BAB 4

1K 54 5
                                    


Ring !!!!!!!!
Jam ditelefonnya berbunyi. Dyna terbangun apabila mendengar bunyi alarm di telefonnya. Jam menunjukkan pukul 6:30 pagi. Dyna bangun lalu masuk ke bilik air untuk mandi dan bersiap.

Hari ini, Dyna mengenakan kemeja berwarna hitam dan berseluar hitam. Jam sekarang menunjukkan pukul 7:15 pagi. Dia terus mengatur langkah turun ke tingkat bawah. Dyna ternampak opahnya yang sedang membakar roti untuk bersarapan. Mia pula sedang membancuh air.

" Dyna nak pergi mana tu? " Tanya Opah apabila melihat cucunya yang segak berkemeja hitam.

" Dyna nak pergi rumah Rafeeq. Nak jumpa Sam, ada barang sikit nak hantar. Lepastu mungkin Dyna terus pergi kerja. Dyna pergi dulu yaa opah." Balasnya.

" Tak nak sarapan dulu? " Soal Opah.

" Takpe Dyna makan dekat sana aje. Selalunya Sam masak pagi-pagi ni " balasnya lagi.Sempat dia menyalam dan mencium tangan opah.

Rumah agam yang Dyna pergi semalam merupakan rumah Rafeeq. Tetapi Sam dan Khai selalu melepak dan tidur disana. Dyna juga suka pergi ke sana jika dia bosan atau ingin meluah.

Sam mempunyai rumah sendiri tetapi dia jarang pulang ke rumahnya kerana jauh dari tempat dia bekerja. Khai pula sudah menjual rumahnya sendiri kerana mahu tinggal bersama Rafeeq. Dengan alasan ' rumah besar tapi tinggal sorang, bazir duit ja. ' Jadi rumah Rafeeq sudah menjadi tempat mereka berjumpa. Kawasan rumah yang tiada orang dan jauh dari bandar sudah menjadi faktor utama mereka berjumpa disana. Mereka mahu merahsiakan siapa diri mereka sebenarnya.





Tibanya dia di rumah agam itu, Dyna terus memarkir keretanya. Dia melangkah masuk ke dalam rumah dan terus mencari kelibat orang di dalam.

Dia ternampak sosok tubuh Sam yang sedang memasak.

" Good morning Sam " sapanya.

" Good morning girl " balas Sam sambil tersenyum manis. Gelaran 'girl' sudah menjadi kebiasaan bagi ketiga orang abang angkat Dyna.

" Mana Raf dengan Khai? " Soal Dyna.

" Raf dah pergi kerja. Khai pula tidur lagi kot. Tak turun pun dari tadi. " balas Sam sambil mencedok makanan.

" Ooo "

Tiba-tiba kedengaran bunyi perut Dyna yang sedang meminta untuk diisikan makanan. Sam yang mendengar bunyi itu hanya mengekek sedikit.

" Dyna dah breakfast ke? bunyi perut macam lapar ja tuu.. " soal Sam. Dyna hanya mengeleng menandakan tidak sambil berdiri tersimpul malu.

" Come duduk. Sam masak mushroom soup favorite Dyna " katanya. Dyna tersenyum lebar. Dia terus duduk di hadapan bertentangan dengan Sam.

Dyna menyuap mushroom soup kedalam mulutnya. Dah macam setahun tak makan, padahal semalam baru ja dia bersarapan dengan mushroom soup. Sam yang melihat hanya tersenyum dengan gelagat adiknya itu.

" Dyna dah bawa dokumen Kes yang Sam minta semalam. Kenapa Sam nak? " Soal Dyna .

" Saja.. manalatau Sam boleh tolong sikit. " Balasnya. Dyna mengangguk lalu dicelup garlic bread ke dalam mushroom soup dan dimakan.

" Sedap? " Soal Sam. Dyna sekali lagi mengangguk sambil tersenyum ceria. Dia sangat suka masakan Sam lagi-lagi makanan kegemarannya. Sam turut membalas senyuman Dyna.

" I really miss your smile. " Kata Sam didalam hati. Cukup hanya dia yang tahu. Dia suka melihat Dyna tersenyum gembira. Dia sudah lama tidak melihat senyuman manis Dyna sejak kejadian hitam yang berlaku dahulu.

Endyna Daisha: HER REVENGE [C]Where stories live. Discover now