Alya mengetuk pintu dahulu sebelum kakinya melangkah masuk ke dalam. Kelihatan Tuan Suhaimi yang sedang duduk menunggu Alya tiba.
" Ada apa Tuan panggil saya? " Soal Alya.
" Duduk " arah Tuan Suhaimi.
Alya terus duduk di kerusi berhadapan Tuan Suhaimi selepas diberi arahan.
" Ada sesuatu yang kau tak bagitau aku? " Soal Tuan Suhaimi dengan wajah yang serius.
" Tak bagitau? Err apa eh? " Soal Alya. Pucat mukanya selepas Tuan Suhaimi menanyakan soalan tadi secara mengejut.
" Baik kau jujur " kata Tuan Suhaimi.
" Baiklah.. Dyna ada jumpa saya kelmarin " kata Alya. Tuan Suhaimi terus menayangkan senyuman sinis.
" Dia masih hidup? " Soal Tuan Suhaimi. Alya menganggukkan kepalanya.
" Dia tahu pasal aku? " Soal Tuan Suhaimi lagi. Sekali lagi, Alya menganggukkan kepalanya.
" Haha jadi.. dia ada tanya apa-apa dekat kau? " Soal Tuan Suhaimi dengan wajah yang sinis.
" Ada.. dia tanya kenapa saya selalu ekori dia dulu " jawab Alya, jujur.
" Kau jawab apa? " soal Tuan Suhaimi, penuh dengan rasa ingin tahu.
" Saya tipu dia. Saya kata sebab Tuan ugut saya nak bunuh keluarga saya. Dan dia percaya. " Jawab Alya.
" Hahaha bagus.. nasib baik kau masih ingat asal usul kau. Kalau kau bagitau dia perkara sebenar kau tahu apa akan jadi dekat kau kan? So.. jangan kantoikan." Pesan Tuan Suhaimi.
" Baik.. tapi dia ada tanya lagi " kata Alya lagi.
" Apa? "
" Dia tanya saya tahu tak ketua Black Haisumi yang sebenar. Saya cakap taktahu " jawab Alya.
" Bagus.. yang itu kau tak perlu tahu. Buat aje kerja kau. Jangan kantoikan kerja aku dekat orang lain. Faham? " Soal Tuan Suhaimi penuh serius.
" Faham tuan " kata Alya.
" Perhatikan Fahrin. Dia tu rapat dengan Dyna. " Arah Tuan Suhaimi.
" Tapi saya rasa tak perlu, dia nampak macam tak tahu yang Dyna masih hidup. " Kata Alya.
" Dia masih sedih? " Soal Tuan Suhaimi.
" Ya.. dia banyak diam. Tak macam selalu, jadi saya rasa dia masih tak tahu " kata Alya.
" Baguslah kalau dia tak tahu. Senang sikit kerja aku. Kalau macam tu, kau pastikan team kau taktau rancangan sebenar aku. Aku taknak rancangan aku rosak. " Kata Tuan Suhaimi.
" Baik.. "
" Kau boleh keluar " arah Tuan Suhaimi. Alya terus melangkah meninggalkan Tuan Suhaimi.
Dyna membuka matanya. Dia terbangun dari tidurnya kerana terdengar bunyi Muzik yang kuat.
" Anak sapa pula buka Muzik malam-malam nihhh, haishh " kata Dyna.
Dia menekap telinganya menggunakan bantal. Tetapi Muzik itu masih dapat didengarinya. Dyna bangun lalu meraup wajahnya.
" Ishh takkan la monyet tepi hutan buka lagu malam-malam? Pukul 2 pagi pula tu." Soalnya sendiri.
Dia terus turun dari katilnya lalu mengikuti bunyi Muzik yang sudah mengganggu tidurnya.
Dia tiba di tingkat bawah. Alangkah terkejutnya dia selepas melihat Khai dan Fahrin sedang seronok menyanyikan lagu Senggol senggolan cubit cubitan yang dinyanyikan oleh Mas Idayu itu.
YOU ARE READING
Endyna Daisha: HER REVENGE [C]
ActionENDYNA DAISHA atau lebih dikenali sebagai Dyna, merupakan gadis berumur 24 tahun, bekerja sebagai secret agent untuk Secret Police Agency JR (SPAJR). Seorang yang sangat handal dalam seni mempertahankan diri dan sangat cekap menggunakan senjata menj...