Jam menunjukkan pukul 1 pagi." Apa yang jadi sebenarnya ni?" Soal Rafeeq kepada Khai.
Mereka semua sekarang berada di hospital. Sebaik sahaja bantuan kecemasan tiba, Mia terus dikejarkan ke hospital untuk menerima rawatan dengan lebih lanjut.
" Tak tahu.. tiba-tiba aje Dyna call suruh balik rumah opah. Bila kitorang sampai, banyak mayat dekat ruang tamu. Dyna pula, badan dia penuh darah." Terang Khai.
" Dia bunuh orang lagi?" Soal Sam.
" Yaa" jawab Khai.
" Sama seperti dulu?" Soal Rafeeq.
" Ya.." kata Khai sambil mengangguk perlahan kepalanya.
" Mana dia sekarang?" Soal Rafeeq kepada Sam.
" Dia cakap dia perlukan masa. Tadi dia ada bunuh Alya. Dia juga tikam kakak kepada perempuan tu." Ujar Sam.
" Dia tak bunuh kakak Alya kan?" Sampuk Rezza.
" Waktu kitorang balik, kakak dia masih hidup. Cuma.. sekarang taktahu la." Kata Sam.
" Eh jap, apa yang kau buat dekat sini? Bukan ka kau sepatutnya tangkap Dyna?" Soal Rafeeq yang baru menyedari akan kehadiran Rezza.
" Err, tak jadi.. waktu saya nak tangkap Dyna, dia tiba-tiba dapat panggilan dari someone, dia merayu suruh lepaskan dia sekarang. Dia cakap opah dengan Mia dalam bahaya. Jadi, saya bawa la dia pergi sana." Terang Rezza.
" Sekarang ni kau nak tangkap Dyna ke?" Sampuk Fairuz yang baru sahaja menghampiri mereka.
" Tak.. sekarang saya percayakan dia." Jawab Rezza.
" Ceh, bila ada yang mati baru nak percaya." Kata Fairuz, perlahan sahaja suaranya.
" Bukan ka Sam tembak kau dekat bahu? Baru kelmarin kan? Kenapa kau boleh masuk kerja dah?" Soal Khai.
" Eh jap, so.. Sam yang tembak saya?" Soal Rezza, sedikit terkejut.
" Haah, kau sorang aje aku target bahu." Kata Sam.
" Kenapa saya sorang?" Soal Rezza.
" Tak penting." Kata Sam, mendatar.
" Jawab soalan aku." Sampuk Khai.
" Sorry.. kecederaan saya tak teruk. Lagipun saya dapatkan rawatan laser. SPAJR ada sistem perubatan canggih untuk ejen-ejen dia."
" Kenapa waktu Dyna kena tikam dia tak laser pun?" Soal Rafeeq.
" SPAJR hanya guna laser bila keadaan terdesak. Contohnya, waktu semua ejen cedera berat. Bagi Kes Rezza, kecederaan dia tak berat sangat, so dia akan cepat pulih dalam waktu 24 jam. Kalau kaki, badan, lengan, memang susah sikit. Paling awal 3 hari. Tapi pesakit tetap boleh jalan macam biasa." Sampuk Fairuz. ( Author palatau nihh )
" Betul.." kata Rezza selepas mendengar penjelasan Fairuz.
" Kau sorang aje ke yang bekerja?" Soal Sam.
" Tak.. Fahrin dengan Kyle pun." Jawab Rezza.
" Bukan.. aku tahu diorang Biro Siber. Maksud aku, rakan kau yang kena tembak tu.."
" Ya.. esok baru diorang masuk." Kata Rezza.
" Ayie?"
" Abang kenal? Dia tak masuk harini, dia pun masuk kerja esok."
" Faham.." kata Sam.
" Eh, korang nak tahu tak keadaan Mia?" Soal Fairuz.
" Ouh kau datang sini nak bagitau tentang tu? Ingatkan kau nak ponteng kerja.." kata Khai, selamba.
YOU ARE READING
Endyna Daisha: HER REVENGE [C]
ActionENDYNA DAISHA atau lebih dikenali sebagai Dyna, merupakan gadis berumur 24 tahun, bekerja sebagai secret agent untuk Secret Police Agency JR (SPAJR). Seorang yang sangat handal dalam seni mempertahankan diri dan sangat cekap menggunakan senjata menj...