Sambungan...Selepas selesai menangkap kesemua musuh, pihak atasan terus datang untuk membantu pasukan Alpha. Disebabkan ada letupan yang berlaku di pangsapuri itu, pihak Bomba juga turut turun membantu.
Kebakaran yang berlaku di salah satu rumah yang menjadi lokasi tempat simpanan dadah-dadah telah sedikit sebanyak menjejaskan rancangan pasukan Alpha. Kesemua bukti yang perlu dikumpul musnah akibat dari letupan itu walaupun letupan tidak besar.
Rezza duduk termenung sambil menunggu arahan selanjutnya daripada pihak atasan. Dia masih memikirkan siapakah orang yang menyebabkan letupan berlaku, adakah dia orang yang sama menyebabkan kebakaran berlaku ketika misi pertama mereka?
" Rezza " tegur Darwish yang datang mengambil tempat disebelah Rezza.
" Ya? " Soal Rezza yang tersedar dari lamunannya selepas ditegur oleh Darwish.
" Air? " Soal Darwish sambil menghulurkan sebotol air mineral kepada Rezza.
" Thanks" ucap Rezza sambil mencapai huluran Darwish.
" Kau ok ke? " Soal Darwish, lembut. Rezza tidak menjawab, dia hanya mengangguk perlahan kepalanya.
" Kau tak ok kan? Kenapa? " Soal Darwish. Dia tidak mempercayai Rezza.
" Hmm.. misi kita gagal lagi.. mesti pihak atasan dan team lain akan pandang rendah dengan team kita. Aku gagal memimpin pasukan kita... Aku rasa bersalah sangat.." terang Rezza. Sayu sahaja suaranya.
Darwish terdiam selepas mendengar luahan hati Rezza. Rezza banyak mendiamkan diri selepas kehilangan Dyna. Darwish tahu tidak mudah memimpin pasukan secara sendiri untuk misi besar. Sebelum ini, Dyna lah yang akan membantu.
" Mesti nanti kita kena marah.. maafkan aku.." kata Rezza sambil menahan air matanya dari jatuh. Entah mengapa dia mudah berasa sedih sekarang.
" Jangan risau la.. biasa la tu kalau kena marah. Kalau berjaya atau gagal misi tu memang normal untuk kita. Tak semestinya semua misi kita kena berjaya... " Pujuk Darwish dengan nada yang lembut.
" Jangan rasa bersalah, kita lakukan misi bersama, kalau gagal, kita kena jugalah kena marah bersama-sama. Kita kan satu pasukan. Yang penting kita selamat dan tiada yang tercedera. Aku tak nak tengok kau sedih.. " sambung Darwish lagi.
" Betul, kitorang tak kesah pun kalau kena marah. Yang penting kita selamat. Musuh pun dah ditangkap. Walaupun bukti kita tak dapat kumpul, yang penting tiada yang tercedera aku dah bersyukur sangat." Sampuk Ayie yang datang bersama-sama Sarah dan Alya.
" Jangan risau Rezza.. kita sama-sama hadap misi kita. Lakukan yang terbaik, jaga each other dan keluar dari misi dengan selamat." Sambung Sarah pula.
" Ya.. betul ! " Kata Alya, setuju dengan kata-kata rakannya itu.
" Dah la Rezza. Jangan sedih-sedih.. kalau ada masalah atau fikiran kau serabut tentang misi, cerita aje dekat kitorang. Jangan pendam sendiri. Kitorang akan tolong selagi mampu." Kata Ayie, lembut.
" Thank you tau.. dan sorry sangat-sangat " kata Rezza.
" Jangan minta maaf bukan salah kau.. kita tanggung sama-sama yaa" kata Sarah, lembut sambil tersenyum.
Mereka yang lain turut tersenyum. Rezza membalas senyuman rakan-rakannya itu.
" Baiklah kamu boleh balik. Pihak atasan akan uruskan dari sekarang. Kamu akan bercuti bermula esok, jadi rehatlah dulu sebelum misi kamu yang seterusnya selepas kamu bercuti nanti." Kata Tuan Suhaimi.
YOU ARE READING
Endyna Daisha: HER REVENGE [C]
ActionENDYNA DAISHA atau lebih dikenali sebagai Dyna, merupakan gadis berumur 24 tahun, bekerja sebagai secret agent untuk Secret Police Agency JR (SPAJR). Seorang yang sangat handal dalam seni mempertahankan diri dan sangat cekap menggunakan senjata menj...