Rezza duduk di meja makan restaurant sementara menunggu kawannya memesan makanan. Disebabkan hari ini dia bercuti, jadi dia menghabiskan masanya bersama-sama dengan kawannya.
Rezza duduk termenung, entah apa yang difikirkannya.
" Woi, kau termenung apa? " Tegur Arsyad yang datang sambil membawa makanan yang sudah dipesannya.
" Mana ada termenung.. tak pun " jawab Rezza. Cuba untuk menafikannya.
" Aku tak percaya... " kata Arsyad sambil mengambil tempat di hadapan Rezza.
Rezza tidak menghiraukan kata-kata Arsyad. Matanya tertumpu pada makanan yang berada di hadapannya. Nasi goreng kampung.
" Hmm " Rezza mengeluh perlahan.
" Kenapa? Kau tak suka ke nasi goreng kampung? Kalau tak suka tukar la dengan nasi goreng tomyam aku" kata Arsyad yang terdengar keluhan Rezza.
" Tak.. bukan tak suka.." kata Rezza, sayu.
" Habistu? " Soal Arsyad.
" Aku teringat someone bila aku tengok nasi goreng kampung ni.." jawab Rezza sayu.
" Siapa? " Soal Arsyad lagi.
" Emm abaikan.. jum la makan.. kau minta aku teman kau kan harini.. pergi mana? " Soal Rezza. Dia cuba untuk menukar topik.
" Abaikan? Kau yang mulakan topik tu lepastu kau suruh aku abaikan? Cerita la.. " rayu Arsyad.
" Apa rasanya jatuh cinta? " Soal Rezza tiba-tiba.
Tersedak nasi goreng tomyam Arsyad selepas mendengar pertanyaan Rezza yang tiba-tiba itu.
" Kau dah kenapa tiba-tiba tanya pasal tu? " Soal Arsyad. Soalan Rezza tadi tidak dijawab.
" Ye la.. kau kan dah nak kahwin.. so apa rasanya bila kau pertama kali jatuh cinta dengan bakal isteri kau tu? "
" Err.. aku taktau la.. sebab kitorang bercinta dengan rapat pun tak.. cuma berkawan ja.. tiba-tiba dia ajak aku kahwin. So, aku pun on ajelah dah memang aku pun single.. " Ujar Arsyad.
" Takkan la kau tak rasa jatuh cinta? " Soal Rezza lagi.
" Ouhh.. Jatuh cinta.. rasa dia best.. sebab kau ada orang yang peduli pasal kau.. orang yang buatkan kau rindu dekat dia walaupun tak bercakap sehari.. orang yang buatkan kau takut kehilangan.. entah la.." jawab Arsyad.
" Hmm.. " sekali lagi Rezza mengeluh.
" Kenapa? Aku tak faham la.. dari tadi kau mengeluh. "
" I think I'm in love " kata Rezza perlahan. Tetapi masih dapat didengari Arsyad.
Kali ini, tersembur air sirap bandung Arsyad kerana terkejut dengan apa yang didengarinya. Rezza terus memasang wajah pelik.
" Kau? Jatuh cinta dengan siapa? " Soal Arsyad tergagap-gagap.
" Someone.." kata Rezza sebelum dia menyuap nasi goreng kampung kedalam mulutnya.
" Ye la.. tapi siapa? Siapa wanita yang dah buatkan seorang Rezza Fitriey jatuh cinta ni? " Soal Arsyad lagi.
" Entah.. aku tak faham dengan perasaan aku " kata Rezza.
" Apa kau ni? siapa orang tu? Bagitau aku cepat. " Rayu Arsyad lagi.
" Kan aku kata aku tak faham dengan perasaan aku.. aku taktau yang aku jatuh cinta atau aku hanya selesa berkawan dengan dia. Susah. " Kata Rezza.
" Okey.. bagitau aku apa perasaan kau bila ada dengan dia. Biar aku tolong bagi kau fahamkan perasaan kau tu." Arah Arsyad.
YOU ARE READING
Endyna Daisha: HER REVENGE [C]
ActionENDYNA DAISHA atau lebih dikenali sebagai Dyna, merupakan gadis berumur 24 tahun, bekerja sebagai secret agent untuk Secret Police Agency JR (SPAJR). Seorang yang sangat handal dalam seni mempertahankan diri dan sangat cekap menggunakan senjata menj...