri. Hanya dia yang mampu mendengar. Dia juga menghantar jelingan kepada Fahrin.
" Now, betul ke kau tikam Dyna hah?! " Soal Khai sekali lagi. Kali ini dia mencengkam baju Zackry.
Terkebil-kebil mata Zackry mahu menjawab.
" Aa aku tak sengaja " jawab Zackry tersekat-sekat suaranya menahan kesakitan.
" Kenapa hah?! " Tengking Khai lagi.
" Dah la Khai" sampuk Sam. Dia tidak mahu keadaan menjadi lebih teruk.
" Dah apa?! He hurt my princess ketot! " Kata Khai lagi. Dyna menepuk dahinya. Waktu macam ni pun dia nak panggil dengan nama panggilan tu.
Rafeeq tidak mampu mengatakan apa-apa. Dia membiarkan saja Khai ingin berdrama.
" Dah la Khai... dia tak sengaja laa... Lagipun Dyna ok ajee.. hidup lagi, so jangan marah.. kalau dia tikam Dyna sampai mampus baru Khai belasah dia. " Pujuk Dyna lembut sambil menarik Zackry ke arahnya supaya Khai melepaskan cengkaman.
" Hmm tapi, dia tikam Dyna.. Khai taknak orang sakiti Dyna..." Kata Khai sambil menjeling Zackry.
" Yaa tapi tak sakit pun... maafkan dia eh.. kita berkumpul nak berbincang Khai.. bukan nak bergaduh.. ha Zackry cepat minta maaf " kata Dyna. Dia juga menyuruh Zackry untuk meminta maaf.
" Sorry Khai.. aku janji aku tak buat dah." Kata Zackry.
" Cium tangan aku " kata Khai, dia juga menghulurkan tangannya kepada Zackry.
Zackry pasrah dengan permintaan Khai.Dia mencium tangan Khai. Rafeeq, Sam dan Fahrin hanya mampu berdiam sambil melihat drama Khai.
" Ok aku maafkan kau, sorry yaa terbawa emosi hehe.. sakit ke? " Soal Khai lembut sambil melihat keadaan Zackry. Zackry mengangguk menandakan dirinya tidak apa-apa.
" Ha dah habis drama? " Soal Sam. Dia malas dengan perangai Khai.
" Dah, hehe.. jum la duduk.." kata Khai sambil menarik lembut tangan Zackry untuk duduk disebelahnya. Aikk? tadi bukan main kau tumbuk dia, sekarang dah jadi kawan?
" Aku rasa abang kau yang sorang ni bukan lelaki laa.. dah macam perempuan mood dia ni " bisik Fahrin kepada Dyna.
" Diam. Kau ada hutang dengan aku" kata Dyna mendatar.Fahrin tidak faham dengan kata-kata Dyna. Hutang?
YOU ARE READING
Endyna Daisha: HER REVENGE [C]
ActionENDYNA DAISHA atau lebih dikenali sebagai Dyna, merupakan gadis berumur 24 tahun, bekerja sebagai secret agent untuk Secret Police Agency JR (SPAJR). Seorang yang sangat handal dalam seni mempertahankan diri dan sangat cekap menggunakan senjata menj...