BAB 38

471 33 3
                                    

                 Rezza mengetuk pintu pejabat Tuan Suhaimi dahulu sebelum kakinya melangkah masuk ke dalam.

" Tuan nak jumpa saya?" Soal Rezza lembut, sebaik sahaja dia masuk ke dalam pejabat itu.

" Iya.. saya nak team kita pergi lokasi tu awal sikit. Saya taknak perkara yang sama terjadi. " Ujar Tuan Suhaimi.

" Baik Tuan " kata Rezza.

" Saya harap kamu boleh pimpin pasukan kamu. Saya tengok, kamu sekarang banyak termenung. Kalau ada masalah, tolong buang dulu waktu jalankan misi atau semasa siasatan. Misi ini penting untuk kita." Kata Tuan Suhaimi dengan nada yang tegas.

" Maaf Tuan.."

" Kalau misi kali ini gagal, pihak atasan akan pandang rendah pasukan kamu. Kalau kamu taknak pihak atasan pandang rendah, kamu kena la memainkan peranan yang bagus demi pasukan kamu." Sambung Tuan Suhaimi lagi.

" Baiklah, saya akan cuba fokus" kata Rezza, lembut.

" Lupakan apa yang bermain di fikiran kamu tu. Kalau masalah peribadi, lagi la kamu kena lupakan. Saya taknak hal peribadi bercampur dengan hal di tempat kerja. Faham? "

" Faham tuan" jawab Rezza. Kepalanya ditundukkan kerana dia berasa bersalah.

" Dah, kamu boleh pergi." Arah Tuan Suhaimi. Rezza terus melangkah keluar dari pejabat itu.




" Uii " tegur Ayie yang terserempak dengan Rezza.

Rezza tidak membalas teguran Ayie, dia hanya melihat dengan riak wajah yang suram.

" Kau ok tak? " Soal Ayie selepas melihat riak wajah Rezza itu.

Rezza mengangguk perlahan sambil tersenyum nipis.

" Betul? " Soal Ayie lagi. Sekali lagi Rezza hanya mengangguk.

" Jom la bersiap. Nak pergi jalankan misi..." Kata Ayie, lembut.

Rezza hanya mendiamkan diri. Dia mengikuti langkah Ayie untuk bersiap-siap bersama pasukan lain sebelum pergi menjalankan misi kedua mereka.

Hari ini, misi kedua pasukan Alpha akan berlansung. Rezza, Ayie, Darwish, Sarah dan Alya akan pergi menyusup masuk ke kawasan lain Black Haisumi beroperasi. Kali ini, Alya akan turut serta kerana dirinya hampir pulih.












             Dyna memandu motornya menyusuri jalan raya. Khai juga mengikuti Dyna dengan menggunakan keretanya.

Hari ini, hanya Dyna dan Khai sahaja yang akan pergi meneruskan rancangan mereka untuk sabotaj misi team Alpha kerana Rafeeq dan Sam sibuk bekerja.

Dyna dan Khai tiba di lokasi yang ditetapkan. Kelihatan sebuah pangsapuri yang kelihatan usang. Dyna memarkir motornya sedikit jauh dari pintu masuk ke dalam pangsapuri itu. Khai juga memarkir keretanya bersebelahan Dyna.

Tiba-tiba, kedengaran telefon bimbit Dyna berbunyi menandakan ada panggilan yang masuk.

" Hello? " Dyna menjawab panggilan itu.

" Team Alpha akan pergi kawasan tu awal sikit. Buat cepat apa yang kau nak buat sebelum diorang sampai." Kedengaran suara Fahrin disebalik Telefon.

" Baik.. diorang on the way? " Soal Dyna.

" Tengah berkumpul. Dalam 30 minit diorang sampai." Jawab Fahrin.

" Baik" kata Dyna. Panggilan dimatikan, dia terus menyimpan semula Telefon bimbitnya.

" Jom Khai. Lagi 30 minit team Alpha sampai." Kata Dyna kepada Khai.

" Ok" jawab Khai.

Mereka berdua terus masuk ke dalam pangsapuri itu.

Endyna Daisha: HER REVENGE [C]Where stories live. Discover now