" Akak Dyna.." panggil Mia sambil mengetuk perlahan pintu bilik Dyna.
" Yaa.." balas Dyna, lembut.
" Dah siap ke? " Soal Mia.
" Dah.."
" Ok cepat turun. Mia tunggu dekat bawah" kata Mia, suaranya dikuatkan sedikit agar Dyna dapat mendengar.
" Baik" kata Dyna.
Dyna mencapai telefon bimbitnya lalu melangkah keluar dari bilik dan turun ke tingkat bawah.
" Opah mana? " Soal Dyna kepada Mia sebaik sahaja dia tiba di tingkat bawah.
" Opah awal-awal tadi dah pergi. Akak Dee kan nikah pagi." Jawab Mia, lembut.
" Kenapa tak ikut opah aje? " Soal Dyna lagi.
" Opah suruh pergi dengan akak. Akak kan tidur tadi, opah kata jangan kejut sebab mesti akak penat." Terang Mia. Dyna mengangguk tanda faham.
" Jom la.. lapar" kata Dyna. Mereka berdua terus pergi ke rumah Dee dengan berjalan kaki.
Setibanya mereka di sana, kelihatan ramai orang sedang makan, ada juga yang sedang bersembang.
Dyna mencari kelibat kawan baiknya itu. Tiba-tiba, matanya tertumpu pada sosok tubuh seorang jejaka yang sangat dikenalinya.
" Apa yang dia buat dekat sini? " Soalnya sendiri.
" Siapa?" Soal Dee kepada Dyna.
" Takda apa.." kata Dyna.
" Hmm.. jom la masuk. Tadi kata lapar sangat" arah Mia, selamba. Dia terus berlalu pergi ke arah emak Dee.
" Kalau dia nampak ni habis kantoi" sempat Dyna berkata sebelum dia mengikuti langkah Mia.
Mia menyalam tangan emak Dee diikuti Dyna.
" Pergi la duduk makan dulu" kata auntie Fazliana, lembut.
" Baik" kata Mia.
" Lepas makan kejap lagi pergi la jumpa Dee. Dia ada tanya tadi ada nampak kamu ka tak. Auntie cakap tak nampak laa, ini dah kamu datang pergi jumpa dia yaa" kata auntie Fazliana kepada Dyna dengan nada yang lembut.
" Baik.. " balas Dyna juga lembut.
Dyna dan Mia duduk menikmati makanan yang tersedia di kenduri itu.
Selesai makan, Dyna terus bertegur sapa dengan Dee. Manakala Mia pula pergi ke opahnya.
" Dee" tegur Dyna kepada Dee.
" Dyna! " Kata Dee sedikit kuat suaranya. Cepat-cepat dia menutup mulutnya menggunakan tangan.
" Kenapa tak datang waktu akad nikah tadi? " Soal Dee tangannya mencekak pinggang.
" Aku terlajak tidur tadi, penat sangat. Lagipun aku ingatkan opah atau Mia akan tolong kejutkan aku, tapi tak.. sorry eh" kata Dyna.
" Takpa lah.. yang penting kau datang. Aku baru aje nak tunjuk dekat kau siapa pengapit Arsyad tu.." kata Dee dengan senyuman mengejek.
" Tak payah tunjuk. Aku taknak tahu pun.." kata Dyna sambil menjeling Dee.
" Sini la aku tunjuk.." kata Dee sambil menarik tangan Dyna. Dyna pasrah, dia ikut sahaja langkah Dee itu.
Dee menarik tangan Dyna lalu membawa Dyna menghampiri Arsyad dan Rezza yang sedang duduk bersembang.
" Ha ni Dyna " kata Dee. Arsyad dan Rezza terus berpaling untuk melihat Dyna dan Dee.
YOU ARE READING
Endyna Daisha: HER REVENGE [C]
ActionENDYNA DAISHA atau lebih dikenali sebagai Dyna, merupakan gadis berumur 24 tahun, bekerja sebagai secret agent untuk Secret Police Agency JR (SPAJR). Seorang yang sangat handal dalam seni mempertahankan diri dan sangat cekap menggunakan senjata menj...