BAB 58

533 38 10
                                    

Sambungan....

" Aku taknak dia tembak kau." Jawab Darwish.


                Dyna mengerutkan keningnya. Otaknya masih memproses ayat yang keluar dari mulut Darwish.

" Kau gila ke? Bukan ka kau nak sangat bunuh aku?" Soal Dyna, hairan.

" Itu orang tua tu. Aku taknak bunuh kau." Kata Darwish.

" Huh, lantak lah." Kata Dyna, malas. Dia terus membuka pintu kereta.

" Jap" kata Darwish bagi menghentikan perbuatan Dyna.

" Apa lagi? Nak tangkap aku?" Soal Dyna.

" Tak.. buat masa sekarang, jangan datang hospital. Diorang akan kawal hospital ni, diorang akan tangkap kau bila diorang nampak kau." Ujar Darwish, jujur.

" Kenapa kau bagitau aku? Kalau aku kena tangkap lagi bagus kan? Baru lah kau boleh buat kerja haram kau dengan aman!" Marah Dyna.

Darwish mengeleng perlahan kepalanya.

" Aku dah cakap, aku taknak tangkap kau. Sebabtu aku bagi amaran. Aku taknak tengok kau berada di bilik siasatan lagi. So, dengar cakap aku." Kata Darwish.

" Hahaha... Kenapa? Kau nak tunggu aku bunuh orang tua tu dulu baru kau nak tangkap dan bunuh aku? Kau nak tunggu aku bunuh lebih ramai orang yang kau benci kan? So, nanti senang lah kerja kau."

" No.." kata Darwish, cuba untuk menafikan kata-kata Dyna.

" Lantak kau lah. Malas aku bercakap dengan kau. Buang masa aku aje." Kata Dyna sebelum dia memandu pergi.

Darwish hanya berdiri tidak bergerak. Dia tidak akan mengejar Dyna. Darwish mengeluh perlahan.

Dia melihat ke arah mayat pegawai polis yang ditembaknya tadi.

" Sekarang aku kena hapuskan kau dan kawan-kawan kau sebelum Dyna kantoi datang sini. Haishh.. menyusahkan lah." Katanya sendiri.







             " Sepupu dia masih tak sedarkan diri. Kau ada tanya nurse Dyna datang sini ka tak?" Soal Sarah kepada Rezza.

" Tak.. " jawab Rezza.

" Kenapa tak tanya?" Soal Sarah.

" Aikk? Perlu ke? Tuan Suhaimi tak suruh untuk tanya pun?"

" Ish ish ish.. lain kali tanya la.." kata Sarah.

" Eh kau, suruh orang pula. Pergi la tanya sendiri." Kata Rezza.

" Kenapa aku pula?" Soal Sarah.

" Kalau nak tahu sesuatu, berusaha la. Bukannya suruh orang." Sampuk Ayie.

" Ish, ya la.. aku pergi tanya." Kata Sarah lalu dia melangkah pergi.

Sarah terserempak dengan Darwish ketika dia berjalan ke kaunter.

" Dah kenapa muka kau macam tu?" Soal Darwish.

" Kenapa dengan muka aku?" Soal Sarah.

" Takda apa.. kau nak pergi mana ni?"

" Aku nak tanya nurse tu Dyna ada datang ke tak tadi."

" Ouhh.. diorang ada dekat dalam kan?"

" Haa" jawab Sarah. Darwish terus berlalu pergi ke Rezza dan Ayie yang sedang berada di dalam wad yang didiami Mia.


" Kau pergi mana tadi?" Soal Rezza sebaik sahaja Darwish menghampiri mereka.

Endyna Daisha: HER REVENGE [C]Where stories live. Discover now