Dyna bangun pagi seperti biasa lalu bersiap-siap untuk pergi ke kerja. Dia masih lagi tinggal di rumah Rafeeq kerana luka tikaman di perutnya masih belum baik. Dia tidak mahu opahnya dan Mia mengetahui tentang tikaman yang dialaminya kerana takut mereka akan risau.
Dyna turun menuruni satu persatu tangga untuk ke dapur di tingkat 1. Dia tidak melihat kelibat sesiapa di dapur.
" Aikk mana semua orang? Awalnya pergi kerja" soalnya sendiri.
Dia melihat sehelai kertas yang dilekat di depan peti sejuk.
' Good morning girl,
Sorry kitorang semua kena pergi kerja awal,
kalau Dyna nak makan, dekat rak ada bijirin.
Susu ada dalam peti sejuk.
Jangan lupa breakfast dulu sebelum pergi kerja ! Take care!
Byee girl..-Raf,Sam,Khai hensem
Dyna mengukir senyuman manis selepas membaca surat yang ditinggal oleh abang-abangnya itu. Dyna mengambil kotak bijirin yang berada di dalam rak lalu mengambil kotak susu yang berada di dalam peti sejuk. Dia menikmati sarapan paginya sebelum pergi ke tempat kerja.
Sedang dia menikmati makanannya, Telefonnya berbunyi menandakan ada mesej yang masuk.
' hallo.. dah sampai kerja ke? Aku tak sabar nak jumpa kau ni. Jom la jumpa, aku janji aku tak bawa pisau. '
Walaupun nombor yang menghantar mesej itu tidak disave, tetapi Dyna masih mudah untuk mengagak siapa yang menghantar. Zahrul Zackry.
' boleh aje, aku pun memang nak jumpa dengan kau. ' balas Dyna.
Mesej yang dibalas Dyna dibaca. Zackry terus menghantar location untuk mereka berjumpa.
Selesai makan, Dyna terus bergerak pergi ke lokasi yang sudah dihantar oleh Zackry.
Dia tiba di depan satu kedai makan yang berada di lorong Cina.
Dia memarkir keretanya sebelum masuk ke dalam, kelihatan Zackry sedang duduk menunggu sambil menghirup kopi. Di meja makan yang lain, terdapat beberapa orang lelaki berbadan besar berbangsa Cina dan Melayu duduk memerhati pergerakkan Dyna dengan renungan yang tajam. Mereka nampak seperti gengster." Haii perut kau dah ok ke? " Soal Zackry sinis.
" Hmm " jawab Dyna malas.
" Beraninya kau datang sorang, dah ready nak mati ke?" Soal Zackry lagi.
" Aku takkan mati harini, sebabtu aku datang sorang" jawab Dyna selamba.
" Beraninya kamuu" kata Zackry sinis.
" Aku bukan datang sini untuk bazirkan tenaga aku belasah korang " kata Dyna dengan nada yang sedikit kuat. Cukup untuk membuatkan semua yang berada di dalam kedai itu mendengar.
" Haha lepastu? " Soal Zackry.
" Aku nak minta tolong kau " jawab Dyna mendatar.
" Hahahaha kenapa? minta tolong jangan bunuh kau? Itu?" Soal Zackry sinis.
" Kalau yang tu aku tak payah minta tolong. Ini benda lain. Aku nak minta tolong balas dendam demi kematian Eiman " kata Dyna mendatar. Mukanya kelihatan serious.
" Haha lawak bodoh apa pulak kau ni? Engkau la penyebab kematian Eiman. Lepastu kau nak minta tolong aku balas dendam atas kematian dia? Stupid " kata Zackry tidak percaya dengan permintaan Dyna.
YOU ARE READING
Endyna Daisha: HER REVENGE [C]
ActionENDYNA DAISHA atau lebih dikenali sebagai Dyna, merupakan gadis berumur 24 tahun, bekerja sebagai secret agent untuk Secret Police Agency JR (SPAJR). Seorang yang sangat handal dalam seni mempertahankan diri dan sangat cekap menggunakan senjata menj...