Sambungan...
Zackry bermundar mandir sambil matanya tidak lari dari melihat Telefonnya yang berada di atas meja.
" Eh stres la aku tengok kau ni. Dah kenapa asyik tengok phone tu? Kau tunggu siapa?" Soal Khai.
" Adik kau lah." Jawab Zackry.
" Kenapa dengan adik aku?" Soal Khai.
" Kejap lagi lah aku bagitau" kata Zackry.
" Eh... Kau ada apa-apa rahsia ke dengan adik aku? Sejak kehadiran kau ni budak tu jadi pelik dah."
" Pelik apanya? Sama ja aku tengok"
" Ya la, dia datang sini sebab nak jumpa kau. Abang dia ni dia tak rindu pula. Kalau ada apa-apa rancangan, dia mesti bagitau kau dulu. Lepastu berahsia dengan orang. Duduk kejap, Zackry lepastu tunggu dua minit, Zackry lagi. Sebenci-benci aku bila Fairuz panggil adik aku ayang, benci lagi aku dekat kau." Ujar Khai, jujur.
" Lepastu?" Soal Zackry.
" Aku jealous." Kata Khai.
" Kesah pula aku. Jangan nak jealous sangat, dia tetap adik kau. Aku takkan ambil dia lah." Kata Zackry sambil menjeling Khai.
" Aku pegang kata-kata kau ya." Kata Khai.
" Lantak kau lah." Kata Zackry, malas.
Zackry melihat jam tangannya. Jam menunjukkan pukul 3 petang.
" Dah pukul 3" katanya sendiri.
" Kenapa dengan pukul 3?" Soal Khai.
" Call Raf dengan Sam." Arah Zackry.
" Kenapa?" Soal Khai lagi.
" Call aje lah"
Khai terus mencapai Telefonnya lalu menelefon Rafeeq dan Sam.
Selepas beberapa minit menunggu, Rafeeq dan Sam akhirnya tiba.
" Kenapa? Apa yang urgent sangat ni?" Soal Rafeeq sebaik sahaja dia tiba.
" Dyna. Dia suruh aku bagitau korang. Dia kena tangkap." Jawab Zackry.
Terbuntang mata ketiga jejaka itu selepas mendengar apa yang keluar dari mulut Zackry.
" Kena tangkap? Dengan siapa? SPAJR?" Soal Khai, terkejut.
" Yaa, dia cakap dia nak pergi jumpa Ayie. Dia tahu akan ada orang yang perhatikan Ayie. Kalau dia tak call aku sebelum pukul 3, dia suruh bagitau korang." Jawab Zackry.
" Budak tu gila ke? Kenapa dia biarkan diri dia ditangkap?" Soal Khai.
" Dia cakap dia nak settle kan sesuatu." Kata Zackry.
" Settle kan apa?" Soal Rafeeq.
" Dengan ketua lama dia. Tuan Nizam. Tapi yang tu tak penting, yang pentingnya sekarang ni, dia minta Sam jejak lokasi dia. Kita kena tolong dia keluar dari sana." Kata Zackry.
" Eh jap, jejak lokasi dia? Macam mana?" Soal Sam.
" Gelang ni, dia cakap ada penjejak. Aku pakai satu, lepastu dia pakai satu. Dia cakap kita boleh tahu lokasi each other. Tapi ada caranya." Terang Zackry sambil menghulurkan gelang yang dipakainya.
" Baik.. tapi bukan ke kita kena biar dia settle kan apa yang dia nak buat ke? Kalau kita serbu masuk sekarang, apa function dia masuk sana?" Soal Sam.
" Yaa, sebabtu dia minta kita jejak lokasi dia dulu. Selalunya kitorang bawa tahanan untuk disoal siasat dulu. Lepastu, baru kitorang pindahkan tahanan ke tempat lain. Aku rasa, bila lokasi dia dah bertukar, baru kita pergi." Kata Zackry.
YOU ARE READING
Endyna Daisha: HER REVENGE [C]
ActionENDYNA DAISHA atau lebih dikenali sebagai Dyna, merupakan gadis berumur 24 tahun, bekerja sebagai secret agent untuk Secret Police Agency JR (SPAJR). Seorang yang sangat handal dalam seni mempertahankan diri dan sangat cekap menggunakan senjata menj...