BAB 12

572 44 2
                                    


Zackry mengeledah biliknya untuk mencari barang yang dikatakan Dyna. Dia cuba untuk mengingati dimana dan apakah barang tersebut.

Selepas hampir 30 minit pencarian, dia menjumpai satu kotak yang berisi barang-barang lama miliknya dan milik arwah Eiman.

Eiman Zikry dan Zahrul Zackry merupakan sahabat baik sejak mereka dari sekolah rendah. Mereka sentiasa bersama dan saling menyokong antara satu sama lain. Zackry merupakan seorang yang sangat ceria ketika dahulu sebelum personalitinya berubah selepas kematian Eiman.

Dia mengeluarkan semua barang yang berada di dalam kotak tersebut. Satu persatu memori muncul apabila dia melihat barang-barang tersebut. Matanya terfokus kepada satu gelang tangan yang pernah Eiman hadiahkan kepadanya pada hari lahirnya yang ke-24.

 Matanya terfokus kepada satu gelang tangan yang pernah Eiman hadiahkan kepadanya pada hari lahirnya yang ke-24

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

" Gelang ni.. aku ingat aku dah hilangkan. Dekat sini rupanya " katanya sendiri.

One year ago

Zackry duduk termenung di depan balkoni rumahnya sambil menikmati angin malam. Hari ini adalah hari lahirnya yang ke-24 tahun. Dia tidak suka meraikan hari lahirnya kerana menganggap, sambutan hari lahir hanya disambut untuk budak-budak.

" Oiii " tegur Eiman yang tiba-tiba muncul.

" Eishh apa kau ni.. terkejut aku. Nasib baik aku tak terjun dari sini tau " kata Zackry yang sedikit terkejut dengan teguran Eiman.

" Hahaha berani kau terjun? Terjun lah... Tak mati pun patah kaki aje yang paling teruk. " Kata Eiman selamba.

" Huh, kau suruh aku terjun? Kau terjun dulu tunjuk tutorial, aku nak tengok " Kata Zackry dengan muka menyampah.

" Haha tak payah kot... jadi apa-apa nanti, aku dah tak boleh nak halalkan cinta hati akuuu" kata Eiman dengan senyuman mengejek. Sengaja mahu melihat reaksi Zackry.

" Hmm memang kau sorang ada cinta hati " kata Zackry malas mahu melayan manusia dilamun cinta.

" Hehe, nah " Eiman menghulurkan satu kotak kepada Zackry.

" Apa ni? Gelang? " Soal Zackry sambil melihat gelang yang telah ditempah khas itu.

" Haah, happy birthday to you.. happy birthday to you... happy birthday to Zahrul Zackry..happy birthday to you. Semoga panjang umur, hensem selalu, jumpa jodoh cepat-cepat dan menjadi sahabat aku selama-lamanya. " Eiman menyanyikan lagu happy birthday kepada Zackry dan disertakan dengan ucapan. Dia juga menepuk-nepuk tangannya tanda meraikan sahabatnya.

Endyna Daisha: HER REVENGE [C]Where stories live. Discover now