" Dyna !!!!!! " Jerit Rezza. Dia tidak percaya dengan apa yang dilihatnya. Kelibat Dyna tidak muncul sebelum bom itu meletup." Dyna, jawab Dyna " Fahrin cuba untuk menghubungi Dyna lagi selepas letupan berlaku. Tetapi, tiada balasan dari Dyna.
" Dyna! " Tengking Fahrin. Dia tidak percaya dengan apa yang berlaku. Dia tidak percaya Dyna akan pergi meninggalkan dia.
' Bukan ini yang sepatutnya terjadi ' kata Fahrin didalam hati.
" Dyna, please la.. jawab Dyna!" kata Fahrin lagi. Masih sama, tidak dibalas.
" Dah la Fahrin.. " kata Faiz, lembut. Dia tidak mahu Fahrin bertingkah seperti itu lagi.
" No...dia tak boleh tinggalkan aku macam ni..." Kata Fahrin. Air matanya jatuh membasahi pipinya.Faiz terus memeluk Fahrin untuk menenangkannya.
Semua orang disana tergamam selepas letupan itu berlaku. Mereka keliru. Rezza terduduk apabila panggilan yang dibuat oleh Fahrin tadi tidak direspon oleh Dyna.
Sarah menangis. Alya dan Alice berasa sangat bersalah. Jika mereka memujuk Dyna untuk bersama-sama keluar, pasti Dyna akan selamat.
Selepas letupan itu berlaku, Jabatan Bomba, Jabatan Perubatan, polis-polis dari agensi lain dan Unit Pemusnah Bom terus datang ke lokasi kejadian. Mereka melakukan tugas-tugas mereka.
Unit Pemusnah Bom memeriksa keadaan bangunan itu jika masih ada bom yang bernyala. Bangunan itu tidak hancur sepenuhnya, tetapi bahagian bawah tanah bangunan itu terbakar semua.
Semua ahli pasukan yang tercedera dibawa untuk rawatan lanjut. Kesemua tahanan yang selamat dibawa oleh pihak polis untuk siasatan. Pihak Bomba memadamkan sedikit api yang menyala akibat daripada letupan. Keadaan menjadi sedikit huru hara.
Selepas 1 jam.. keadaan semakin tenang. Api berjaya dipadamkan. Pihak forensik pula menjalankan tugas mereka untuk menyiasat bahagian dalam bangunan itu.
" Maaf kami tak dapat jumpa apa-apa.. peratusan kebakaran dan letupan dibawah itu sangat tinggi. Tiada apa yang tinggal. Jadi, peluang untuk ejen Tuan hidup memang kosong." Kata salah seorang ahli forensik itu kepada Tuan Suhaimi.
Rezza yang mendengar terus meraup wajahnya. Sarah yang tadi berhenti menangis terus menangis semula. Fahrin tidak mampu berkata apa-apa, otaknya serabut memikirkan apa yang terjadi.
" Err boleh aku tanya something? " Soal Alice kepada Fahrin. Fahrin hanya melihat.
" Mana korang tahu dekat dalam ada bom? " Soal Alice. Fahrin tidak menjawab. Dia terlalu sedih untuk bercakap.
" Emm, waktu aku masuk dalam untuk buka pintu, aku ada dapat akses lain dalam tu. Benda tu pelik. So bila aku keluar, aku terus periksa." Sampuk Kyle.
" Lepastu? " Soal Ayie.
" Benda tu lama untuk cek, so aku just biarkan aje sementara dapat keputusan. Lepas setengah jam macam tu.. benda tu terus berbunyi, and aku nampak ada macam jam. Mula-mula 10 minit, tetapi entah kenapa tetiba jadi 5 minit" kata Kyle.
" Ya, benda tu macam dah di set. Itu bom waktu, akan meletup mengikut waktu yang ditetapkan. Selalu orang guna untuk memusnahkan bukti. Tapi, waktu dia boleh diubah " sambung Faiz pula.
" How? " Soal Darwish.
" Sama ada kawalan jauh atau kau tekan suis dekat bom utama " jawab Faiz.
"Jadi? Waktu yang 10 minit bertukar 5 minit tu sebab apa? " Soal Alice.
" Itu bukan dari kawalan jauh. Aku dah cek, memang takda apa-apa komunikasi antara bom tu. Ini mesti ada orang yang tekan suis tu" jawab Kyle.
YOU ARE READING
Endyna Daisha: HER REVENGE [C]
ActionENDYNA DAISHA atau lebih dikenali sebagai Dyna, merupakan gadis berumur 24 tahun, bekerja sebagai secret agent untuk Secret Police Agency JR (SPAJR). Seorang yang sangat handal dalam seni mempertahankan diri dan sangat cekap menggunakan senjata menj...