BAB 23

471 35 4
                                    



                           Ring !!!!! Kedengaran bunyi jam loceng Dyna berbunyi. Bunyi itu telah membangunkan dia daripada tidurnya. Dia terus bangun lalu masuk ke bilik air untuk membersihkan dirinya lalu bersiap-siap.

Disebabkan hari ini dia bercuti, jadi dia sudah berjanji dengan Rezza dan Fahrin untuk menemani mereka mencari hadiah untuk anak bongsu Tuan Suhaimi.

Selesai bersiap, dia terus turun ke tingkat bawah. Kelihatan Khai dan Fairuz sedang bermain PUBG Mobile.

" Woiii !!! " jerit Dyna. Dia terus menyergah Khai dan Fairuz yang sedang fokus berperang.

" Opocot mak kau! " Khai terkejut apabila disergah Dyna.

" Apa ayang ni, nasib baik tak terkeluar jantung." Kata Fairuz yang juga terkejut.

" Hahahaha, sorry laa.. fokus sangat tu" kata Dyna, selamba. Dia juga ketawa terbahak-bahak apabila dia berjaya mengejutkan Khai dan Fairuz.

" Eh, bukan ke princess ketot Khai ni cuti? Ni nak pergi mana hah? " Soal Khai yang melihat Dyna berpakaian kemas. Lain daripada baju yang dia biasa pakai jika duduk dirumah.

" Teman kawan kejap, beli hadiah " balas Dyna.

" Ouuu pergi laa, take care" kata Fairuz, lembut.

" Kawan tu siapa?lelaki ke perempuan? " Soal Khai dengan nada yang serious.

" Lelaki " jawab Dyna, jujur.

" Lelaki??!!" Soal Khai lagi. Pantang betul bila adiknya ingin keluar dengan lelaki.

" Fahrin laa" kata Dyna.

" Ouhh mamat tu.. ha pergi laa. Baik-baik jangan nakal-nakal" sempat Khai berpesan kepada Dyna.

Dyna? Nakal? Mustahil.

" Okey, Dyna pergi dulu.. byee" kata Dyna dengan senyuman di bibirnya. Dia terus melangkah pergi.








                     Dyna tiba di satu pusat membeli belah. Dia sudah berjanji untuk bertemu dengan Rezza dan Fahrin di sana. Dia mencari sosok tubuh Rezza dan Fahrin.

" Uii " tegur Rezza yang ternampak Dyna.

" Ya.. mana Fahrin?" Soal Dyna.

" Ada jaa.. dia pergi toilet" balas Rezza. Dyna mengangguk. Mereka pun menunggu Fahrin sebelum pergi membeli belah.

" Lama ke? " Soal Fahrin yang baru keluar dari tandas awam itu.

" Tak " balas Dyna. Rezza pula hanya mengelengkan kepalanya.

" Ouu.. jum laa" kata Fahrin. Mereka pun terus berjalan mencari kedai untuk membeli barang yang dimahukan.

" Kenapa korang ajak aku? Kenapa tak pergi aje berdua." Soal Dyna tiba-tiba.

" Kau perempuan " jawab Fahrin.

" So..? " Soal Dyna tidak mengerti.

" Anak Tuan Suhaimi tu kan perempuan, kitorang ni lelaki.. mana la nak tau barang apa yang perempuan suka.." sambung Rezza pula.

" Ouhh faham.. " kata Dyna.

" Sini " kata Fahrin yang ternampak satu kedai menjual barang kanak-kanak.

" Boleh " kata Dyna. Dia terus melangkah masuk ke dalam. Rezza dan Fahrin terus mengikuti langkah Dyna.

Mereka melihat-lihat barang-barang yang terdapat di dalam sana. Terdapat pelbagai barang kanak-kanak seperti baju,gaun, kasut, beg, mainan dan pelbagai barang lain lagi.

Endyna Daisha: HER REVENGE [C]Where stories live. Discover now