BAB 30

524 37 6
                                    

3 hari kemudian....




     " Fahrin " tegur Kyle, lembut.

" Ya? " Soal Fahrin. Dia menghentikan kerjanya selepas ditegur oleh Kyle.

" Harini takda meeting? Kan Tuan Suhaimi kata dia nak mulakan misi lepas cuti? " Soal Kyle.

" Err tak pasti la.. " jawab Fahrin ragu-ragu. Dia sendiri tidak tahu.

" Aku patut tanya siapa eh? " Soal Kyle lagi.

" Cuba kau tanya Rezza atau Darwish " kata Fahrin. Kyle menganggukkan kepalanya.

Belum sempat Kyle ingin melangkah pergi, Rezza sudah terlebih dahulu masuk ke dalam pejabat itu.

" Eh Rezza, aku baru nak pergi pejabat kau " kata Kyle yang melihat Rezza masuk.

" Kenapa? " Soal Rezza, pelik.

" Harini takda meeting? " Soal Kyle.

" Ouhh.. takda, Tuan Suhaimi tak datang harini " jawab Rezza.

" Kenapa dia tak datang? " Soal Fahrin pula.

" Entah, jangan tanya aku, aku bukan anak dia " jawab Rezza, selamba.

" Kau datang sini nak apa? " Soal Kyle.

" Nak jumpa Fahrin " kata Rezza. Dia terus duduk di kerusi berhadapan Fahrin.

Kyle terus melangkah pergi untuk menyambung kerjanya.

" Kenapa nak jumpa aku? " Soal Fahrin sebaik sahaja dia melihat kelibat Kyle pergi meninggalkan mereka.

" Kau suruh aku siasat siapa ketua sebenar Black Haisumi tu.. kenapa mesti senyap-senyap? " Soal Rezza.

" Ouhh.. supaya kau tak kena sama seperti arwah Eiman kena dulu " jawab Fahrin. Rezza terus memasang wajah tertanya-tanya.

" Siapa Eiman? " Soal Rezza.

" Kau boleh dipercayai ke? " Soal Fahrin. Soalan berbalas soalan.

" Kenapa tak boleh dipercayai pula? " Soal Rezza lagi.

" Hmm.. aku percayakan kau.. tapi.. " belum sempat Fahrin menghabiskan ayatnya, bunyi Telefon bimbitnya yang menandakan ada mesej yang masuk terlebih dahulu memotong ayatnya.

" Kejap " kata Fahrin lalu mencapai Telefonnya. Rezza mengangguk.

' jumpa aku dekat lokasi ni ' - unknown

Unknown share location

' siapa kau? '


' datang aje.. kalau kau nak tahu perkara
  sebenar tentang kematian Dyna ' - unknown


Fahrin memasang wajah yang tertanya-tanya. Dia pelik, mengapa tiba-tiba sahaja.

" Err nanti aku bagitau kau.. aku ada hal sikit " kata Fahrin lalu mengemas barangnya.

" Ye la.. " kata Rezza.

Fahrin terus bergegas ke lokasi yang sudah dihantar oleh seseorang tadi.







               Dia tiba di sebuah hospital. Dahinya dikerutkan. Dia sangat mengenali tempat ini.

" Kenapa dekat sini? " Soalnya sendiri.

Tiba-tiba, Telefonnya berbunyi menandakan ada mesej baru yang masuk.

' naik tingkat 3, kau cari wad
vip dekat hujung sekali ' - unknown

Endyna Daisha: HER REVENGE [C]Where stories live. Discover now