Dyna mencapai kunci motornya sebelum dia turun ke tingkat bawah.
Kelihatan Sam dan Rafeeq sedang bersarapan. Dyna terus menghampiri abang-abangnya itu.
" Good morning" sapa Sam, lembut selepas dia melihat Dyna.
" Good morning too" balas Dyna.
" Nak pergi mana ni? " Soal Rafeeq.
" Jumpa Zackry lepastu nak pergi jumpa Ayie." jawab Dyna, jujur.
" Tak bahaya?" Soal Sam pula.
" Takpaa.. Ayie tu boleh dipercayai" jawab Dyna.
" Ouhh, pergi laa.. jangan balik lambat " pesan Sam. Dyna mengangguk kepalanya sambil tersenyum.
" Naik motor ke?" Soal Rafeeq.
" Haah " jawab Dyna.
" Kereta Dyna mana?" Soal Sam.
" Khai naik semalam. Tapi sampai harini tak nampak batang hidung dia" kata Dyna.
" Dia cakap dia nak pergi mana semalam?" Soal Sam.
" Kerja"
" Aikk? Kerja apa? Yang mana satu?" Soal Rafeeq.
" Hah? " Soal Dyna, tidak mengerti.
" Mamat tu jarang pergi kerja dekat hotel tu. Dia pergi memburu ke?" Soal Rafeeq.
" Entah. Dyna tak tanya pula kerja yang mana. Dia cuma cakap dia nak pergi kerja." Terang Dyna.
" Ouhh faham.." kata Rafeeq sambil mengangguk perlahan kepalanya.
" Hmm, biar lah dia. Nanti balik la tu" kata Sam pula.
" Haa, Dyna pergi dulu eh. Bye" kata Dyna.
" Jangan balik lambat eh.. take care " pesan Sam.
Dyna mengangguk kepalanya sebelum dia melangkah pergi.
Dyna memandu motornya menyusuri jalan raya untuk ke rumah Fairuz untuk berjumpa dengan Zackry.
Setibanya dia di sana, dia terus memarkir motornya. Matanya tertumpu pada sebuah kereta Audi R8 yang elok terparkir di luar rumah itu.
" Macam kereta aku" gumamnya sendiri. Dia terus mengetuk perlahan pintu rumah itu.
Pintu dikuak perlahan oleh seseorang.
" Eh? " Soal Khai sedikit terkejut selepas dia membuka pintu. Kelihatan wajah Dyna terpampar di hadapannya.
" Apa eh eh? Patut la tak balik rumah.. tidur sini rupanya.." kata Dyna sambil mencekak pinggangnya.
" Hehe... Tertidur semalam.." kata Khai sambil menggaru lehernya yang tidak gatal.
" Ouhh.. Zackry mana Zackry? " Soal Dyna.
" Dyna datang sini cari Zackry? Bukan cari Khai?" Soal Khai.
" Kenapa kena cari Khai?" Soal Dyna pula.
" Ya la.. Dyna tak rindu Khai ke?"
" Kenapa kena rindu?" Soal Dyna, mendatar.
Khai terus mencebikkan mulutnya.
" Takpa la Dyna.. merajuk la kalau macam ni.." kata Khai.
Dia menutup semula pintu yang dibuka tadi.
" Aik? Aku salah cakap ke?" Soal Dyna sendiri.
Sekali lagi Dyna mengetuk pintu tersebut.
" Ish kalau ya pun panggil la Zackry dulu.." gumamnya sendiri.
YOU ARE READING
Endyna Daisha: HER REVENGE [C]
ActionENDYNA DAISHA atau lebih dikenali sebagai Dyna, merupakan gadis berumur 24 tahun, bekerja sebagai secret agent untuk Secret Police Agency JR (SPAJR). Seorang yang sangat handal dalam seni mempertahankan diri dan sangat cekap menggunakan senjata menj...